“Sentiasa berhati-hati dan bijak dalam menguruskan kewangan anda.” – Elya
Penampilan Elya dalam entri terbaharu di Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menarik tumpuan netizen.
Berbeza dengan sebelum ini, penampilan Elya lebih manis dengan mengenakan tudung dan berbaju kurung biru gelap.
Dengan senyuman mesra, Elya menasihatkan kepada pemohon Pengeluaran Khas agar mendahulukan keperluan daripada kehendak ketika berbelanja.
Elya turut menasihati agar sentiasa berhati-hati dan tidak terpedaya dengan scammer di luar sana. “Salam Ramadhan”.
Dalam pada itu beberapa netizen turut memberi respon yang mencuit hati terhadap posting tersebut.
“Alhamdullillah ..semuga Elya terus Istiqamah .. Hidayah itu milik Allah… Tapi ELYA milik KWSP…!” – Ieda Sofhia Ikh’Haiqal
“Cantik Elya guna tudung…ayu gitu” – Sim Siew Ting
“Mohon doakan Elya istiqomah ya gaiss.. Beliau bru berjinak2 pakai tudung sejak masuk Ramadan ni” – Amsya Boo
“mudah²an elya panjang umo dan dimurahkan rezeki juga..tudung tu pakai elok² elyyaaa.” – Ija Je
“Elya….raya nanti mai la rmh …eratkan silaturahim” – “ Rosman Mohd Nazri
Elya turut kelihatan bertudung dalam chat box ASK ELYA di laman rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/
Bahkan Elya juga berpenampilan yang sama melalui poster Pengeluaran Khas.

Sebelum ini elya turut mengenakan pakaian baju kurung ketika ucapan Salam Aidiladha tahun lalu.
Untuk makluman, permohonan Pengeluaran Khas sehingga RM10,000 masih lagi dibuka sehingga 30 April 2022.
Permohonan boleh dibuat secara online di laman portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas. Ini merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan disusuli oleh i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh ahli dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti dengan kelembapan ekonomi.
Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.
Mudah-mudahan dengan pengeluaran ini dapat membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 sejak 2 tahun yang lalu bangkit semula membina ekonomi masing-masing.