Ini Kategori Yang Dapat RM600 Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Ramai yang masih keliru mengenai sumbangan tambahan RM600 melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima STR.

Untuk makluman, bantuan ini tidak diberikan secara tunai, namun disalurkan secara cashless bagi membeli barangan keperluan asas seperti beras, telur, minyak masak, tepung dan lain-lain  di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Namun, sedikit berbeza bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan yang akan menerima bayaran secara sekaligus (one-off) untuk tujuan tersebut mengambil kira akses rangkaian dan kesukaran penerima yang berada di kawasan pedalaman untuk hadir membuat pembelian. 

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tambahan RM600 melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Cara Semakan Kelulusan 

Semua penerima SARA yang layak akan menerima surat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARA di alamat berdaftar dalam permohonan STR. 

Selain itu, semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  1. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih atau MySTR
  2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
  3. Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/  
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir
Semakan MyKasih Status Kini Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda juga boleh membuat semakan melalui portal MySTR melalui pautan berikut;

Penerima yang layak atau tidak layak akan akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing;

Sistem Pesanan Ringkas (SMS) 

Penerima SARA yang layak akan menerima maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan kelayakan SARA

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Siapa yang layak RM600 Sumbangan Asas Rahmah?

Kelayakan SARA adalah terhad kepada mereka yang memenuhi semua kriteria seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023; dan
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Apakah maksud penerima Miskin Tegar eKasih di sini?

  1. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
  2. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Saya Tidak Layak, Adakah Saya Boleh Memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023.

Jumlah dan Kategori Kelayakan

Setiap penerima yang dikenal pasti layak Sumbangan Asas Rahmah akan menerima sumbangan berjumlah RM600 seperti berikut:

Bil.Kategori Kelulusan STR 2023Amaun Bayaran
1.Isi Rumah
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM600
2.Warga Emas Tiada PasanganRM600
3.BujangRM600

Tarikh Bayaran

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin tegar dalam data e-kasih layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas mulai 17 Julai 2023.

Bagi penerima Semenanjung, mereka akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023). Ia akan diberi secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Bagi penerima Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, Bayaran RM600 sekali gus melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kedah, Pulau Pinang. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu

  • Mulai 17 Julai 2023 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalul akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor

  • Mulai 31 Julai 2023 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalul akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

  • Mulai 7 Ogos 2023 (ISNIN)
  • Bayaran RM600 sekall gus pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Jadual Bayaran Julai – Disember

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. 

Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

BulanJumlah
Julai 2023RM100
Ogos 2023RM100
September 2023RM100
Oktober 2023RM100
November 2023RM100
Disember 2023RM100

Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

Senarai Kedai Untuk Pembelian

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. 

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut: senarai pasar raya / kedai runcit terlibat.

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman (Contoh: Susu, Milo, Teh, Nescafe)
  9. Makanan dalam tin (Sardin) dan
  10.  Bahan perasa (Contoh: Sos, Kicap Gula, Garam)

Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

10 Kategori Makanan yang diluluskan Sumbangan Asas Rahmah

Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan SARA

Anda juga boleh merujuk video panduan berikut untuk rujukan;

Semakan Baki Terkini SARa

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023 akan luput secara automatik.

Anda boleh buat semakan baki terkini melalui kaedah berikut:

i. Semakan portal rasmi MyKasih: pautan portal MyKasih

ii. Semakan resit pembelian:

Semakan baki sara melalui resit pembelian

Info Lanjut dan Pertanyaan

Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com.my; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Sumber: Portal MyKasih & MySTR

FAQ Soalan Lazim

Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARa);

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.

Siapa yang layak menerima SARA?

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
1) Warganegara Malaysia;
2) Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
3) Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023 sahaja.

Berapakah amaun kelayakan SARA yang akan diterima penerima yang layak?

RM600 bagi setiap penerima yang dikenal pasti layak SARa bagi kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang

Bagaimana cara semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) secara online)?

https://www.mykasih.com.my/ klik semak status

Saya baru bercerai dan Ketua Isi Rumah berdaftar dalam sistem eKasih adalah suami. Adakah saya layak SARA memandangkan saya (ibu) yang diberi hak penjagaan untuk menganggung anak-anak?

Kelayakan SARa adalah berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023.

Sekiranya anda tersenarai sebagai Ahli Isi Rumah dalam rekod Ketua Isi Rumah berkenaan dan kelulusan STR anda serta bekas suami adalah dua permohonan berbeza, anda akan layak SARa secara berasingan. Kaedah semakan kelayakan SARa rujuk jawapan soalan 6 melalui FAQ SAra

Adakah rayuan akan dibuka sekiranya saya tidak layak SARA?

Tiada rayuan akan dibuka berdasarkan ketetapan semasa. Sebarang maklumat lanjut akan dikongsi dari semasa ke semasa.

Saya merupakan penerima SARA yang memerlukan bantuan barangan selain keperluan makanan asas seperti ubat-ubatan dan lain-lain. Bolehkah SARA digunakan bagi tujuan selain barangan makanan asas yang telah ditetapkan?

Tidak. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan yang telah ditetapkan bagi program ini.

Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?

Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?

Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023 akan luput secara automatik.

Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?

Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2023.

Soalan-soalan lain, sila rujuk;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

Scroll to Top