Kredit eTunai RM100: Tarikh dan Penebusan eWallet B40 & M40

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan bantuan kredit eTunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Pengumuman ini dibuat ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.

Perdana Menteri menyatakan inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif eTunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Apakah Bantuan eTunai RM100?

Bantuan eTunai RM100 adalah inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan bantuan e-wallet “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun diberikan secara kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan kelak.

Syarat Kelayakan

Buat masa ini syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Syarat-syarat lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Jumlah Kredit Bantuan e-Wallet

Jumlah kredit bantuan sebagaimana yang diumumkan adalah RM100. 

Bantuan yang diberikan bukanlah secara cash sebagaimana Sumbangan Tunai Rahmah, sebaliknya diberikan dalam bentuk kredit e wallet seperti e-Tunai Belia Rahmah.

Tarikh Pelaksanan Bantuan eTunai RM100

[TERKINI] Kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan e-wallet RM100 kepada penerima yang layak pada Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,”

-Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong-

Sebelum ini, Kementerian Kewangan dalam satu hantaran di Facebook, memaklumkan, ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Apa maksud suku keempat?

Suku tahunan merupakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan;

  • Suku pertama – Januari hingga Mac
  • Suku kedua – April hingga Jun
  • Suku ketiga – Julai hingga September
  • Suku keempat – Oktober hingga Disember
Tarikh Kredit eTunai RM100
Sumber: Kementerian Kewangan

Penyedia Perkhidmatan

Memandangkan bantuan ini akan dilaksanakan pada Disember ini, tiada lagi pengumuman setakat ini manakah penyedia perkhidmatan yang akan melaksanakan program ini.

Namun begitu berdasarkan kepada Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebelum ini, tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat adalah;

  1. Boost,
  2. Setel dan
  3. Touch ‘n Go Wallet.

Pun begitu, beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet yang lain seperti GrabPay, ShoppeyPay, BigPay mungkin juga terlibat sekiranya pengumuman rasmi diumumkan kelak selepas ini.

Cara Penebusan

Sekiranya dilaksanakan kelak, pengguna mungkin perlu download salah satu aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat.

Untuk makluman, beberapa eWallet yang popular digunakan di Malaysia adalah sebagaimana berikut;

Bagi pengguna baharu ewallet, proses verifikasi perlu dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Pengguna baharu hanya perlu ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Sebagai contoh, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya gambar kad pengenalan untuk proses verifikasi.

Manfaat eTunai RM100

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan inisiatif ini adalah sebagai usaha baik kerajaan untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai.

“Dengan pelaksanaan konsep ini, rakyat akan menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan mereka.

“Ini juga sedikit sebanyak membantu perbelanjaan rakyat bagi berhadapan dengan ekonomi masa depan iaitu eonomi digital dan masyarakat tanpa tunai, di samping untuk memperkembangkan ekonomi setempat.

“Apabila mereka berbelanja, maka ekonomi di kawasan itu akan berkembang. Ini antara puluhan perkara yang diumumkan Perdana Menteri pagi tadi (27 Julai). Saya hanya menyentuh sedikit sahaja,” katanya.

Kelebihan Penggunaan e-Wallet

Penggunaan e-wallet semakin popular di kalangan pengguna dalam talian hari ini. Kelebihan utama penggunaan e-wallet adalah kemudahan dan kecepatan dalam membuat pembayaran. Selain itu, pengguna e-wallet juga boleh menikmati tawaran dan diskaun khas yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-wallet.

Penggunaan e-wallet juga membantu dalam mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan. Ini amat penting pada masa kini di mana era digitalisasi semakin berkembang di Malaysia di mana pembayaran dibuat secara cepat dan pantas.

Langkah Memilih E-Wallet Yang Sesuai

Sebelum memilih e-wallet yang sesuai, pengguna perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti jenis perkhidmatan, jenis pembayaran, dan ketersediaan e-wallet di pasaran. 

Ada beberapa penyedia perkhidmatan e-wallet yang popular seperti Boost, GrabPay, Touch ‘n Go e-wallet, BigPay, ShopeePay, MAE, AliPay, WeChat Pay dan lain-lain lagi.

Setiap penyedia perkhidmatan menawarkan kelebihan masing-masing seperti mata ganjaran, diskaun, baucar dan lain-lain.

Info dan Maklumat Lanjut

Info dan maklumat lanjut inisiatif ini akan diumumkan melalui;

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai pengumuman bantuan e-tunai RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri;

Apakah inisiatif terbaharu bantuan ewallet yang diumumkan Kerajaan?

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan bantuan kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Apakah syarat kelayakan?

a) Warganegara Malaysia; dan
b) Berumur 21 tahun ke atas
c) Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Bilakah tarikh bayaran Bantuan eTunai RM100?

Disember 2023

Apakah syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat?

Akan diumumkan selepas ini

Scroll to Top