Friday, November 26, 2021
HomeBKCKementerian Kewangan Beri Jaminan Bantuan Kerajaan Diteruskan Termasuk BKC

Kementerian Kewangan Beri Jaminan Bantuan Kerajaan Diteruskan Termasuk BKC

Kementerian Kewangan memberi jaminan akan meneruskan bantuan-bantuan yang pernah disalurkan kerajaan sebelum ini termasuk Bantuan Khas COVID-19 (BKC).

Perkara itu dimaklumkan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika diminta mengulas mengenai keluhan orang ramai mengenai bantuan BKC yang sepatutnya diagihkan pada bulan ini.

“Mengenai bantuan yang telah diumumkan sebelum ini, ada lagi bantuan-bantuan dan semestinya ia diteruskan.

“Saya percaya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan membuat pengumuman mengenai bantuan-bantuan ini dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan kotak bantuan kepada pengukir kraftangan di Perkampungan Budaya Mah Meri di Pulau Carey, di sini.

Pada majlis tersebut, Tengku Zafrul telah menyumbangkan bakul makanan bernilai RM10,000 untuk 100 keluarga penduduk Orang Asli Mah Meri.

Kerajaan sebelum ini di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut:

* Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos, RM500 pada November, dan RM300 pada Disember.

* Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.

* Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember. Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos.

* Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250 manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada Ogos.

Tengku Zafrul antara bekas menteri yang dilantik semula dalam barisan Kabinet baharu dan majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia dijadual berlangsung pada 2.30 petang, Isnin di Istana Negara.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berpendapat dasar-dasar sedia ada yang bagus akan diteruskan oleh Kementerian Kewangan bagi memacu semula ekonomi negara.

Selain itu, katanya program dan rancangan akan diumumkan dalam masa terdekat dengan mengambil kira perkembangan semasa dan keadaan ekonomi yang bersifat dinamik.

Sepanjang 17 bulan sebagai Menteri Kewangan dalam kabinet yang dibentuk Muhyiddin, Tengku Zafrul juga dilantik sebagai menteri penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk memantau pelaksanaan strategi dan langkah bantuan, serta mengambil tindakan proaktif dalam menangani COVID-19 yang menimbulkan krisis kesihatan dan ekonomi.

Sepanjang tempohnya di kementerian, kerajaan telah melaksanakan lapan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion untuk mengatasi krisis kesihatan sejak pandemik itu melanda negara tahun lepas.

Sumber Berita: Astro Awani

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2021

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments