Thursday, September 21, 2023
HomeSemakaniRakyat Login: Cara Daftar & Semak Baki Perbankan Internet Bank Rakyat

iRakyat Login: Cara Daftar & Semak Baki Perbankan Internet Bank Rakyat

Sebagai salah sebuah bank yang terkemuka di Malaysia, Bank Rakyat telah memudahkan urusan perbankan mereka melalui perkhidmatan Perbankan internet irakyat.

iRakyat merupakan  platform perbankan internet Bank Rakyat dengan pelbagai ciri dan mudah digunakan oleh pengguna. 

Terdapat pelbagai urusan yang boleh digunakan sekiranya anda mendaftar perbankan internet iRakyat. Antaranya ialah semakan baki, cetak penyata, bayar bil, pemindahan wang (transfer), pembayaran berkala, tambah nilai (top up) kredit telefon dan lain-lain lagi.

Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin mendaftar perbankan internet iRakyat, anda boleh ikuti cara-cara pendaftaran akaun sebagaimana langkah berikut:

Cara Mendaftar dan Memohon Perbankan Internet irakyat

Terdapat dua cara dan kaedah untuk mendaftar dengan Bank Rakyat bagi menggunakan perkhidmantan perbankan mereka secara atas talian:

Kaedah 1 – Mendaftar Melalui Mesin ATM/Kad Debit atau Kad Kredit

Bagi pelanggan yang ingin mendaftar irakyat melalui cara ini, terdapat dua bahagian atau langkah yang perlu dilakukan iaitu:

Langkah Pertama: Permohonan T-Pin

1. Kunjungi mesin ATM Bank Rakyat berhampiran anda.

2. Masukkan kad ATM & No PIN anda

3. Pilih menu ‘Lain-lain’ (Others)

4. Pilih “T-PIN Perbankan Internet” (Internet Banking T-Pin)

5. Masukkan nombor telefon bimbit anda

Catatan: Pastikan no telefon bimbit adalah sama semasa pembukaan/pendaftaran kad. Jika anda telah menggunakan no telefon yang baharu, sila kunjungi cawangan Bank Rakyat erdekat bagi tujuan mengemaskini no telefon bimbit anda.

6. Masukkan T-PIN Internet sementara sebanyak 6-digit (.

7. Masukkan sekali lagi T-PIN Internet Sementara sebanyak 6-digit bagi tujuan pengesahan.

Catatan: T-PIN hanya sah digunakan selama 24 jam. Anda perlu menghafal nombor ini atau mencatat pada mana-mana kertas/nota kerana ia tidak akan dicetak pada resit ATM.

Langkah Kedua: Pendaftaran di Laman irakyat.com.my

1. Login laman web www.irakyat.com.my 

2. Pilih Pendaftaran Kali Pertama (First Time Registration.)

3. Pilih kad ATM (MyDebit) / Kad Debit / No Kad Kredit.

4. Masukkan maklumat yang diperlukan.

5. Baca & terima Terma & Syarat

6. Pendaftaran selesai. Anda sekarang sudah boleh menggunakan perkhidmatan perbankan i-Rakyat.

Kaedah 2 – Mendaftar Melalui Mesin ATM/Kad Debit atau Kad Kredit

Bagi pelanggan yang ingin mendaftar irakyat melalui cara ini pula, terdapat dua bahagian atau langkah yang perlu dilakukan iaitu:

Langkah Pertama: Permohonan ID Sementara (Temporary ID)

Untuk mendapatkan ID sementara ini anda perlu menghubungi Pusat Panggilan Tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 (dalam negara) atau + 603- 5526 9000 (dari Luar Negara) & memohon  untuk mendapatkan ID Sementara (Temporary ID).

Langkah Kedua: Pendaftaran di Laman irakyat.com.my

1. Login laman web www.irakyat.com.my 

2. Pilih Pendaftaran Kali Pertama (First Time Registration.)

3. Pilih ID Sementara

4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan ikut arahan yand diminta.

Catatan: Sekiranya anda menghadapi masalah dalam untuk mendaftar i-Rakyat, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 (Panggilan dari dalam negara) atau+603-5526-9000 (Panggilan Dari Luar Negara) atau e-mel di [email protected]. Pusat Perhubungan Tele-Rakyat beroperasi selama 24 jam.

Cara Semak Baki Perbankan Internet iRakyat

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun iRakyat, anda dapat membuat semakan baki secara online dengan mudah. Cara-carannya adalah sebagaimana berikut:

  1. Layari laman https://www.irakyat.com.my
  2. Klik pada bahagian logi dan pilih personal banking. 
  3. Masukkan username dan pastikan secure phrase adalah betul sebagaimana yang didaftarkan. 
  4. Kemudian masukkan kata laluan (password) yang didaftarkan. 
  5. Apabila anda berjaya login, pergi ke bahagian menu dan pilih accounts info. 
  6. Kemudian pilih Account overview dan klik. 

Anda kini boleh melihat baki akaun semasa anda. 

Sekiranya anda ingin melihat sejarah transaksi (transaction history), ikuti langkah berikut ;

  1. Klik pada akaun nombor yang tertera (berwarna biru) 
  2. Pilih transactions history di sebelah kanan. 
  3. Kemudian pilih transaction history period. 
  4. Pilih sama ada untuk melihat transaksi yang dibuat;
    1. Hari ini, 
    2. Kelmarin, 
    3. 7 hari yang lepas, 
    4. 30 hari yang lepas, 
    5. 60 hari yang lepas atau;
    6. 90 hari yang lepas. 

