Cara Tuntutan Bantuan Khairat Kematian ASNB (ASB, ASB2 DLL)

Mungkin ramai yang tidak tahu, sekiranya pencarum skim-skim unit amanah di bawah ASNB meninggal dunia, waris yang layak boleh membuat tuntutan khairat kematian bagi skim-skim pelaburan seperti ASB, ASB2, ASB Didik dan lain-lain lagi.

Syarat utama tuntutan khairat kematian di bawah ASNB adalah mestilah dalam tempoh 6 bulan kematian.

Rugi kalau anda tak buat tuntutan!

Syarat-syarat kelayakan

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

PERKARASYARAT-SYARAT
Pemohon (Waris Qadim)*– Pemohon adalah waris kepada si mati/pemegang unit yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau
– Salah seorang Penerima Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah (HAPA) yang dinamakan oleh si mati 
Unit Amanah TerlibatSi mati telah mendaftar sekurang-kurangnya satu tabung unit amanah ASNB dan mempunyai baki minimum 1 unit 
Tempoh TuntutanPermohonan diterima oleh ASNB dalam tempoh 6 bulan dari Tarikh Kematian pemegang unit 

*Waris bukan Islam layak menuntut bantuan Khairat ASNB bagi pemegang unit (si mati) yang beragama Islam.

Cara Tuntutan Bantuan Khairat Kematian ASNB

Permohonan bantuan Khairat Kematian ASNB boleh dilakukan di mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen mengikut prosedur terkini.

Penerimaan bantuan Khairat ASNB adalah secara tunai sahaja di kaunter cawangan ASNB atau ejen.

Lihat senarai cawangan ASNB melalui pautan berikut;

https://www.asnb.com.my/asnbv2_6contact.php#cawangan

Jumlah kelayakan Bantuan Khairat ASNB

Kelayakan bantuan Khairat ASNB adalah tertakluk kepada jumlah pegangan unit si mati pada Tarikh Kematian seperti berikut:

Jumlah Pegangan UnitJumlah Khairat
Bawah 1,000.00 unitRM200
1,000.00 unit dan ke atasRM500

Jika waris memohon bantuan Khairat ASNB pada 15 Oktober 2020 dan tarikh kematian pemegang unit adalah sebelum tarikh tersebut, adakah waris tertakluk kepada struktur baharu bantuan Khairat ini?

Ya. Bantuan Khairat akan diproses mengikut tarikh permohonan di cawangan ASNB atau ejen.

Nota: Struktur baharu bantuan Khairat ASNB berkuat kuasa pada 15 Oktober 2020. Sebarang permohonan yang diterima pada atau selepas tarikh kuat kuasa tersebut adalah tertakluk kepada struktur baharu bantuan Khairat ASNB.

Info dan Maklumat Lanjut

Info lanjut mengenai tuntutan ini sila layari laman web https://www.asnb.com.my/

Facebook ASNB – https://www.facebook.com/ASNBmy

Sumber: Portal Amanah Saham Nasional Berhad

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.