ShopeePay merupakan antara penyedia perkhidmatan yang boleh anda digunakan kredit RM100 eMadani untuk perbelanjaan di kedai-kedai fizikal di Malaysia.
Selain daripada kredit RM100 eMadani yang diberikan oleh Kerajaan, ShopeePay turut menawarkan beberapa tawaran sekiranya tuntutan berhaya dibuat melalui aplikasi tersebut. Antara yang menarik ialah baucar Spaylater serta GANJARAN EKSKLUSIF kepada pengguna.
Sekiranya anda memilih syarikat ShopeePay untuk penebusan kredit ini, beberapa maklumat berikut mungkin membantu anda dari segi cara claim, cara guna kredit serta senarai kedai yang boleh guna atau beli barang menggunakan pembayaran ShopeePay eWallet.
Tempoh Permohonan & Claim Kredit
Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.
Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024.
Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
Syarat Kelayakan eMadani Melalui ShopeePay
Syarat-syarat kelayakan tuntutan melalui eWallet ShopeePay adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur 21 tahu ke atas pada tahun 2023 dan berpendapatan RM100,000 ke bawah setiap tahun.
- Telah melaporkan cukai LHDN untuk tahun 2022.
- Bukan penerima eBelia Rahmah yang berjaya pada tahun 2023
- Belum menuntut eMadani dari mana-mana platform eWallet lain.
- Telah membuat pengesahan identiti (verifikasi identiti) secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC)
Cara Penebusan Kredit eMadani Melalui ShopeePay
Untuk penebusan eMadani melalui ShopeePay, pengguna perlu mempunyai eWallet ShopeePay terlebih dahulu yang boleh dimuat turun melalui sama ada di Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
Ikuti 5 langkah berikut untuk menebus eMadani RM100 anda;
LANGKAH 1 – Aktifkan ShopeePay & pastikan anda telah mengesahkan akaun dengan Kad Pengenalan (MyKad) anda.
LANGKAH 2 – Klik pada butang “Tebus Sekarang” & isi butiran peribadi anda dalam borang permohonan online.
LANGKAH 3 – Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 1-3 hari berkerja.
LANGKAH 4 – Anda akan menerima pemberitahuan & mendapatkan RM100 dalam ShopeePay anda.
LANGKAH 5 – Anda kini layak menikmati baucar bernilai sehingga RM600.
Apa yang boleh dibeli dengan kredit eMadani RM100 ShopeePay?
Kredit eMadani ShopeePay hanya boleh digunakan secara offline di kedai atau supermarket yang menerima pembayaran ShoopeePay.
Cadangan barangan keperluan yang anda boleh beli dengan kredit RM100 eMadani adalah sebagaimana berikut;
- Barang dapur
- Makanan & minuman
- Keperluan rumah
- Peralatan sekolah
- Pakaian & aksesorit
- Barang penjagaan peribadi
Selain itu anda juga boleh makan di warung, restoran atau kedai-kedai yang menggunakan transaksi eWallet ini.
Penggunaan Kredit eMadani RM100 yang tidak dibenarkan
Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan adalah sebagaimana berikut;
- ✖ pemindahan “peer-to-peer”;
- ✖ penebusan tunai;
- ✖ bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- ✖ bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- ✖ bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- ✖ pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- ✖ bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- ✖ aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- ✖ transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Kelebihan Tuntutan Melalui ShopeePay
ShopeePay menawarkan beberapa tawaran menarik sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut.
Tuntut eMADANI dengan ShopeePay dan anda akan menerima RM100 dari kerajaan dikreditkan ke dalam dompet ShopeePay + GANJARAN EKSKLUSIF dari ShopeePay yang bernilai RM600.
Kredit RM100 boleh digunakan untuk transaksi luar talian dalam kedai merentasi pelbagai peruncit di seluruh negara manakala Ganjaran Eksklusif dari Shopee boleh digunakan untuk kedua-dua transaksi luar talian dalam kedai dan dalam talian melalui aplikasi.
