Monday, February 19, 2024
HomeSemakanMyKASIH Sabah, Sarawak & Labuan: Semakan & Tarikh Bantuan

MyKASIH Sabah, Sarawak & Labuan: Semakan & Tarikh Bantuan

Tarikh dan kaedah pembayaran Bantuan MyKASIH RM1200/RM600 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa) adalah berbeza bagi penerima di Semenanjung Malaysia dan penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persektuan Labuan.

Di Semenanjung, bayaran RM100 dikreditkan setiap awal bulan ke dalam akaun MyKad penerima bagi pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya MyKASIH yang terpilih.

Manakala bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bayaran bantuan dibuat dua kali setahun iaitu pada Februari dan Ogos 2024 melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan Sara 2024)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2024 mengumumkan tempoh dan kadar baharu Bantuan Sara;

“Mengambil kira maklum balas yang amat baik, Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.”

-Datuk Seri Anwar Ibrahim-

Semakan Bantuan MyKasih Penerima Sabah, Sarawak & Labuan

Penerima bantuan SARA MyKASIH dari Sabah, Sarawak & Labuan boleh membuat semakan melalui beberapa kaedah berikut;

  1. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR
  2. Melalui surat pemakluman
  3. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast
  4. Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda juga boleh membuat semakan melalui portal MySTR melalui pautan berikut;

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing;

Semakan Bantuan Sara MyKasih Sabah, Sarawak dan Labuan 2024

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir

Bagi yang tidak layak, akan menerima status TIADA REKOD DITEMUI

Melalui Surat Pemakluman

Selain itu, penerima akan menerima surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARa kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.

Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) 

Penerima SARa yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.

Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan kelayakan SARA

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Tarikh Bayaran

Tarikh Bayaran Bantuan SARA MyKasih Sabah, Sarawak & labuan 2024

Penerima bantuan MyKasih di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana maklumat berikut;

  • Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Kelayakan Penerima SARa

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Jumlah dan Kategori Kelayakan

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan
berjumlah RM1,200 atau RM600 seperti berikut:

Kategori Kelulusan STR 2024 (Miskin dan Miskin Tegar)Jumlah Bayaran
Isi Rumah (Kahwin) 
RM1,200
Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak)RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM1,200
BujangRM600
Kategori Penerima Sara 2024

Cara Memohon SARa

Untuk makluman, tiada permohonan diperlukan kerana Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

Kaedah Pelaksanaan

Kaedah pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:

  • Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan akan menerima bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024

Kenapa pelaksanaan SARA di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak sama seperti negeri di Semenanjung Malaysia? 

Kaedah pelaksanaan ini merupakan kaedah terbaik buat masa sekarang mengambil kira akses rangkaian dan kesukaran penerima yang berada di kawasan pedalaman untuk hadir membuat pembelian.

Kemudahan tambahan bagi penerima Sabah dan Sarawak selain pengkreditan terus ke akaun bank penerima dan tuntutan tunai di kaunter BSN adalah seperti berikut: 

  • Sabah & Sarawak – kemudahan bank bergerak 
  • Penerima tunai pedalaman Sabah & Sarawak – program penunaian anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah & Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Sumber: Portal MyKasih dan MySTR

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan bantuan MyKASIH melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan;

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada
penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar
eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi
keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah
RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50
sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Bilakah Tarikh Bayaran Bantuan Bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Labuan?

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan akan menerima bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024

Siapa yang layak menerima SARA?

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
1) Warganegara Malaysia;
2) Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
3) Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan
Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

Berapakah amaun kelayakan SARA yang akan diterima penerima yang layak?

i) Isi Rumah (Kahwin) – RM1200
ii) Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak) = RM1,200
iii) Warga Emas Tiada Pasangan = RM1200
iv) Bujang = RM600

Bagaimana cara semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) secara online)?

Melalui portal MySTR dan Portal MyKasih
1) https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) https://www.mykasih.com.my/ klik semak status

Soalan-soalan lain, sila rujuk;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!