Diskaun Saman JPJ Sehingga 70%. Tempoh Akhir Tawaran 16 Sep 2021

Bersempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-64, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun dan pengurangan saman sehingga 70% kepada semua saman JPJ yang boleh dikompaun.

Walaupun begitu, tawaran itu tidak terpakai bagi kes yang masih dalam sebutan  mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Tawaran pengurangan notis saman ini dibuat semata-mata bagi tujuan meringankan beban rakyat, selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat di negara ekoran daripada pandemik Covid-19

Kaedah Bayaran

Kaedah bayaran boleh dilakukan melalui saluran-saluran berikut;

  1. Kaunter JPJ Negeri
  2. Cawangan dan UTC JPJ
  3. Kiosk JPJ
  4. Secara atas talian melalui portal mySIKAP JPJ https://public.jpj.gov.my/ 

Tempoh Tawaran Pengurangan Saman

Pengurangan kompaun ini bermula pada 18 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021 

Ia akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya, termasuklah kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist). 

Pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

Jenis Kesalahan Yang Diberikan Diskaun / Pengurangan Saman JPJ

Pengurangan Saman JPJ Sehingga 70% bersempena bulan kemerdekaan 64

Saman kompaun yang diberikan pengurangan adalah termasuk: 

  1. Saman AES/AWAS
  2. 7 kesalahan utama;
    1. Tidak memakai Topi Keledar
    2. Tidak Mematuhi Lampu Isyarat Merah 
    3. Tidak Memakai Tapi Pinggang Keledar
    4. Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Memandu
    5. Memotong Sebelah Kiri
    6. Memotong dan Menggunakan Lorong Kecemasan 
    7. Memotong di Garisan Berkembar
  3. Saman Kompaun Ops Musim Perayaan
  4. Dan saman kompaun yang lain.

Cara Membuat Semakan Saman

Orang Kena Saman (OKS) boleh membuat  semakan saman melalui portal rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Semakan saman boleh dibuat di pautan berikut;

https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman

Kes Senarai Hitam

Bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam (blacklist), pesalah dikehendaki untuk hadir semula ke pejabat JPJ (Cawangan ataupun Negeri) bagi tujuan proses dokumentasi semula sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada laman sosial dan laman web JPJ bagi tujuan maklumat yang sahih lagi tepat

Laman webhttps://www.jpj.gov.my/ 
Facebookhttps://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia 
Twitterhttps://twitter.com/jpj_malaysia 
Instagram https://www.instagram.com/jpjmalaysia/ 

Kenyataan Akhbar Mengenai Diskaun Saman JPJ bersempena Bulan Kemerdekaan 2021 Malaysia Prihatin

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top