Tarikh Gaji Bagi Kakitangan Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2021

Tarikh pembayaran gaji bagi kakitangan kerajaan negeri Pahang agak berbeza dengan kerajaan Persekutuan. 

Kebiasaannya Kerajaan Persekutuan membuat jadual gaji berdasarkan kepada beberapa perayaan utama seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya. 

Sebaliknya tarikh gaji Kerajaan negeri Pahang disusun berdasarkan hujung bulan tanpa tertakluk kepada mana-mana perayaan yang disebutkan di atas. 

Oleh yang demikian, kami kongsikan tarikh pembayaran gaji bagi Negeri Pahang untuk tahun 2021.  

Tarikh Gaji Negeri Pahang 2021

Berdasarkan jadual di atas, kebanyakan tarikh pengkreditan ke dalam akaun  kakitangan kerajaan negeri Pahang adalah pada 25hb kecuali pada bulan April dan Julai (22hb), Jun (24hb), September dan Disember (23hb).

Sebagai perbandingan tarikh kemasukan gaji  kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang, jadual berikut lebih mudah ikut dilihat. 

PERBANDINGAN TARIKH GAJI KAKITANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI PAHANG

Berdasarkan jadual perbandingan ini, tarikh pembayaran gaji kerajaan Persekutuan agak tidak sekata. 

Sekiranya ada perayaan utama di Malaysia, gaji kakitangan awam akan di awalkan tidak seperti negeri Pahang.  Ini bagi memberikan peluang kepada kakitangan untuk membuat persiapan dalam menyambut sesuai perayaan. 

Pun begitu, kakitangan yang berada bawah kerajaan Persekutuan perlulah berjimat dan berhemah ketika berbelanja. 

Sebaliknya pula, jika salah seorang daripada pasangan suami isteri yang bekerja di bawah kerajaan Pahang dan Persekutuan, mereka bolehlah merancang perbelanjaan bulanan keluarga masing-masing. 

Perancangan ini penting sama ada untuk percutian, pembelian bekalan dapur, balik kampung, tabungan, bayaran rumah, kereta, bil utiliti dan sebagainya. 

Kepentingan Pengurusan Kewangan Keluarga 

  • Membolehkan kita mencapai matlamat yang ditetapkan.
  • Memastikan penggunaan sumber kewangan yang lebih baik.
  • Mendisiplinkan diri dalam merancang penggunaan wang atau perbelanjaan.
  • Memberi peluang untuk menghargai wang yang diperolehi.
  • Memberi kesedaran tentang matlamat jang kapanjang dan matlamat jangka pendek.
  • Membantu menghadapi cabaran masalahkewangan dengan cekap.
  • Membentuk sikap bertanggungjawab dal amkehidupan masa kini dan masa hadapan.
  • Membantu meningkatkan pengetahuan dal amaspek kewangan (cth: belanjawan, rekod kewangan, kredit dan pelaburan).

Langkah Mengawal Perbelanjaan Keluarga 

3 langkah utama dalam mengawal perbelanjaan keluarga iaitu;

  1. Rekod/catit semua perbelanjaan yang dilakukan
  2. Periksa perbelanjaan yang telah dilakukan
  3. Buat penilaian dan rumusan perbelanjaan di akhir jangka masa perbelanjaan yang ditetapkan (bulanan atau tahunan)

*Jika penilaian dan rumusan tidak memuaskan – kaji kelemahan pengurusan.

*Jika memuaskan – boleh dijadikan garispanduan .

Sumber: http://pkn.pahang.gov.my/images/pekeliling/tarikh_pembayaran_gaji_2021.pdf

Scroll to Top