Banyak yang tanya kenapa Pengeluaran Khas KWSP belum masuk?
Ikuti penjelasan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz bagi menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Netizen.
Sejak Menteri Kewangan mengumumkan pengeluaran khas KWSP yang mula dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022, ramai yang bertanya beliau kenapa belum masuk duit KWSP dalam akaun?
Permohonan Yang Terlalu Banyak
Untuk makluman KWSP telah terima 5.3 juta permohonan Pengeluaran Khas dengan jumlah pembayaran RM40.1 Billion. Ia adalah satu jumlah yang sangat besar.
Dengan jumlah permohonan yang ramai, adalah sukar untuk salurkan jumlah yang sebesar ini dalam jumlah yang singkat.
Kerana itulah, KWSP sejak dari awal lagi memaklumkan penyaluran dibuat secara berperingkat.
Sekarang pun ramai yang sudah menerima makluman KWSP tentang status permohonan mereka.
Ada yang dapat 20hb, 21 hb dan sebagainya. Memang bukan semua yang dapat pada 18hb.
KWSP Telah Beri Komitmen Semua Bayaran Sebelum Aidilfitri
Jadi jangan risau, jika permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum dibuat, KWSP telah beri komitmen dan berusaha menyelesaikan semua permohonan sebelum hari raya Aidilfitri.
YB Tengku Zafrul berharap warga Malaysia yang terlibat dapat bersabar menunggu pengeluaran khas KWSP.
Video penuh penjelasan kenapa KWSP belum masuk ↓
Cara Semakan Status Terkini Permohonan diterima atau Permohonan diluluskan
Ahli boleh buat semakan status kelulusan di portal kwsp melalui link berikut;
https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ . Klik pada status permohonan di portal tersebut.
Selain itu status semakan juga boleh dibuat di portal i-Akaun melalui link https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login . Klik pada Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
Cara Semakan Tarikh Terikin Bayaran Pengeluaran Khas KWSP
Semakan tarikh terkini Pengeluaraan Khas KWSP boleh dibuat melalui i-akaun > sejarah pengeluaran sebagaimana di bawah.
Langkah pertama; Buka laman portal i-Akaun KWSP melalui link https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Langkah kedua: masukkan ID Pengguna, sahkan kata kunci keselamatan dan masukkan password (kata laluan).
Langkah ketiga: Klik pada withdrawal/pengeluaran (lihat contoh gambar pertama di bawah)
Langkah keempat: Klik pada withdrawal history / sejarah pengeluaran (gambar 2)
Langkah Kelima: Klik di atas Pengeluaran Khas (gambar 3)
Langkah Enam: Anda akan melihat tarikh terkini bayaran pengeluaran khas dan Jumlah keseluruhan bayaran.
Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?
Tidak seperti bayaran i-Sinar atau i-Citra yang berperingkat, bayaran Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment) atau secara one-off sekali bayar.
Kaedah Bayaran
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
- Akaun bank (simpanan atau semasa)
- Akaun bank masih aktif
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan:
- Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
- Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
- Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
- Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
- Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
Tersalah Isi Nombor Akaun Bank Ketika Memohon
Menurut KWSP sekiranya anda tersalah isi nombor akaun ketika permohonan Pengeluaran Khas, tiada sebarang pindaan nombor akaun dapat dilakukan.
Tersalah-Isi-Nombor-Akaun-Bank-Ketika-Memohon-
Pembayaran bagi Pengeluaran Khas KWSP ini akan digantikan dengan Cek Jurubank.
Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank. (lihat no 4 & 5 kaedah Bayaran di atas).
Maklumat Lanjut
Sila rujuk soalan lazim mengenai semakan dan tarikh terkini Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP di bawah;
Menurut Tengku Zafrul, bagi mereka yang mula memohon pada awal April, boleh check akaun masing-masing bermula 18 April 2022.
Namun kalau belum masuk lagi, jangan risau Insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat.
1. Buka portal i-akaun kwsp https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Klik pada pada withdrawal/pengeluaran
3. Klik pada withdrawal history / sejarah pengeluaran
4. Klik di atas “Pengeluaran Khas”
Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Untuk makluman bagi nombor akaun bank yang salah, tiada sebarang pindaan nombor akaun dapat dilakukan dan bayaran akan digantikan dengan Cek Jurubank.
Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar.
Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar