Kepada sesiapa yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 dan Pelan Pemulihan Negara (PPN), anda boleh dapatkan bantuan bakul makanan yang disediakan oleh Bank Rakyat HQ.
Sesiapa yang memerlukan atau ada rakan taulan, saudara mara yg perlukan bantuan di area sekitar KL, boleh suruh dtg amik bekalan keperluan di HQ Bank Rakyat. Semoga jasa tuan/puan diberkahi Allah SWT.
ANDA PERLU KAMI BANTU | Kini anda boleh mendapatkan barang keperluan dan makanan asas di Zon Barakah Bank Rakyat mulai 13 Ogos 2021. Kami membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, tanpa mengira bangsa dan agama untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Anda tidak perlu risau dan gusar. Segera kunjungi Zon Barakah Bank Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur dan dapatkan barang keperluan dan makanan asas yang anda perlukan.
KITA PULIH BERSAMA
Mengenai Bakul Makanan Zon Barakah Bank Rakyat
Sempena sambutan tahun baharu Maal Hijrah, Bank Rakyat dengan kerjasama Surau Al-Barakah Bank Rakyat ingin meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan menerusi inisiatif pemberian keperluan dan makanan asas yang dikenali sebagai Zon Barakah Bank Rakyat.
Inisiatif yang berkonsepkan ‘Ambil Yang Perlu, Sumbang Apa Yang Mampu’ ini akan bermula pada 13 Ogos 2021 bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat.
Zon Barakah Bank Rakyat diperkenalkan untuk membantu golongan yang terjejas dari segi keperluan asas demi kelangsungan kehidupan mereka.
Bank Rakyat menjemput semua lapisan masyarakat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk mendapatkan barangan keperluan asas anda.
‘Ambil Yang Perlu, Sumbang Apa Yang Mampu’.
Senarai Barang Yang Di Sediakan
- Beras 5kg
- Tepung Gandum 1kg
- Minyak Masak 1 liter
- Bihun
- Sardin
- Telur Ayam
- Kicap
- Gula
- Garam
- Teh
- Nescafe
- Biskut
- Susu Tepung
- Lampin Pakai Buang
Waktu Pengambilan Barang (Bakul Makanan Bank Rakyat)
Terbuka pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu termasuk cuti umum.
SOP & Prosedur Pengambilan Barang Keperluan
Ikuti langkah mudah berikut;
- Kunjungi Zon Barakah Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur.
- Patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka, menggunakan pensanitasi tangan dan mengimbas suhu.
- Imbas kod QR dalam aplikasi MySejahtera atau mendaftar di buku log.
- Ambil barang yang anda perlukan sahaja dan amalkan penjarakan fizikal.
Sumbangan ke Zon Barakah
Sekiranya anda ingin membantu mereka yang memerlukan melalui inisiatif Bakul Makanan Bank Rakyat ini, anda boleh menyumbang berdasarkan kemampuan masing-masing melalui pautan berikut;
https://toyyibpay.com/Zon-Barakah-BR
Infak bantuan bekalan makanan utk semua lapisan masyarakat yg memerlukan atas prinsip kemanusiaan.
Semoga usaha ini diberkati Allah bagi membantu mereka yang memerlukan.
Sumber: Facebook Bank Rakyat