Monday, February 26, 2024
HomeSumbangan Tunai RahmahSenarai Pasaraya & Kedai MyKasih Bantuan SARa di Selangor

Senarai Pasaraya & Kedai MyKasih Bantuan SARa di Selangor

Senarai Pasaraya & Kedai MyKasih Bagi Pembelian Keperluan Makanan Asas Sumbangan Asas Rahmah (SARa) di Selangor

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) yang menerima RM600 secara cashless kini boleh menggunakan wang tersebut bagi pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad. 

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu;

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa

Di Selangor terdapat lebih daripada 60 kedai atau pasaraya MyKasih yang mengambil bahagian  bagi memudahkan penerima bantuan SARA bagi membeli keperluan runcit asas.

Semakan Kelayakan 

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima RM600 bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), semakan boleh dibuat di portal MyKasih sebagaimana berikut;

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/  
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir
Semakan MyKasih Status Kini Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Anda juga boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

Penerima yang layak atau tidak layak akan akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing;

Senarai Kedai / Pasaraya MyKasih Di Selangor

Di Selangor MyKasih mempunyai lebih daripada 60 kedai / rakan runcit di seluruh negeri termasuk Mydin, Giant, Econsave, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas. 

Berikut adalah senarai kedai MyKasih di Selangor mengikut daerah;

Gombak

  • GIANT HYPERMARKET BATU CAVES (GHBC) – LOT 10243 JALAN BATU CAVES, BANDAR SELAYANG, 68100, BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • LOTUSS RAWANG – LOTUSS RAWANG, NO. 1 JALAN RAWANG, 48000, RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN RAWANG EMPORIUM – NO.1-11, LOT 646, 651, JALAN BANDAR RAWANG 8, 48000, RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN SELAYANG UTAMA – 10 – 18, JALAN SU/12, SELAYANG UTAMA, 68100, BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Hulu Langat

  • ECONSAVE CASH & CARRY (BG) SDN BHD – PT644442, PT63029, PT63030, PT63051, JALAN REKO SENTRAL, 43000, KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • ECONSAVE CASH & CARRY (BL) SDN BHD – LOT 2637, JALAN BALAKONG, BATU 11, 43200, CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • ECONSAVE CASH & CARRY (SM) SDN BHD – NO.16-20 JALAN PASAR, SEKSYEN 7, 43500, SEMENYIH, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • ECONSAVE CASH & CARRY (SP) SDN BHD – PT NO 44621, TAMAN SEGAR PERDANA, 43200, CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • ECONSAVE CASH & CARRY RINCHING (RC) SDN BHD – LOT 27105, JALAN 5/44, SEKSYEN 5, BANDAR RINCHING, 43500, SEMENYIH, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • GIANT BANDAR BARU AMPANG – SPECTRUM SHOPPING MALL, JALAN WAWASAN AMPANG 4/2, BANDAR BARU AMPANG, 68000, AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • GIANT SUPERMARKET AMPANG POINT – LOT 36 GROUND FLOOR, AMPANG POINT SHOPPING CENTRE JALAN MEMANDA 3, 68000, AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • GIANT SUPERSTORE PRIMA SAUJANA – PLOT 8, JALAN PRIMA SAUJANA 2/F, TAMAN PRIMA SAUJANA, 43000, KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MY HERO HYPERMARKET SDN BHD (TD) – C01G-C12G BLOCK C, PUSAT DAGANGAN TAMAN DAGANG, JALAN DAGANG BESAR, TAMAN DAGANG, 68000, AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN HULU LANGAT – JALAN LAGENDA SURIA 1, TAMAN LAGENDA SURIA, 43100, HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN HYPERMARKET SEMENYIH – LOT NO. 21452, JALAN ANGGERIK PERDANA 1, TAMAN ANGGERIK PERDANA, 43500, SEMENYIH, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN MART KAJANG – 7-12, JALAN JELOK 6, 43000, KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN SUPERMARKET SEKSYEN 7 BANGI – NO. 7, 9, 11, 11A & 15, JALAN 7/7A, SEKSYEN 7, 43650, BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN SUPERMARKET SEMENYIH – NO. 1, 3, 5, 7 & 9, JALAN PASAR BARU, 43500, SEMENYIH, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Hulu Selangor

