Ramai yang sudah mula claim eMadani RM100 daripada kerajaan. Kini tunggu masa nak guna dan belanja di kedai-kedai fizikal di seluruh negara.
Untuk makluman, RM100 ini tak boleh guna untuk online. Tidak boleh guna untuk pembelian online samaada bayar bil online, shopping online dan sebagainya.
Jadi boleh guna kat mana? Kredit ni hanya boleh digunakan untuk pembelian di kedai-kedai fizikal yang menerima pembayaran melalui eWallet samada dari MAE, Setel, ShopeePay atau Touch n Go e Wallet.
Sampai Bila Boleh Guna RM100 Ni?
Tuntutan eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024
Kredit eMADANI boleh diguna atau dibelanjakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024.
Apa yang boleh dibeli?
Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda.
Maksudnya di sini, anda boleh guna kredit eMadani ni untuk beli macam-macam di kedai seperti beras, pakaian, shopping dan macam-macam lagi
- ✅ Mamak
- ✅ Kedai runcit
- ✅ Klinik
- ✅ Gerai burger
- ✅ Kedai gunting rambut
- ✅ Kopitiam
- ✅ Kafe aesthetic
- ✅ Pasar pagi & malam
- ✅ Warung
- ✅ Bengkel kereta
- ✅ Kedai roti & bakeri
- ✅ Hotel
- ✅ Restoran
- ✅ Farmasi
- ✅ Supermarket
- dan banyak lagi
Walaupun begitu, cadangan penggunaan kredit ini agar bermanfaat adalah seperti berikut;
- Barang dapur
- Makanan & minuman
- Keperluan rumah
- Peralatan sekolah
- Pakaian & aksesori
- Barang penjagaan peribadi
Penggunaan Kredit eMadani RM100 yang tidak dibenarkan
Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan adalah sebagaimana berikut;
- pemindahan “peer-to-peer”;
- penebusan tunai;
- bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Senarai Kedai eMadani MAE, Setel, ShopeePay dan Touch n Go e Wallet
Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta kedai/peruncit/perniagaan melalui e-dompet samaada melalui MAE, Setel, ShopeePay atau Touch n Go e Wallet.
Cara mudah nak tahu kedai tersebut terima bayaran RM100 eMadani kita adalah lihat logo berikut;
Sekiranya kedai tersebut tidak mempunyai penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebagai kaedah pembayaran, anda masih boleh menggunakan kod QR DuitNow yang berwarna merah jambu bagi membolehkan pembayaran dibuat.
Ini kerana kesemua penyedia perkhidmatan e-dompet di bawah inisiatif eMADANI mesti didaftarkan dengan DuitNow.
Oleh itu, jika peruncit pilihan anda tidak membawa kod QR e-dompet pilihan anda, pembayaran masih boleh dibuat dengan menggunakan kod QR DuitNow.
Walaupun begitu, kami cuba senaraikan beberapa kedai pilihan supaya anda senang buat pilihan untuk belanjakan kredit RM100 eMadani anda;
Kedai Runcit / Pasaraya eMadani
- Mydin
- 99 Speedmart
- AEON
- 7 Eleven
- Mr Diy
- Mr Dollar
- Mr Toy
- Family Mart
- Giant
- Giant Mini
- KK Mart
- MyNews
- Lotus
- 2CO (Kedai ECO)
- CU Store
- Pasaraya Borong NSK
- Mercato
- Hero Market
- Dan lain-lain lagi
Kedai Makanan
- Marry Brown
- Kenny Rogers Roasters
- Boost Juice Bar
- Burger King
- Coffee Bean
- Chatime
- A & W
- KFC
- Mc Donald
- BubbleBee
- The Manhattan Fish Market
- Old Town White Coffee
- Tealive
- Pizza Hut
- Street Churros
- MyBurger Lab
- Aunty Sam Satay
- Becon
- MyLaksa
- Santan
- Pak Hailam
- Pappa Grill
- KGB
- Ayamas
- Vivo
- Gloria Jeans
- NY Steak Shack
- Tony Romas
- ZUS Coffee
- Baskin Robbin
- Secret Recipe
- Sushi King
- Starbuck
- Coffee Bean
- Zus Coffee
- Baskin Robbin
- Dan banyak lagi
Kedai Pakaian
- Body Glove
- al-Ikhsan Sport
- UNIQLO
- Sport Direct
- Padini Concept Store
- Mydin
- The Store
- Dan lain-lain lagi
Farmasi
- AMPM Pharmacy
- Guardian
- Watson
- HTM Pharmacy
- Big Pharmacy
- Sunway Multicare
- Dan lain-lain lagi
Cara Bayaran Di Kedai Menggunakan RM100 eMadani
Terdapat 2 cara untuk bayar di kedai menggunakan edompet samaada dari MAE, Setel ShopeePay atau Touch n Go eWallet;
- Peniaga imbas kod QR anda
- Anda imbas kod QR peniaga
Cara mudah adalah tanya pekedai tersebut samaada anda scan atau mereka yang scan.
Touch n Go eWallet
Anda boleh membuat bayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet dengan mengimbas kod QR Duitnow di premis peniaga.
