Permohonan Bantuan Khas Guru Tadika Untuk PKP 3.0 RM150 One-off

Dalam usaha mengurangkan beban guru ketika pandemik ini, Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan bantuan khas buat guru tadika yang terjejas.

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 10,197 guru-guru tadika di seluruh negeri dengan peruntukan RM 500 ribu.

Menurut Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin bin Shari, inisiatif bawah Pakej Kita Selangor 2.0 adalah bagi meringankan beban golongan pendidik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

“Dari sasaran 10,197 guru yang bakal menerima manfaat ini, sebanyak 7,177 telah mengemukakan permohonan bantuan fasa pertama.”

Pengumuman Bantuan Khas Guru Tadika Untuk PKP 3.0

Dalam pengumuman PAKEJ KITA SELANGOR 2.0 yang lalu, Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin bin Shari mengumumkan;

“Kerajaan Negeri memahami kesukaran yang dihadapi pengusaha tadika dan guru-guru tadika akibat pelaksanaan PKP. Oleh itu Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan ‘one off’ berjumlah RM 450 kepada pengusaha tadika di seluruh Negeri Selangor serta RM 150 kepada setiap guru-guru tadika. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 1,018 pengusaha tadika dan 10,197 guru-guru tadika di seluruh negeri dengan peruntukan RM 500 ribu.”

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diperuntukkan kepada guru tadika yang terjejas adalah sebanyak RM150 secara sekali bayar (one off.)

Tarikh Permohonan

Permohonan fasa kedua bermula 15 Ogos 2021 (Ahad) dan tarikh tutup permohonan adalah pada 6 September 2021 (Isnin).

Untuk permohonan kali ini, lebih 3000 kouta masih tidak dipohon. Oleh yang demikian, para guru tadika disarankan untuk membuat permohonan ini sebelum tarikh permohonan di tutup.

Cara Memohon

Inisiatif kepada guru tadika ini boleh dimohon menerusi persatuan tadika berdaftar dan pejabat pendidikan daerah.

Info Dan Maklumat Lanjut

Untuk info dan maklumat lanjut, sila layari https://www.amirudinshari.com/kitaselangor2

Diharapkan dengan insentif RM150 yang diberikan ini meringankan beban para guru tadika di seluruh negeri Selangor yang sangat berjasa besar dalam pembangunan insan negeri.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top