  • 99 SPEEDMART KUALA KUBU BHARU – NO.47, JALAN MAT KILAU, KAMPUNG TUN ABDUL RAZAK, 44000, KUALA KUBU BARU, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • ECONSAVE CASH & CARRY (BA) SDN BHD – NO 1 LOT PT 6903, JALAN MAHAGONI 8, BANDAR UTAMA BATANG KALI, 44300, BATANG KALI, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • LOTUSS BUKIT BERUNTUNG – LOTUSS BUKIT BERUNTUNG, NO 1, JALAN ORKID 1 SEKSYEN BS1, BANDAR BUKIT SENTOSA, 48300, RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • PASARAYA GRAND UNION – NO 1,JLN KAMUNTING, SEKSYEN BB6, BANDAR BUKIT BERUNTUNG, 48300, RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Klang

  • 99 SPEEDMART KAMPUNG JAWA – 7695-7697, JALAN TELUK BATU 1, BT. 4 1/2 JALAN KEBUN, 41000, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • ECONSAVE CASH & CARRY – PERSIARAN SUNGAI KERAMAT – LOT 19868, PERSIARAN SUNGAI KERAMAT, TAMAN KLANG UTAMA, 42100, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • ECONSAVE CASH & CARRY (HA) SDN BHD – LOT 6854 & 6855, PERSIARAN HAMZAH ALANG, PEKAN KAPAR, 42200, KAPAR, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • GIANT HYPERMARKET KELANA JAYA – NO 33, JALAN SS6/12, SS6, 47301, KELANA JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • GIANT HYPERMARKET KLANG (GHKG) – LOT 83191-83192, PERSIARAN BATU NILAM, BANDAR BUKIT TINGGI, PANDAMARAN, 43000, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • GIANT SUPERMARKET KELANA JAYA – NO. 2 – 8, SS 6/3, PUSAT BANDAR KELANA JAYA, 47301, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • KIM CHIN GUAN ENTERPRISE – 34-K, JALAN BESAR, SELANGOR, 42940, PULAU KETAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN EMPORIUM PLAZA MPK, KLANG – PLAZA MPK, JALAN POS BARU, 41300, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN WHOLESALE EMPORIUM TENGKU KELANA – JALAN TENGKU KELANA, KAWASAN 1, 41000, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • PAK GROCER RAJA MUDA MUSA – LOT NO. 1,3,5,7 & 9, GROUND FLOOR,JLN SENTUL, OFF JLN PERSIARAN RAJA MUDA MUSA, 42000, PORT KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • PASAR MINI SRI MEENAS – 29-A & 31-A, JALAN MERU SETIA 1, TAMAN SRI SAUJANA,MERU, 41050, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Kuala Langat

  • ECONSAVE CASH & CARRY (BT) SDN BHD – LOT 2-14 JALAN SUASA, KAWASAN PERINDUSTRIAN PKNS, 42700, BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • THE STORE JALAN BESAR BANTING – LOT 1256, JALAN BESAR, 42700, BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • LOTUSS JENJAROM – LOTUSS JENJAROM, NO 1 JALAN 1/1, TAMAN SERI JAROMAS, 42600, JENJAROM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Kuala Selangor

