Monday, February 26, 2024
HomePermohonanMyPSV: Program Bantuan Lesen Memandu e-Hailing, Teksi & Bas

MyPSV: Program Bantuan Lesen Memandu e-Hailing, Teksi & Bas

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyPSV Tahun 2023. 

Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 4,000 orang penerima yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV). 

Program ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan bagi pengambilan Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL) kelas E dan juga Lesen PSV E-Hailing/ Teksi; atau PSV Bas BTM > 7,500kg tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Apakah Program MyPSV?

Apakah Program MyPSV

Program MyPSV adalah bertujuan untuk memperkasa kumpulan 840 yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-hailing/ Teksi/ Bas (BTM > 7,500kg) serta membuka peluang untuk mempertingkat taraf sosial ekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan. Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Melalui program ini,  peserta akan ditawarkan dan dibiayai untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV):

  • E-Hailing/ Teksi; atau
  • Bas (BTM > 7,500 kg)

Menerusi program ini, kerajaan mensasarkan akan memberi manfaat kepada 4,000 orang calon yang meliputi 3,500 orang untuk PSV [E-Hailing/Teksi] dan 500 orang untuk PSV [Bas] daripada golongan B40 di seluruh negara menerusi peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Belanjawan Madani 2023.

Peruntukan ini merangkumi kos ujian dan latihan kepada calon dengan kadar RM2,590 untuk setiap calon PSV Bas manakala RM190 untuk setiap calon PSV E-Hailing/Teksi. 

Program ini juga sebagai komitmen dan usaha cakna Kerajaan Perpaduan untuk membantu golongan B40 mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig seterusnya menyokong dan menambah baik kelangsungan sektor pengangkutan awam serta pelancongan di negara ini.

Tempoh Permohonan 

Permohonan dibuka bermula 3 Julai 2023 sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Kelas Lesen Yang DiTawarkan

Peserta akan ditawarkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV) :

  •  E-Hailing/ Teksi;atau
  • Bas (BTM > 7,500 kg)

Peserta hanya boleh memilih salah satu kelas lesen di atas sahaja.

Kuota Program MyPSV

4000 Lesen PSV Ditawarkan kepada golongan B40

Kuota permohonan bagi program ini adalah seramai 4,000 orang peserta sahaja:

  • PSV E-Hailing/Teksi – 3,500 Peserta
  • PSV Bas (BTM > 7,500 kg) – 500 Peserta

Cara Memohon / Pendaftaran

Permohonan MyPSV boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan Google Form berikut;

>>Borang Penyertaan Program MyPSV Tahun 2023<<

  • Dokumen yang diperlukan bagi permohonan MyPSV:
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Lesen Memandu Malaysia
    • Laporan Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) beserta pembuktian resit pembayaran oleh pihak hospital/klinik
  • Sila hubungi pihak urus setia MyPSV melalui e-mel [email protected] untuk sebarang pengemaskinian maklumat permohonan setelah permohonan dikemukakan
  • Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel
  • Pemohon yang tidak menerima tawaran dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan adalah dianggap gagal
  • Rayuan tidak dibenarkan bagi permohonan yang gagal

Terma dan Syarat Penyertaan Program MyPSV Tahun 2023 (Peserta)

Syarat Program MyPSV
  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing/ Teksi.
  3. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.
  4. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  5. Peserta (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.
  6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.
  7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang  pertanyaan  berhubung pelaksanaan Program  MyPSV boleh  dikemukakan ke:

Sumber: Kementerian Kewangan dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Program MyPSV?

Program MyPSV adalah bertujuan untuk memperkasa kumpulan 840 yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-hailing/ Teksi/ Bas (BTl\JI > 7,500kg) serta membuka peluang untuk mempertingkat taraf sosioekonomidan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan. Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

 
Apakah  manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai Program MyPSV?

Peserta akan ditawarkan dan dibiayai untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV):
•  E-Hailing/ Teksi; atau
•. Bas (BTM > 7,500 kg)

 
Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyPSV?

Peserta akan ditawarkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV) :
•  E-Hailing/ Teksi;atau
• Bas (BTM > 7,500 kg)

Adakah peserta perlu memilih salah satu kelas lesen (E-Hailing/ Teksi atau Bas) di bawah program ini?

Ya, peserta hanya boleh memilih salah satu kelas lesen sahaja.

Berapakah jumlah elaun yang akan diberikan kepada peserta?

Tiada elaun yang akan diberikan kepada peserta.

Bagaimana cara memohon atau membuat pendaftaran?

Melalui Google Form Berikut;
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe8O6D2PV-IZWMEhD5EBrWyaWN4wMCpjZNg9M-uWiIxBA7Q4Q/viewform

Apakah syarat permohonan bagi program ini?

– Warganegara Malaysia berumur 21 dan tahun ke atas
– Lulus pemeriksaan kesihatan (JPJL8A)
– Bebas senarai hitam (JPJ/PDRM/Mahkamah)
– Pemohon Lesen Vokasional PSV (e-Hailing/Teksi) haruslah memliki Lesen
Memandu Kompeten (CDL) Kelas D/DA
– Pemohon Lesen Vokasional PSV (Bas BTM melebihi 7,500kg) haruslah
memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) kelas D (sekurang-kurangnya
satu (1) tahun) atau CDL kelas E

Berapakah kos yuran ulangan?

Kos ujian (termasuk ulangan kali pertama dan kedua) akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Lain-lain soalan lazim;

https://budget.mof.gov.my/manfaat/assets/pdf/FAQ%20Program%20MyPSV.pdf

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!