MyKasih Bujang 2024: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600

Golongan bujang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih merupakan antara kategori yang layak menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih 2024.

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun disalurkan melalui MyKad di mana penerima akan menikmati elaun bulanan pada setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan  asas  di  rangkaian  rakan  runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.

Soalan yang kerap ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh secara keseluruhan dan setiap bulan? Bagaimana cara membuat semakan, bagaimana cara pembelian di kedai dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori bujang di bawah program MyKasih ini.

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Syarat Kelayakan Penerima Bujang

Untuk golongan bujang, kelayakan SARA (MyKasih) adalah terhad kepada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori bujang; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Jumlah dan Jadual Bayaran

Setiap penerima Bujang yang dikenal pasti layak SARA, akan menerima sumbangan berjumlah RM600.

Penerima Bujang akan menerima elaun bulanan sebanyak RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

Pembayaran pertama dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

Jadual Bayaran Bantuan SARA MyKASIH 2024

Cara Memohon

Untuk makluman, tiada permohonan diperlukan kerana Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

Semakan Sumbangan Asas Rahmah: Cara dan Kaedah

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan keperluan asas melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan melalui Portal MySTR
  2. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  3. Surat Pemakluman
  4. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  5. Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;

Semakan Status Mykasih Bujang Melalui MySTR - Lulus RM600

Semakan Melalui Portal MyKasih

Golongan bujang juga boleh buat semakan secara online melalui portal MyKasih seperti berikut;

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir
Semakan MyKasih Bujang - Lulus RM50

Surat Pemakluman

Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.

Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)

  • Penerima SARA (kategori Bujang) yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
  • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  • Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan  asas  di  rangkaian  rakan  runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.

Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

Semakan kelayakan SARA

  • Hubungi HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Kaedah Pelaksanaan

Untuk golongan bujang, kaedah pelaksanaan adalah berbeza bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak dan Labuan.

  1. Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM50 setiap bulan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  2. Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan  akan diberikan bayaran secara sekaligus (one-off) adalah melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa STR 2023.

Tarikh Bayaran Bantuan Sara 2024

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan tarikh pelaksanaan atau bayaran bagi penerima bantuan SARa ini adalah berbeza mengikut negeri masing.

Pelaksanaan SARa akan dibuat mulai Isnin 22 Januari bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024 seperti berikut:

Kedah, Pulau Pinang. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu

  • Mulai 22 Januari 2024 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor

  • Mulai 29 Januari 2024 (ISNIN).
  • Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

  • Pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024.
  • Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan BSN seluruh negara.
Pelaksanaan Bantuan Sara MyKASIH 2024

Senarai Kedai Untuk Pembelian

Mengambil kira sambutan program SARA yang menggalakkan pada tahun lalu, Kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) yang mengambil bahagian kepada 515 buah (setakat 17 Januari 2024) berbanding 424 buah (tahun 2023) di seluruh negara.

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:

https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa. 
  11. Produk kebersihan
  12. Ubat-ubatan
  13. Barangan persekolahan.

Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

13 Barangan keperluan asas Sumbangan Asas Rahmah 2024

Cara Pembelian di Kedai

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Semakan Baki Terkini SARa

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:

  1. Semakan portal rasmi MyKasih: pautan portal MyKasih
  2. Semakan pada resit pembelian:
Semakan baki sara melalui resit pembelian

Download Aplikasi MyKasih di Telefon

Bagi memudahkan urusan juga, Kerajaan telah membangunkan aplikasi MyKasih bagi memudahkan urusan semakan baki terkini, semak barang, katalog produk yang boleh dibeli dan pencarian kedai MyKasih berhampiran.

Muat turun boleh dibuat melalui pautan berikut mengikut pengoperasian telefon masing-masing;

Bagi tujuan pengesahan dan keselamatan, penerima MyKasih perlu log masuk dengan memasukkan nombor MyKad dan nombor telefon ketika pendaftaran.

Selanjutnya 6 digit nombor OTP akan dihantar ke telefon masing-masing bagi tujuan pengesahan.

Setelah berjaya, penerima MyKasih boleh melihat status terkini SARA 2.0 di aplikasi masing-masing sebagaimana contoh berikut;

Aplikasi MySara 2.0 Bujang

Info Lanjut dan Pertanyaan


Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com.my; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori Bujang di bawah program Mykasih 2024;

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2024)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Apakah syarat kelayakan bagi kategori bujang untuk MyKasih 2024?

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
1) Warganegara Malaysia;
2) Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang; dan
3) Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,
JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

Berapakah amaun kelayakan SARA penerima bujang yang layak?

RM600 setahun
RM50 setiap bulan

Bagaimana cara semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) secara online)?

Semakan SARA boleh dibuat melalui https://www.mykasih.com.my/ klik semak status

Bilakah tarikh bayaran Bantuan Sara 2024?

Mulai 22 Januari 2024

Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?

Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2024.

Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2024, SARA 2024 juga diterima oleh penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bila dan bagaimana kaedah pelaksanaannya?

Penerima STR serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak SARA 2024 seperti berikut:
 
i) Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak
RM300 setahun; dan
ii) Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.
 
Pelaksanaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.

Scroll to Top