Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyediakan Bantuan Kewangan Geran Bantuan Khas Secara One-Off RM1,000.00 Di Bawah Inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan (PEMULIH) Kepada Pengusaha Spa Dan Pusat Urutan Kaki (PUK) Di Bawah MOTAC
Dalam kenyataan media pada 18 Ogos 2021, MOTAC memaklumkan bahawa bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pengusaha Spa dan Pusat Urutan Kaki (PUK) dalam menghadapi wabak pandemik C0VID-19. MOTAC menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Bantuan ini dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 433 pengusaha Spa dan PUK. Sehubungan itu, MOTAC menyeru semua pengusaha Spa dan PUK yang layak untuk segera mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan ini.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan kewangan sebanyak RM1,000.00 secara One-Off akan disalurkan kepada mereka yang terjejas dalam masa yang terdekat.
Syarat Permohonan
Pengusaha Spa dan PUK ini hendaklah bernaung di bawah persatuan yang diiktiraf oleh MOTAC iaitu Association of Malaysian Spas (AMSPA) dan Malaysian Association of Wellness & Spa (MAWSPA).
Cara Memohon
Borang permohonan secara atas talian, syarat permohonan dan maklumat berkaitan boleh didapati di pautan http://www.motac.gov.my/PrihatinMOTAC21_Spa
Tarikh Permohonan dan Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan boleh dibuat mulai 19 Ogos 2021 (Khamis). Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 September 2021 (Isnin).
Siaran Media Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)
Berikut adalah siaran media daripada MOTAC berhubung dengan bantuan ini.
Info Dan Maklumat Lanjut;
Sebarang info dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi;
Laman Web | www.motac.gov.my |
[email protected] | |
Facebook, Instagram & Twitter | @mymotac |
No Tel: | 03-8000 8000 |
FaX | 03-88917181 |
Dengan adanya inisiatif ini, diharapakan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan Pengusaha SPA & Pusat Urutan Kaki yang terjejas akibat pandemik Covid-19 kerana tidak dapat beroperasi dalam waktu yang lama.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.