Tuesday, February 27, 2024
HomePRN 2023Manifesto PN Kedah: 17 Tawaran PN BEST Buat Rakyat Kedah

Manifesto PN Kedah: 17 Tawaran PN BEST Buat Rakyat Kedah

PERIKATAN NASIONAL (PN) Kedah menampilkan 17 tawaran dalam manifesto ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’.

Gimik Pelancaran Manifesto Tawaran PN Kedah disempurnakan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sempena Jelajah Mega PNBest Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, di Dataran Darul Aman, Jitra, pada 2 Ogos 2023.

Sebanyak 17 tawaran yang terkandung dalam manifesto itu dengan ada yang sudah dilaksanakan. Sebahagian pula akan digarab sejajar ‘Kedah Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Berbakti’.

Manifesto Perikatan Nasional (PN) Kedah

Apa rakyat Kedah dapat kalau undi PN pada PRN 12 Ogos nanti?

17 tawaran Perikatan Nasional membina The Greater Kedah!

1. Tadbir urus profesional dan berintegriti

Memperteguh pentadbiran negeri yang profesional dan menekankan berintegriti dengan kepada keadilan dan

kesejahteraan semua rakyat berbilang kaum serta mempertahankan hak-hak dan bidang kuasa Kerajaan Negeri sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Penyampaian perkhidmatan yang efisien

Meningkatkan kecekapan kepimpinan wakil institusi ketua kampung rakyat, penghulu, serta imam dalam memperkasa perkhidmatan untuk penyampaian rakyat memastikan bagi pemberian bantuan dilaksanakan secara telus, cepat dan tiada golongan yang tercicir.

3. Memperhebat agenda pendidikan yang holistik

Memperhebat agenda pendidikan Kedah Sejahtera dengan penumpuan kepada pembangunan modal insan ‘Ahsanu

Taqwim’  menaik taraf institusi pendidikan, menjaga kebajikan serta meningkatkan kemahiran warga pendidik, dan menambah bantuan I pendidikan rakyat secara bersasar.

4. Mengajak rakyat ke arah kebaikan dan mencegah mungkar

Memperkasa institusi masjid sebagai pusat utama kegiatan masyarakat, pusat pengajian, dakwah dan kebajikan melalui pelaksanaan program amar makruf nahi mungkar serta pemupukan budaya murni dengan kerjasama institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan wanita dan belia, agensi kerajaan serta penduduk setempat.

5. Komitmen membawa masuk pelaburan berimpak tinggi

Memastikan komitmen pelaburan domestik dan antarabangsa dengan pelbagai projek berimpak tinggi masuk ke Negeri Kedah dengan sasaran RM10 bilion setahun seperti yang digariskan dalam Pelan Kedah 2035.

6. Peluang pekerjaan

Menyediakan 100,000 peluang pekerjaan berdaya saing dalam tempoh 30 tahun melalui pelaburan dan pelaksanaan projek berimpak tinggi termasuklah projek yang telah dirancang oleh kerajaan seperti Kedah Rubber City (KRC), Kedah Ekonomi Aerotropolis, Zon Sempadan Khas Delapan (SBEZ), Taman Kedah (KSTP) Sains dan Teknologi dan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

7. Berkebajikan terhadap rakyat

Meneruskan agenda membantu rakyat berbilang kaum dengan program yang telah dilaksanakan seperti Bantuan Beras Sejahtera, Khairat Kematian, Program Anakku Sejahtera dan akan memperkenalkan bantuan baharu prihatin rakyat.

8. Pemerkasaan wanita dan keluarga

Mewujudkan Wanita di Pusat Pembangunan setiap daerah merancakkan bagi program pemerkasaan wanita dan institusi keluarga dalam | segenap aspek kehidupan.

9. Mengangkat peranan belia, NGO dan sukan

Mengangkat peranan belia sebagai pembuat polisi dan masyarakat penggerak melalui penglibatan pertubuhan belia dan NGO secara proaktif, serta merakyatkan sukan teras di samping menaik taraf kemudahan pusat sukan dan rekreasi di setiap daerah.

