Sunday, September 25, 2022
HomeJawatan KosongPermohonan MySTEP Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)  2022

Permohonan MySTEP Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)  2022

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membuka permohonan bagi jawatan kosong Personel Shot-Term Employment Program (MySTEP) bagi tahun 2022.

Jawatan yang ditawarkan adalah Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dengan gaji RM1,600 sebulan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai jawatan kosong MySTEP di DBP.

Apa itu MySTEP?

MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  1. Penempatan di Sektor Awam
  2. Penempatan di GLCs and rakan strategiknya

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

Sektor AwamGLCs dan Rakan Strategiknya
1 – 12 Bulan6 – 12 Bulan

Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​

Butiran Jawatan MySTEP di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

  • Taraf Perkhidmatan – Kontrak
  • Jawatan – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  • Gred – N19
  • Gaji – RM1,600.00

Syarat Kelayakan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan lulus enam (6) mata pelajaran – termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus.

  • Kemudahan – Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
  • Penempatan – DBP Hulu Kelang

Tarikh Tutup Permohonan

27 April 2022 (RABU)

Cara Memohon

  • Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan berminat hendaklah mendaftar dan memohon secara dalam talian melalui pautan rasmi https://epengambilan.dbp.gov.my/ 
  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap tidak berjaya dan segala keputusan dalam urusan.

Iklan MySTEP DBP

Iklan Pengambilan Persolan MyStep DBP

Mengenai Dewan Bahasa & Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) ialah:

  • Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;
  • Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;
  • Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;
  • Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;
  • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul;
  • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!