Thursday, May 25, 2023
HomeBantuan IPTPermohonan Skim Bantuan Am Pelajaran MAIPk Perak 2021

Permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran MAIPk Perak 2021

Rakyat negeri Perak yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah boleh memohon bantuan am pelajaran di bawah Zakat Perak-Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Bantuan adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian.

Apa itu Bantuan Am Pelajaran MAIPk?

Bantuan Am Pelajaran adalah skim bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi rakyat negeri Perak Darul Ridzuan. 

Bantuan adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian. 

Skim Bantuan Am Pelajaran MAIPk

Syarat Kelayakan

Syarat memohon bantuan ini adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh memohon TIDAK MELEBIHI 3 BULAN dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS.
  2. Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.
  3. Pemohon mestilah BERMASTAUTIN dalam Negeri Perak.
  4. Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA.
  5. Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.

Kadar Bantuan

Bantuan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian sebagaimana berikut;

PERINGKAT PENGAJIANKADAR BANTUAN
SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV)RM500.00
DIPLOMA / DPMV (KV)RM600.00
IJAZAHRM700.00

Cara Memohon

Mereka yang ingin memohon bantuan am pelajaran Zakat Perak-MAIPk, permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan; 

http://online.maiamp.gov.my/bantuanam/ 

Isi maklumat dengan betul. 

Jika layak anda akan dihubungi semula.

Info dan Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi di talian 05-2084000. 

Manakala, jika ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai Bantuan Am Pelajaran, boleh hubungi Pejabat Pentadbiran Daerah MAIPk seperti di talian berikut;

>> KLIK SINI<<

Like dan follow Facebook Zakat Perak MAIPk – https://www.facebook.com/ZakatPerakMAIPk/ 

Share Posting’ ini. Galakkan anak-anak melanjutkan pelajaran. Cari ilmu sebanyaknya. Dengan ilmu boleh jadi insan berguna.

‘Share Posting’ ini. Biar ramai anak-anak Perak tahu. Pendidikan diutamakan kepada anak negeri. Demi melahirkan bangsa merdeka berilmu.

Kisah pelajar melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara

Saksikan contoh kisah mereka. 

Kisah Pelajar di negara Jordan:

Kisah pelajar ACCA dalam negara:

Sumber: Facebook Zakat Perak – MAIPk & Laman Portal MAIPk

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!