10. Kelestarian bekalan air bersih

Menyelesaikan isu berkaitan dengan pembekalan air bersih di negeri Kedah yang telah berlarutan sekian lama secara menyeluruh serta mengurangkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water)  kepada 25% menjelang tahun 2037.

11. Menjadikan Kedah hub pengeluaran makanan

Menjadikan Kedah sebagai hab mega pengeluaran makanan di Malaysia dengan mengoptimumkan penggunaan teknologi terkini serta meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan melalui inisiatif yang holistik dan mengembangkan industri hiliran berasaskan hasil pertanian dan perikanan yang bernilai tinggi.

12. Memberikan hak milik tanah rakyat

Menyediakan lot tanah kediaman mampu milik bagi rakyat negeri Kedah yang berpendapatan rendah serta meneruskan proses kelulusan permohonan hak milik tanah yang telah tertunggak sejak sekian lama.

13. Menyediakan kediaman mampu milik

Membina dan menyediakan rumah kos rendah dan rumah mampu milik melalui inisiatif kerajaan dan swasta untuk pembeli rumah pertama dengan sasaran jumlah 15,000 buah rumah menjelang tahun 2030.

14. Membaik pulih kediaman golongan asnaf

Membaik pulih 1000 unit rumah golongan asnaf dan kurang  berkemampuan setiap tahun.

15. Memperkasa bidang keusahawanan

Memperkasa kursus keusahawanan dan kemahiran kepada belia, usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS), kumpulan perkhidmatan penghantaran (E-Hailing) Kedah tempat orang kaya berbakti, tempat orang miskin berteduh

dan penggerak ‘ekonomi gig meliputi penambahbaikan skim mikro kredit serta insentif bantuan awal perniagaan.

16. Mempromosi produk pelancongan dan warisan negeri

Meneroka, memulihara dan mempromosi produk pelancongan berpotensi dengan penumpuan kepada kegemilangan jejak warisan Kedah serta eko pelancongan.

17. Memperhebat kempen kebersihan dan gaya hidup sihat

Memperhebat kempen kebersihan dan gaya hidup sihat, dengan komitmen pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar yang lestari demi kesejahteraan masyarakat.

17 Tawaran Perikatan Nasional (PN) Kedah_02
17 Tawaran Perikatan Nasional (PN) Kedah_01

Antara 6 Tawaran PN Kedah

17 tawaran PN Kedah. Tak banyak, tak sikit. Tapi realistik.

Ada yang dah dibuat, tambah baik bagi elok lagi.

  1. Lot tanah mampu milik. Yang sudah lulus 7233 geran tanah. Yang belum lulus, akan diteruskan.
  2. 100 ribu peluang pekerjaan menanti. Ada Kedah Rubber City, ada Taman Sains dan Teknologi. Ada KXP.
  3. Kursus keusahawanan bagi yang nak buat kerja sendiri.
  4. Bantuan pendidikan untuk anak Kedah. Menjadi insan ‘Ahsanu Taqwim’.
  5. Jadikan Kedah negeri pengeluar makanan terbesar.
  6. Jadikan Kedah destinasi pelancongan terbaik menjejak sejarah kegemilangan negara.
  • Antara 6 Tawaran PN Kedah_01
  • Antara 6 Tawaran PN Kedah_02
  • Antara 6 Tawaran PN Kedah_03
  • Antara 6 Tawaran PN Kedah_04
  • Antara 6 Tawaran PN Kedah_05
  • Antara 6 Tawaran PN Kedah_06

“Kedah tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti”

Jemput baca 17 tawaran penuh Perikatan Nasional Kedah.

Senarai Calon Daripada Perikatan Nasional (PN) Untuk PRN Kedah

Senarai 36 calon Perikatan Nasional (PN) Kedah yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) telah diumumkan pada Rabu 26 Julai 2023 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut jam 8.30 malam.

