Dalam usaha Kerajaan menurunkan kos sara hidup, Kementerian Komunikasi dan Digital, mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband).
Pakej ini disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga yang lebih rendah.
Melalui pakej ini, rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak.
Apa Itu Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap?
Pakej ini adalah disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas.
Harga yang ditawarkan adalah 22% lebih rendah berbanding pasaran semasa.
Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malahan merupakan indikator bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat serta terus berusaha dalan memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia MADANI.
Tawaran Pakej
Pakej ini menawarkan perkhidmatan yang menarik sebagaimana berikut;
- Internet berkelajuan 30 Mbps
- Data tanpa had (unlimited data)
- Langganan RM69 sebulan (kontrak 24 bulan)
- Boleh dilanggan mulai Mac 2023
Penyedia Perkhidmatan
Pakej ini adalah dengan kerjasama daripada syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu;
- Telekom Malaysia (TM)
- CelcomDigi
- Maxis
- U Mobile
- YTL
- TIME Berhad
- Astro.
Golongan Sasaran
Sasaran bagi pakej ini adalah;
- Golongan berpendapatan rendah (B40)
- Vateran
- Orang kurang upaya (OKU)
- Warga emas
Perbezaan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet Tetap dan Pakej Perpaduan Prabayar Internet
Untuk makluman, sebelum ini Kerajaan melancarkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (Pakej Perpaduan) yang akan mula berada di pasaran pada Februari 2023
Pakej ini adalah tawaran prabayar khas yang direka untuk rakyat Malaysia yang bertujuan untuk menangani peningkatan kos sara hidup dengan memenuhi keperluan untuk perkhidmatan komunikasi asas yang penting, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos ketersambungan bagi mereka yang memerlukan.
Ramai yang bertanya perbezaan antara Pakej Perpaduan Prabayar dengan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap.
Berikut adalah perbezaan kedua-dua pakej ini. Satu, pakej internet yang menggunakan “mobile data” telefon. Satu lagi, pakej internet yang melibatkan WiFi di rumah.
Siaran Media
Soalan Lazim
RM69 sebulan
24 bulan
1. Telekom Malaysia (TM)
2. CelcomDigi
3. Maxis
4. U Mobile
5. YTL
6. TIME BerhadĀ
7. Astro.
1. Golongan berpendapatan rendah (B40)
2. Vateran
3. Orang kurang upaya (OKU)
4. Warga emas