  • ECONSAVE CASH & CARRY (AJ) SDN.BHD – ALAM JAYA BRANCH, LOT PT 15792, BANDAR PUNCAK ALAM, 42300, MUKIM IJOK, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • SYARIKAT LIM YOU THO DAN ANAK2 – A-10 & 12 JALAN BESAR, 45600, BATANG BERJUNTAI, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • ECONSAVE CASH & CARRY (JM) SDN BHD – NO 1, 3, 5, 7, 9 & 11, JALAN DATO TAN TENG KUAY 2, SUNGAI BULOH, 45800, JERAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • ECONSAVE CASH & CARRY (SB) SDN BHD – 2-20 JALAN LITER C U19/1C, SEKSYEN U19, 40160, SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • LOTUSS KUALA SELANGOR – LOTUS’S KUALA SELANGOR, NO 2, JALAN TIARA 1, MEDAN NIAGA KUALA SELANGOR, 45000, KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • PASAR RAYA HONG HENG – 42,22, PUSAT BANDAR, 45500, TANJUNG KARANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • PASARAYA KECIL HING HUAT – NO.9, KAMPUNG BARU IJOK, 45620, IJOK, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • PASARAYA S. PUTRA – NO 1. 2. 3 JALAN SP 12 A, TAMAN SRI PUTRA, 47000, SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • PASARAYA ZAHIR – NO.16 LORONG TERATAI 2/12, BANDAR BARU KUALA SELANGOR, 45000, KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • REZKI TANJUNG MINI MARKET – REZKI TANJUNG MINI MARKET, NO. 37 & 39 TINGKAT BAWAH JALAN 1, TAMAN RADIN JAYA, 45500, TANJONG KARANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • SAVEWAY -IJOK – NO 14/1, KAMPUNG BARU IJOK, BESTARI JAYA, 45600, IJOK, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Petaling

  • 99 SPEEDMART(KA) SDN BHD (KAYU ARA) – NO 8&9 GROUND FLOOR, PELANGI ONE AVENUE, JLN PJU 6/A, 47400, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • ECONSAVE CASH & CARRY (BK) SDN BHD – NO.2,PT 45233, JALAN SUNGAI KERANJI M32/M, SEKSYEN 32, 40460, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • ECONSAVE CASH & CARRY (KJW) SDN BHD – LOT 9900, JALAN BATU EMPAT, SEKSYEN 36, 40470, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • GIANT HYPERMARKET BANDAR KINRARA (GHBK) – LOT 449, JALAN BK 5A/1, BANDAR KINRARA, 47100, PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • GIANT HYPERMARKET KOTA DAMANSARA (GHKD) – NO 16, JLN PJU 5/1, KOTA DAMANSARA, PJU 5, 47810, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • GIANT HYPERMARKET PUTRA HEIGHTS – NO 3, PERSIARAN PUTRA PERDANA, PUTRA HEIGHTS, 47650, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • GIANT HYPERMARKET SEKSYEN 13, SHAH ALAM – LOT 2, PERSIARAN SUKAN, SEKSYEN 13, 40100, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • GIANT HYPERMARKET SHAH ALAM SEKSYEN 7 – GROUND FLOOR, PUSAT KOMERSIAL BLOK A, NO 2, JALAN PLUMBUM T7/T, SEKSYEN 7, 40000, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • GIANT SUPERSTORE SRI MANJA – NO 1, JALAN PJS 3/61, TAMAN SRI MANJA, BATU 6 1/2, JALAN KELANG LAMA, 46000, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • LOTUSS BANDAR BUKIT PUCHONG – LOTUSS BANDAR BUKIT PUCHONG, NO. 1 JALAN BP 7/1, BANDAR BUKIT PUCHONG, 47120, PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • LULU HYPERMARKET – SETIA CITY MALL – LOT LG 101, UG 101 & L1 101, SETIA CITY MALL, NO. 7, PERSIARAN SETIA DAGANG, BANDAR SETIA ALAM, SEKSYEN U13, 40170, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN MART PADANG JAWA, SHAH ALAM – NO. G-01 & F13A-27 & FK1-22, KOMPLEKS MEMBELI BELAH SURIA JAYA, SEKSYEN 16, 40200, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN MART SEKSYEN 18, SHAH ALAM – NO, 4-16, JALAN PINANG G 18/G, SEKSYEN 18, 40200, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN MART SRI MUDA – NO. 4-20, JALAN RIA 25/62, TAMAN SRI MUDA, SEKSYEN 25, 40400, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN SUBANG JAYA – LOR 675-676 PERSIARAN SUBANG PERMAI, USJ1, 47500, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN SUPERMARKET BUKIT JELUTONG – NO. 2,4,6 & 8, TINGKAT G & TINGKAT 1, JALAN PELAPIK C U8/C, BUKIT JELUTONG, SEKSYEN U8, 40150, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • MYDIN SUPERMARKET PUNCAK JALIL – NO. 8, 10, 12, 14, 16 & 18, JALAN PUJ 3/2, TAMAN PUNCAK JALIL, 43300, SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Sabak Bernam