Nota: Untuk Akaun Simpanan / Akaun Semasa-i, anda boleh melihat sejarah transaksi bulanan semasa sehingga tiga bulan sebelumnya. Semua transaksi MyDebit yang berjaya akan dikemas kini dengan segera di Akaun Simpanan / Semasa-i. 

Untuk Akaun Keahlian Saham-i, anda mungkin melihat sejarah transaksi tahun semasa atau sebelumnya. Untuk sejarah urus niaga, melebihi tempoh tersebut, anda perlulah memohon penyata akaun dari cawangan Bank Rakyat anda . 

Perkhidmatan Lain Yang Disediakan Oleh Perbankan Internet iRakyat

Selari dengan dunia digital hari ini, i-Rakyat membolehkan anda melakukan transaksi perbankan dengan mudah, setiap masa dan di mana saja. Pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Irakyat iaitu:

My Profile

  1. Kemaskini maklumat pengguna
  2. Pertukaran e-mel
  3. Pertukaran kata laluan
  4. Pindaan”secure phrase”
  5. Penetapan”quick links”
  6. Penetapan had transaksi harian
  7. Alerts
  8. Maklumbalas Pelanggan
  9. Rekod Transaksi Akaun:-
    1. Berjaya
    2. Gagal
    3. Akan Datang (upcoming)
    4. Batal (Cancelled)

My Favourite

  1. Pendaftaran akaun pilihan pengguna

Semakan baki

  1. Akaun simpanan
  2. Akaun semasa
  3. Saham keanggotaan
  4. Kad kredit
  5. Kad debit
  6. Akaun pembiayaan
  7. Pinjaman pajak gadai

Semakan/cetakan penyata

  1. Akaun simpanan
  2. Saham keanggotaan

Perkhidmatan Pembayaran

  1. Pembayaran bil
  2. Bil Utiliti (TNB/ASTRO, dan lain-lain.)
  3. Hasil Pintu/Cukai (LHDN, majlis perbandaran, dan lain-lain.)
  4. Zakat ( semua negeri.)
  5. Derma (Aman Palestin, Islamic Relief Malaysia, dan lain-lain.)
  6. Telekomunikasi (CELCOM, DiGi, dan lain-lain.)
  7. Tambah Nilai (Prepaid)
  8. Perkhidmatan Deposit
  9. Takaful
  10. Pembayaran Semula Pembiayaan
  11. Pembayaran Semula Pinjaman Pendidikan (PTPTN, MARA, PTPK, Yayasan Sarawak, dan lain-lain.)
  12. Rekod Pembayaran
  13. Pembiayaan/pinjaman pihak ketiga
  14. Kad Kredit, dan Kad kredit pihak ketiga
  15. JomPAY

Pindahan wang

  1. Intrabanki) Pindahan wang ke akaun simpanan/semasa sendiriii) Pindahan wang ke akaun simpanan/semasa pihak ketiga.
  1. Interbank
    1. IBG – Pindahan wang ke akaun simpanan/semasa/pembiayaan/kad kredit bank lain mengikut jadual yang ditetapkan oleh My Clear.
    2. Pindahan Segera (IBFT) – Pindahan segera wang ke akaun simpanan/semasa/ pembiayaan/kad kredit bank lain.
  1. Rekod pindahan dana
  1. Pindahan Dana Berkala (pihak pertama dan ketiga)

Pembayaran berkala

Penjadualan pindahan wang/bayaran bil/bayaran balik pembiayaan/kad kredit.

Pembiayaan

  1. Maklumat Pembiayaan
  2. Rekod Transaksi
  3. Pembayaran Semula Pembiayaan
  4. Rekod Pembayaran Semula
  5. Semakan Kelayakan
  6. Pembayaran Pembiayaan Berkala

Kad

Pembatalan kad ATM

Kad Kredit

  1. Bayaran
  2. Rekod Transaksi

Tambah nilai

  1. Tambah Nilai Prabayar Telefon Mudah Alih
  2. Tambah Nilai Akses Internet
  3. Tambah Nilai IDD / STD

Remittance

Pengiriman wang telegraf keluar Negara

Maklumat produk & perkhidmatan

  1. Paparan mengenai produk dan perkhidmatan
  2. Paparan mengenai promosi terkini

e-Penyata

Pendaftaran penyata elektronik kad kredit

e-Permohonan

  1. Pembiayaan Peribadi
  2. Kad Kredit
  3. Akaun simpanan

e-Status

Dapat menyemak status permohonan daripada hari pertama pemohonan sehingga pemohonan diterima

Transaction Authorisation Code (TAC)

  1. Pendaftaran akaun pihak ketiga /bil setempat/tambah nilai
  2. Transaksi pindahan wang/bayaran/tambah nilai secara terbuka

Soalan Lazim/FAQ  

Contoh-contoh soalan yang sering diajukan oleh pengguna sekiranya mereka menghadapi sebarang permasalahan atau pertanyaan mengenai iRakyat

Panduan Pengguna

Maklumat langkah-langkah serta cara-cara menggunakan iRakyat

Khidmat Pelanggan

  1. Pertanyaan kadar produk/perkhidmatan*
  2. Pertanyaan Kadar
  3. Pembatalan Kad ATM ​
  4. Melaporkan Kehilangan/Kerosakan Kad ATM
  5. Aplikasi Belanjawan

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!