Langkah 1: Pergi pada ikon ‘Scan’ di muka hadapan aplikasi
Langkah 2 : Beri kebenaran kamera (untuk penggunaan kali pertama atau jika anda nyahaktif kebenaran kamera)
Langkah 3: Imbas kod QR peniaga
Langkah 4: Masukkan jumlah bayaran
Langkah 5: Masukkan PIN 6 angka / Imbas wajah jika anda telah mengaktifkan pengesahan wajah
Langkah 6: Bayaran selesai!
Untuk panduan lanjut sila rujuk infografik di bawah;
MAE
Anda boleh membuat pembayaran kepada peniaga dengan mengimbas kod QR mereka atau mengemukakan kod QR anda untuk diimbas oleh mereka.
Cara-cara membayar menggunakan aplikasi MAE adalah sebagaimana berikut;
Langkah 1 – Tekan butang’Scan’ di halaman utama
Langkah 2 – Imbas kod QR MAE/ QR DuitNow atau tunjukkan kod QR anda di kaunter pembayaran.
Langkah 3 – Pastikan eMADANI adalah sumber dana
Langkah 4 – Pembayaran selesai!
*Jika baki anda tidak mencukupi, pastikan suis eMADANI di halaman pembayaran ditutup (toggle off).
Jika peniaga/pedagang tidak mempunyai sebarang kod QR Maybank tetapi mempunyai kod QR DuitNow yang berwarna merah jambu, anda masih boleh membuat pembayaran kepada mereka. Anda juga boleh membayar kepada peniaga yang masih menggunakan kod QR Maybank seperti biasa.
ShopeePay
1) Peniaga imbas kod QR anda
Sekiranya peniaga imbas kod QR anda, ikuti langkah-langkah berikut;
Langkah 1 – Melawat kedai fizikal yang menerima ShopeePay
Langkah 2 – Klik ikon “imbas “di halaman utama
Langkah 3 – Imbas kod QR peniaga
Langkah 4 – Masukkan PIN ShopeePay
Langkah 5 – Tunjukkan kod QR kepada peniaga
Langkah 6 – Pembayaran anda telah selesai
Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk lebih lanjut;
2) Anda imbas kod QR peniaga
Sekiranya anda imbas kod QR peniaga, ikuti langkah-langkah berikut;
Langkah 1 – Melawat kedai fizikal yang menerima ShopeePay
Langkah 2 – Klik ikon “imbas “di halaman utama
Langkah 3 – Imbas kod QR peniaga
Langkah 4 – Masukkan bayaran jumlah
Langkah 5 – Masukkan PIN ShopeePay
Langkah 6 – Pembayaran anda telah selesai
Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk lebih lanjut;
Setel
1) Cara Bayar Guna Setel QR
Langkah 1 -Lancarkan Setel dan pergi ke ruangan kaedah pembayaran.
Langkah 2 – Pilih ‘eMADANI’ sebagai kaedah pembayaran. Kemudian, tekan ‘Bayar’.
Langkah 3 – Tunjukkan kod QR Setel anda kepada juruwang.
Langkah 4 – Atau tekan ‘Imbas kod QR’ dan imbas kod QR Setel peniaga untuk bayar.
Langkah 5 – Selesai! Pulangan tunai akan dimasukkan ke dalam Dompet Setel anda.
2) Cara Bayar Guna Setel DuitNow QR
Langkah 1 – Lancarkan Setel dan pergi ke ruangan kaedah pembayaran.
Langkah 2 – Pilih ‘eMADANI’ sebagai kaedah pembayaran. Kemudian, sentuh ‘Bayar’.
Langkah 3 – Tekan ‘Imbas kod QR’ dan imbas kod QR DuitNow untuk bayar.
Langkah 4 – Masukkan jumlah bayaran dan sentuh ‘Bayar’.
Langkah 5 -Selesai! Pulangan tunai akan dimasukkan ke dalam Dompet Setel anda.
Nota: Hanya untuk pengguna yang layak.
Soalan Lazim (FAQ)
– Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
– Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
– Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
– Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.
Syarat-syarat kelayakan tuntutan melalui eWallet ShopeePay adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Berumur 21 tahu ke atas pada tahun 2023 dan berpendapatan RM100,000 ke bawah setiap tahun.
3. Telah melaporkan cukai LHDN untuk tahun 2022.
4. Bukan penerima eBelia Rahmah yang berjaya pada tahun 2023
5. Telah membuat pengesahan identiti (verifikasi identiti) secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC)
Mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024
Terdapat 2 cara untuk bayar di kedai menggunakan edompet ketika pembelian di kedai;
1) Peniaga imbas kod QR anda
2) Anda imbas kod QR peniaga
Terdapat banyak kedai yang menerima bayaran untuk program eMadani di seluruh negara.
Antara yang boleh disenaraikan di sini adalah;
Kenny Rogers Roasters
AMPM Pharmacy
Boost Juice Bar
Burger King
Coffee Bean
Chatime
Mr Diy
Family Mart
Giant
Guardian
KFC
KK
Mydin
BubbleBee
Lotus
Tealive
Pizza Hut
2CO
Starbuck
MyNews