  • 99 SPEEDMART SDN BHD (SABAK BERNAM) – LOT 619&620 JALAN RAJA CHULAN, TMN MUTIARA 2 SEKSYEN 5, 45200, SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • PASAR RAYA SRI KASSIM SDN. BHD – LOT 1605, MEDAN SUNGAI BESAR, 45300, SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Sepang

  • ECONSAVE CASH & CARRY (SPG) – G21 & M19, KIP MALL KOTA WARISAN, KIP SENTRAL, KOTA WARISAN, 43900, SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
  • REZEKIs FOODSTUFF ENTERPRISE – LOT 942 JALAN BESAR, SUNGAI PELEK, SELANGOR, 43950, SUNGAI PELEK, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Semakan senarai pasar raya dan kedai runcit MyKasih di Selangor juga  boleh dibuat melalui pautan berikut: 

>>pautan senarai pasar raya / kedai runcit terlibat<<

  • Klik Negeri > pilih Selangor
  • Taip Daerah, Contoh; Rawang
Cara cari kedai MyKasih Di Selangor

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman (Contoh: Susu, Milo, Teh, Nescafe)
  9. Makanan dalam tin (Sardin) dan
  10.  Bahan perasa (Contoh: Sos, Kicap Gula, Garam)

Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut;

10 Kategori Makanan yang diluluskan Sumbangan Asas Rahmah

Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan SARA

Anda juga boleh merujuk video panduan berikut untuk rujukan;

Semakan Baki Terkini SARa

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023 akan luput secara automatik.

Anda boleh buat semakan baki terkini melalui kaedah berikut:

Semakan baki sara melalui resit pembelian

Info Lanjut dan Pertanyaan

Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Sumber: Portal MyKasih

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARa);

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.

Siapa yang layak menerima SARA?

Kelayakan SARA adalah terhad kepada kategori berikut:
1) Warganegara Malaysia;
2) Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
3) Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023 sahaja.

Berapakah amaun kelayakan SARA yang akan diterima penerima yang layak?

RM600 bagi setiap penerima yang dikenal pasti layak SARa bagi kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang

Bagaimana cara semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) secara online)?

https://www.mykasih.com.my/ klik semak status

Saya baru bercerai dan Ketua Isi Rumah berdaftar dalam sistem eKasih adalah suami. Adakah saya layak SARA memandangkan saya (ibu) yang diberi hak penjagaan untuk menganggung anak-anak?

Kelayakan SARa adalah berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023.

Sekiranya anda tersenarai sebagai Ahli Isi Rumah dalam rekod Ketua Isi Rumah berkenaan dan kelulusan STR anda serta bekas suami adalah dua permohonan berbeza, anda akan layak SARa secara berasingan. Kaedah semakan kelayakan SARa rujuk jawapan soalan 6 melalui FAQ SAra

Adakah rayuan akan dibuka sekiranya saya tidak layak SARA?

Tiada rayuan akan dibuka berdasarkan ketetapan semasa. Sebarang maklumat lanjut akan dikongsi dari semasa ke semasa.

Saya merupakan penerima SARA yang memerlukan bantuan barangan selain keperluan makanan asas seperti ubat-ubatan dan lain-lain. Bolehkah SARA digunakan bagi tujuan selain barangan makanan asas yang telah ditetapkan?

Tidak. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan yang telah ditetapkan bagi program ini.

Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?

Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?

Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023 akan luput secara automatik.

Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?

Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2023.

Soalan-soalan lain, sila rujuk;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!