Cara Bayar di Kedai Menggunakan RM100 eMadani ShopeePay
Terdapat 2 cara untuk bayar di kedai menggunakan edompet ShopeePay;
- Peniaga imbas kod QR anda
- Anda imbas kod QR peniaga
Peniaga imbas kod QR anda
Sekiranya peniaga imbas kod QR anda, ikuti langkah-langkah berikut;
Langkah 1 – Melawat kedai fizikal yang menerima ShopeePay
Langkah 2 – Klik ikon “imbas “di halaman utama
Langkah 3 – Imbas kod QR peniaga
Langkah 4 – Masukkan PIN ShopeePay
Langkah 5 – Tunjukkan kod QR kepada peniaga
Langkah 6 – Pembayaran anda telah selesai
Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk lebih lanjut;
Anda imbas kod QR peniaga
Sekiranya anda imbas kod QR peniaga, ikuti langkah-langkah berikut;
Langkah 1 – Melawat kedai fizikal yang menerima ShopeePay
Langkah 2 – Klik ikon “imbas “di halaman utama
Langkah 3 – Imbas kod QR peniaga
Langkah 4 – Masukkan bayaran jumlah
Langkah 5 – Masukkan PIN ShopeePay
Langkah 6 – Pembayaran anda telah selesai
Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk lebih lanjut;
Senarai Kedai Offline Yang Boleh Guna ShopeePay
Terdapat banyak kedai yang menerima bayaran ShopeePay bagi kredit RM100 eMadani di seluruh negara.
Antara yang boleh disenaraikan di sini adalah;
- Kenny Rogers Roasters
- 7 Eleven
- AMPM Pharmacy
- Boost Juice Bar
- Burger King
- Coffee Bean
- Chatime
- Mr Diy
- Mr Dollar
- Mr Toy
- A & W
- Family Mart
- Giant
- Giant Mini
- Guardian
- KFC
- KK Mart
- Mydin
- BubbleBee
- The Manhattan Fish Market
- Lotus
- Mercato
- MyNews
- Old Town White Coffee
- Tealive
- Pizza Hut
- 2CO (Kedai ECO)
- Street Churros
- Sunway Multicare
- CU Store
- MyBurger Lab
- Aunty Sam Satay
- Becon
- MyLaksa
- Santan
- Body Glove
- Pak Hailam
- Pappa Grill
- KGB
- Big Pharmacy
- Ayamas
- Vivo
- Gloria Jeans
- NY Steak Shack
- Tony Romas
- HTM Pharmacy
- ZUS Coffee
- Baskin Robbin
- Secret Recipe
- Sushi King
Dan lain-lain lagi
Secara mudahnya anda boleh menggunakan eWallet ShopeePay ini jika ternampak logo atau QR Code gambar sebagaimana contoh di bawah;
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, anda boleh hubungi;
- ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini
Berikut adalah soalan lazim mengenai tuntutan eMadani melalui aplikasi ShopeePay eWallet;
– Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
– Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
– Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
– Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.
Syarat-syarat kelayakan tuntutan melalui eWallet ShopeePay adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Berumur 21 tahu ke atas pada tahun 2023 dan berpendapatan RM100,000 ke bawah setiap tahun.
3. Telah melaporkan cukai LHDN untuk tahun 2022.
4. Bukan penerima eBelia Rahmah yang berjaya pada tahun 2023
5. Belum menuntut eMadani dari mana-mana platform eWallet lain.
6. Telah membuat pengesahan identiti (verifikasi identiti) secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC)
Mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024
Terdapat 2 cara untuk bayar di kedai menggunakan edompet Shopeepay
1) Peniaga imbas kod QR anda
2) Anda imbas kod QR peniaga
Terdapat banyak kedai yang menerima bayaran ShopeePay untuk program eMadani di seluruh negara.
Antara yang boleh disenaraikan di sini adalah;
Kenny Rogers Roasters
AMPM Pharmacy
Boost Juice Bar
Burger King
Coffee Bean
Chatime
Mr Diy
Family Mart
Giant
Guardian
KFC
KK
Mydin
BubbleBee
Lotus
Tealive
Pizza Hut
2CO
Starbuck
MyNews
Lihat juga;