[Pengumuman Penting] Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan tarikh bayaran i-Citra bagi bulan September 2021 akan dibuat bermula 1 September 2021.
Bagi mereka yang membuat permohonan awal i-Citra, ini merupakan bayaran kali kedua yang diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada orang ramai yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Menurut KWSP, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.
Semakan Status Terkini Bayaran
Ahli-ahli dinasihatkan membuat semakan status terkini bayaran i-Citra melalui i-Akaun (Ahli) https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Hanya 4 langkah mudah:
1. Daftar i-Akaun di mana-mana kios KWSP
(Sila lihat pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks)
2. Log masuk i-Akaun, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna dan kata laluan sementara diterima melalui SMS
3. Cipta ID Pengguna, kata laluan dan frasa rahsia
4. Setelah pengaktifan berjaya, log semula ke i-Akaun dan sahkan nombor TAC yang telah didaftarkan!
Dengan i-Akaun, anda boleh mengemaskini profil peribadi, semak status penamaan dan kelayakan pengeluaran, mendaftar Simpanan Shariah, menyemak penyata dan rekod caruman ahli serta majikan.
Semuanya di hujung jari. Jom daftar i-Akaun dengan hanya 4 langkah mudah di atas!
Permohonan i-Citra
Namun, mereka yang belum memohon i-Citra, permohonan dibuka sehingga 30 September 2021 secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my
Siapa Yang Layak Memohon i-Citra?
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Info dan Maklumat Lanjut Mengenai i-Citra
Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Semoga dengan pengumuman bayaran i-Citra pada bulan September ini, anda dapat merancang kewangan anda dengan sebaiknya.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.