Monday, September 26, 2022
HomePermohonanCBRM 2.0: Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 TEKUN

CBRM 2.0: Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 TEKUN

Dalam usaha membantu usahawan yang terjejas dengan pandemik Covid-19, TEKUN NASIONAL menawarkan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan MIKRO 2.0 (CBRM 2.0) dengan bantuan sehingga RM 20,0000.

Objektif skim ini adalah membantu usahawan baharu dan sedia ada yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang menjalankan perniagaan dalam bidang non-essential, aktiviti sosial dan aktiviti rangkaian bagi memulihkan dan memulakan perniagaan dalam kesukaran masa pandemik COVID-19.

 

Apakah Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 ( CBRM 2.0)? 

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 ( CBRM 2.0) adalah pembiayaan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan baharu yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 bagi membolehkan mereka kembali beroperasi dan memulihkan semula perniagaan mereka. 

Syarat-syarat Utama Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0)? 

  • Bumiputera / India dan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas ( tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun) 
  • Mempunyai lesen / permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Daftar Perniagaan ( SSM )
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan 
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak 
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan 
  • Baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000 
  • Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah 

Jumlah Pembiayaan 

Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM 10,000 ditawarkan kepada usahawan baru manakala RM1,000 – RM20,000 ditawarkan kepada usahawan TEKUN sedia ada. 

Kadar Keuntungan CBRM 2.0

Tiada kadar keuntungan dikenakan. 

Tempoh  Proses Permohonan CBRM 2.0

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat) 

Adakah Pembiayaan Saya Dilindungi Insurans? 

Pembiayaan dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan. 

Adakah TEKUN melantik ejen / wakil untuk menguruskan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0)? 

TEKUN tidak melantik ejen / wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini. 

Saya merupakan usahawan TEKUN sedia ada, adakah saya layak memohon skim ini? 

Ya, anda layak memohon skim ini sekiranya rekod bayaran balik anda tidak tertunggak melebihi 6 bulan.

Adakah CBRM 2.0 Ini Mempunyai Simpanan Seperti Skim Pembiayaan TEKUN yang lain? 

Usahawan menerusi CBRM 2.0 dikecualikan daripada membayar simpanan. 

Jenis Sektor Perniagaan Yang Layak Memohon Skim Ini? 

Sektor perniagaan yang layak memohon skim ini adalah seperti Peruncitan, perkhidmatan, pembuatan, Kontraktor kecil, perniagaan online , pertanian dan perusahaan asas tani. 

Cara Memohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0)?

Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran atau boleh memohon secara dalam talian di https://tekunfin.tekun.gov.my  

Sekiranya anda belum mendaftar dalam sistem TEKUN online, anda boleh membuat pendaftaran akaun baharu pada pautan di bawah:

https://tekunfin.tekun.gov.my/register

Alamat Dan Nombor Telefon Pejabat-Pejabat TEKUN 

Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui link berikut : www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/ 

Info dan Maklumat Lanjut

Sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19 anda digalakkan berurusan melalui saluran berikut :

Facebook, Instagram, Twitter =  @tekunasional 

No telefon = 03 9059 8888 (Waktu pejabat) 

Laman web = http://fems.tekun.gov.my/ 

Soalan Lazim

Apakah itu CBRM 2.0?

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 ( CBRM 2.0) adalah pembiayaan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan baharu yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 bagi membolehkan mereka kembali beroperasi dan memulihkan semula perniagaan mereka. 

Apakah Syarat-syarat Permohonan?

1. Bumiputera / India dan warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun dan ke atas ( tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun) 
3. Mempunyai lesen / permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Daftar Perniagaan ( SSM )
4. Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan 
5. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak 
6. Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan 
7. Baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000 
8. Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah

Berapakah Jumlah Pembiayaan?

  •  
  • Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM 10,000 ditawarkan kepada usahawan baru manakala RM1,000 – RM20,000 ditawarkan kepada usahawan TEKUN sedia ada. 

    Apakah jenis sektor perniagaan yang layak memohon?

    Sektor perniagaan yang layak memohon skim ini adalah seperti Peruncitan, perkhidmatan, pembuatan, Kontraktor kecil, perniagaan online , pertanian dan perusahaan asas tani. 

    Bagaimana Cara Memohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0)?

    Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran atau boleh memohon secara dalam talian di https://tekunfin.tekun.gov.my  

    ​​PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

    Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

    Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

    RELATED ARTICLES

    Most Popular

    error: Sorry dah tak boleh copy!