Berikut adalah senarai calon PN Kedah yang terdiri daripada parti PAS, BERSATU dan Gerakan;

  • N.01 Ayer Hangat – Shamsilah Binti Siru
  • N.02 Kuah – Amar Pared Bin Mahamud
  • N.03 Kota Siputeh – Mohd Ashraf Mustaqim Bin Badrul Munir
  • N.04 Ayer Hitam – Azhar Bin Ibrahim
  • N.05 Bukit Kayu Hitam – Halimaton Shaadiah Binti Saad
  • N.06 Jitra – Haim Hilman Bin Abdullah
  • N.07 Kuala Nerang – Mohamad Yusoff Bin Zakaria
  • N.08 Pedu – Mohd Radzi Bin Md Amin
  • N.09 Bukit Lada – Salim Bin Mahmood
  • N.10 Bukit Pinang – Romani Bin Wan Salin
  • N.11 Derga – Muhamad Amri Bin Wahab
  • N.12 Suka Menanti – Dzowahir Bin Ab Ghani
  • N.13 Kota Darul Aman – Chuah See Seng
  • N.14 Alor Mengkudu – Muhamad Radhi Bin Mat Din
  • N15 Anak Bukit – Rashidi Bin Razak
  • N.16 Kubang Rotan – Mohd Salleh Bin Saidin
  • N.17 Pengkalan Kundor – Mardhiyyah Binti Johari
  • N.18 Tokai Mohd Hayati Bin Othman
  • N.19 Sungai Tiang – Abdul Razak Bin Khamis
  • N.20 Sungai Limau – Mohd Azam Bin Abd Samat
  • N.21 Guar Chempedak – Abdul Ghafar Bin Saad
  • N.22 Gurun – Baddrol Bin Bakhtiar
  • N.23 Belantek – Ahmad Bin Sulaiman
  • N.24 Jeneri – Muhammad Sanusi Bin Md Nor
  • N.25 Bukit Selambau – Azizan Bin Hamzah
  • N.26 Tanjong Dawai – Hanif Bin Ghazali
  • N.27 Pantai Merdeka – Sharir Bin Long
  • N.28 Bakar Arang – Tai Kuang Tee
  • N.29 Sidam – Juliana Binti Abdul Ghani
  • N.30 Bayu – Mohd Taufik Bin Yaacob
  • N.31 Kupang – Najmi Bin Hj Ahmad
  • N.32 Kuala Ketil – Mansor Bin Zakaria
  • N.33 Merbau Pulas – Siti Ashah Binti Ghazali
  • N.34 Lunas – Khairul Anuar Bin Ramli
  • N.35 Kulim – Wong Chia Zhen
  • N.36 Bandar Baharu – Mohd Suffian Bin Yusoff
Senarai Calon Perikatan Nasional (PN) PRU DUN ke-15 Kedah (1)
Senarai Calon Perikatan Nasional (PN) PRU DUN ke-15 Kedah (2)
Apakah Manifesto PN Kedah untuk yang ingin mengundi PN?

MANIFESTO PN KEDAH, NIKMAT UNTUK SEMUA
17 tawaran Perikatan Nasional membina The Greater Kedah!
1. Tadbir urus profesional dan berintegriti
2. Penyampaian perkhidmatan yang efisien
3. Memperhebat agenda pendidikan yang holistik
4. Mengajak rakyat ke arah kebaikan dan mencegah mungkar
5. Komitmen membawa masuk pelaburan berimpak tinggi
6. Peluang pekerjaan
7. Berkebajikan terhadap rakyat
8. Pemerkasaan wanita dan keluarga
9. Mengangkat peranan belia, NGO dan sukan
10. Kelestarian bekalan air bersih
11. Menjadikan Kedah hub pengeluaran makanan
12. Memberikan hak milik tanah rakyat
13. Menyediakan kediaman mampu milik
14. Membaik pulih kediaman golongan asnaf
15. Memperkasa bidang keusahawanan
16. Mempromosi produk pelancongan dan warisan negeri
17. Memperhebat kempen kebersihan dan gaya hidup sihat

Apakah Tema PN Kedah buat Rakyat?

‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’.

Berapakah Kerusi yang menjadi rebutan di PRN Kedah?

36 Kerusi

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!