Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ (Perbadanan Islam Johor)

Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah dibuka untuk rakyat negeri ini sehingga 30 September 2021.

Rakyat negeri Johor yang ingin melanjutkan pelajaran atau yang sedang menyambung pelajaran digalakkan memohon yang disalurkan secara one-off ini.

Apa itu Bantuan Pengajian Tinggi PIJ?

Bantuan ini adalah merupakan salah satu inisiatif PIJ dalam meringankan beban bagi individu kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pelajaran ke Pengajian Tinggi.

Iklan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ

Syarat-syarat Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ

  1. Pemohon mestilah anak jati Negeri Johor (menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Negeri Johor).
  2. Permohonan terbuka untuk program Asasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana sahaja.
  3. Pendapatan kasar bulanan keluarga/penjaga pemohon tidak melebihi RM4,000.00. Bagi pendapatan RM4,001.00 – RM5,000.00 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.
  4. Hanya pelajar IPT secara sepenuh masa sahaja yang layak memohon
  5. Pemohon yang sedang belajar, perlu sertakan transkrip peperiksaan terkini yang telah disahkan.
  6. Borang dan dokumen sokongan hanya boleh disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/  Pegawai Kerajaan Kumpulan A sahaja.
  7. bu/bapa/penjaga yang tidak mempunyal slip gaji hendaklah membuat surat akuan pendapatan yang telah disahkan.
  8. IPT hendaklah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Malaysian Qualification Agency (MQA)
  9. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang telah disediakan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ)
  10. Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa Bantuan Pelajaran dari agensi lain semasa permohonan dibuat
  11. Maklumat seperti nombor telefon dan nombor akaun bank pemohon hendaklah yang terkini. Sekiranya maklumat yang diberikan tidak lengkap dan tidak benar, pihak PIJ berhak menolak permohonan tersebut tanpa sebarang sebab.
  12. PIJ tidak akan memberi bantuan ulangan. Permohon hanya layak bantuan sekali sahaja,
  13. Lain-lain perkara tertakluk kepada budi bicara Pengurus Besar.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang diberikan adalah secara sekaligus (one-off) sebagaimana berikut;

  1. Ijazah – RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Ringgit) 
  2. Diploma – RM700.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Ringgit)

Cara Memohon

Pemohon mestilah mendapatkan borang yang mempunyai cop rasmi PIJ di pejabat PIJ atau borang tertera cetakan komputer di laman web www.pij.gov.my 

Borang yang telah lengkap diisi segala butirannya beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat berikut;

PERBADANAN ISLAM JOHOR
(Bahagian Pembangunan Insan)
T3.1, Bangunan PIJ,
No. 26C, Jalan Rebana, Kebun Teh,
80250, Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim.

Tel: +6 07-3369 200 Faks: +6 07-3369 250

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan pengajian tinggi PIJ ini dibuka sehingga 30 September 2021.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info dan pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini sila rujuk;

Laman webwww.pij.gov.my 
Facebook, Instagram, TwitterPerbadanan Islam Johor
No Telefon07-336 9200

Semoga bantuan yang diberikan ini dimanfaatkan sebaiknya dan membantu melahirkan individu berpendidikan tinggi.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top