Monday, October 2, 2023
HomeSemakanSemakan Baki Terkini Bantuan SARA (MyKasih)

Semakan Baki Terkini Bantuan SARA (MyKasih)

Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinasihatkan agar membuat semakan baki sebelum menebus atau membuat pembelian di kedai MyKasih yang telah disenaraikan.

Ini bagi memastikan penerima Bantuan Sara tidak membelanjakan jumlah wang di dalam MyKad penerima melebihi baki yang ada.

Sekiranya jumlah barangan yang dibeli tersebut melebihi baki semasa dalam MyKad perlu, ia perlu dibayar oleh penerima.

Cara Semakan Baki Bantuan Bantuan SARA

Bagi penerima Bantuan SARA yang ingin mengetahui berapa jumlah terkini yang ada dalam MyKad, semakan baki boleh dibuat  melalui 2 kaedah;

  1. Semakan melalui portal rasmi MyKasih
  2. Semakan melalui resit pembelian

1) Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan melalui portal MyKasih adalah yang paling mudah dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Semakan baki terkini bantuan SARA boleh dibuat secara online melalui portal MyKasih seperti berikut;

Setelah semakan dibuat, status baki terkini akan memaparkan seperti berikut;

Semakan Baki Terkini Bantuan Sara

2) Semakan Melalui Resit Pembelian

Selain itu semakan baki semasa juga boleh dibuat melalui resit pembelian yang dibuat ketika menebus bantuan ini.

Selepas pembelian dibuat, cashier atau jurujual akan memberi resit barang-barang yang telah ditebus.

Pada resit tersebut akan tertera maklumat berikut;

  • Baki semasa SARA dalam MyKad penerima 
  • Jumlah pembelian perlu dibayar 
  • Baki SARA dalam MyKad penerima selepas pembelian
Semakan baki sara melalui resit pembelian

10 Jenis Barang Yang Boleh Dibeli Untuk Bantuan SARA MyKASIH

Untuk makluman, tidak semua barangan boleh dibeli bagi bantuan ini. Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih sahaja.

Penerima Bantuan SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu;

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman (Contoh: Susu, Milo, Teh, Nescafe)
  9. Makanan dalam tin (Sardin) dan
  10.  Bahan perasa (Contoh: Sos, Kicap Gula, Garam)

Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut;

10 Jenis Barang Yang Boleh Dibeli Untuk Bantuan SARA MyKASIH
Contoh Barangan Yang dilabel MyKasih

Senarai Kedah / Pasaraya MyKasih di Semenanjung Malaysia

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Semakan senarai pasar raya dan kedai runcit MyKasih bagi pembelian atau tuntutan Bantuan SARA boleh dibuat melalui pautan berikut: 

>>pautan senarai pasar raya / kedai runcit terlibat<<

  • Klik Negeri > pilih negeri (contoh Selangor)
  • Taip Daerah, Contoh; Puchong
Cara cari kedai MyKasih Di Seluruh Malaysia

Langkah Membeli Barangan Bantuan SARA

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Anda juga boleh merujuk video panduan berikut untuk rujukan;

Jumlah dan Jadual Bayaran Bantuan SARA

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pembayaran pertama telahpun dilakukan mulai 17 Julai 2023 / 31 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya Ogos – Disember 2023 disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

BULANJUMLAH
Julai 2023RM100.00
Ogos 2023RM100.00
September 2023RM100.00
Oktober 2023RM100.00
November 2023RM100.00
Disember 2023RM100.00

Info Lanjut dan Pertanyaan

Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan semakan baki bantuan SARA MyKASIH;

Bagaimana cara semakan baki terkini Bantuan SARA?

1) Semakan melalui portal rasmi MyKasih
2) Semakan melalui resit pembelian

Adakah pembelian boleh dibuat oleh individu selain penerima SARA?

Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah di bawah tanggungjawab penerima itu sendiri.

Bilakah SARA akan disalurkan kepada penerima?

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

– Julai 2023 – RM100
– Ogos 2023 – RM100
– September 2023 – RM100
– Oktober 2023 – RM100
– November 2023 – RM100
– Disember 2023 – RM100

Di manakah boleh saya membeli barangan makanan asas di bawah program ini?

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut: pautan senarai pasar raya / kedai runcit terlibat.

Apakah barangan makanan asas yang boleh saya beli?

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tindan bahan perasa. Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.

Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?

Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?

Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023akan luput secara automatik.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!