Monday, February 26, 2024
HomeInfoSenarai Exco Baru Kerajaan Negeri Kedah 2023

Senarai Exco Baru Kerajaan Negeri Kedah 2023

Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah telah selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Anak Bukit pada pagi Isnin 21 Ogos 2023.

Kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah kira-kira pukul 10 pagi.

Untuk makluman, Perikatan Nasional (PN) telah memenangi 33 kerusi daripada 36 kerusi (33-3) dalam PRN Negeri Kedah pada 12 Ogos yang lalu. Perikatan Nasional terdiri daripada gabungan parti PAS, Bersatu dan Gerakan.

Pada PRN yang lalu juga, PAS telah memenangi 21 kerusi, Bersatu 11 kerusi dan Gerakan 1 kerusi.

Senarai Exco Kedah 2023 Mengikut Parti

Exco baru bagi tahun 2023 menggabungkan muka baharu dan muka lama bagi membarisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

Dari segi pecahan parti yang membarisi exco  adalah sebagaimana berikut;

  • PAS – 6 exco (termasuk Menteri Besar)
  • Bersatu – 4 exco
  • Gerakan – 1 exco

Biodata Ringkas Exco Kedah 2023 dan Portfolio

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor  (Menteri Besar)

  • Parti = PAS
  • ADUN = N24 Jeneri
  • Senarai Portfolio;
    • Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri,
    • Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains
    • Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi
    • Pengerusi Jawatankuasa Kewangan
    • Pengerusi Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan
    • Pengerusi Jawatankuasa Majlis Tindakan Ekonomi Negeri
    • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kedah 2035
    • Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Luar

Dato ‘ Ustazah Hajah Siti Ashah Binti Haji Ghazali

  • Parti = PAS
  • ADUN = N33 Merbau Pulas
  • Portfolio = Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar. Kemiskinan dan Pembangunan Insan

Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat

  • Parti = PAS
  • ADUN = N20 Sungai Limau
  • Portfolio = Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama Komunikasi Dan Penerangan

Prof. Dr. Haim Hilman Bin Abdullah 

  • Parti = BERSATU
  • ADUN = N06 Jitra
  • Portfolio =  Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi Sains Teknologi & Inovasi

Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Binti Saad

  • Parti = BERSATU
  • ADUN = N05 Bukit Kayu Hitam
  • Portfolio = Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan

Tuan Haji Mohamad Yusoff @ Munir Bin Zakaria

  • Parti = PAS
  • ADUN =N07 Kuala Nerang
  • Portfolio = Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar

Mej (B) Mansor Bin Zakaria

  • Parti = PAS
  • ADUN = N32 Kuala Ketil
  • Portfolio = Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan

Tuan Haji Dzowahir Bin Haji Ab Ghani

  • Parti = BERSATU
  • ADUN = N12 Suka Menanti
  • Portfolio = Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan

Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Saidin

  • Parti = BERSATU
  • ADUN = N16 Kubang Rotan
  • Portfolio = Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan

Tuan Haji Muhammad Radhi Bin Haji Mat Din

  • Parti = PAS 
  • ADUN = N14 Alor Mengkudu
  • Portfolio = Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia & Sukan

Wong Chia Zhen

  • Parti = Gerakan
  • ADUN = N35 Kulim
  • Portfolio = Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO

Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali

  • Setiausaha Kerajaan

Dato’ Wira Haji Isahak Bin Murat

  • Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kedah

Dato’ Nik Azhan Hakim Bin Nik Mahmood

  • Penasihat Undang-Undang
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman 2023

Sumber: Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!