Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan IPTA & ILKA 2023/2024

Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Sesi Akademik 2023/2024

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA) melalui UPUOnline dibuka mulai 7 Februari 2023 jam 12.00 secara atas talian.

Permohonan terbuka untuk pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi UPU sebagaimana berikut;

https://upu.mohe.gov.my/

Panduan Permohonan

  1. Layari portal rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my/
  2. Pastikan kategori anda betul.
  3. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  4. Kira merit.
  5. Semak tren permohonan dan penawaran.
  6. Semak laluan kerjaya.
  7. Isi permohonan UPUOnline.
  8. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  9. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  10. Lengkapkan borang permohonan.
  11. Klik butang “SIMPAN”.
  12. Cetak slip permohonan.
  13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  14. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.
Panduan Permohonan UPUOnline

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPUOnline 

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting permohonan UPUOnline sesi akademik 2023/2024 lepasan SPM dan Lepasatan STPM/setaraf;

FASA 1 :

  • Dibuka pada 7 Februari 2023 (12 Tengah hari)
  • Ditutup pada 28 Mac 2023 (5 Petang)

Fasa 2:

  • Dibuka pada 15 Mei 2023 (12 Tengah hari)
  • Ditutup pada 12 Jun 2023 (5 Petang)

Bagi proses temuduga, ujian, pengemaskinian dan rayuan di nyatakan dalam infografik di bawah.

Tarikh-Tarikh Penting UPUOnline 2023-2024

Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline Untuk Unik ID

Selaras dengan hasrat kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.

Dijangkakan bahawa lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini yang akan membawa kepada implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta kepada kementerian.

Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan akan menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline (No Unik ID BSN) bagi sesi akademik 2023/2024.

Panduan Memilih Program Pengajian

  1. Melepasi syarat am/syarat khas program institusi/agensi
  2. Program yang minat
  3. Pemilihan program mengikut keutamaan
  4. Rujuk kaunselor
  5. Pelbagai pilihan bidang/agensi

Maklumat lanjut mengenai taklimat kemasukan kategori pemohon, syarat am, asas pertimbangan merit, kiraan merit, dasar dan kriteria pemilihan status pilihan program, laluan khas dan sebagainya, sila lihat slide yang disediakan oleh Jabatan Pengajian Tinggi di bawah;

Kenyataan Media

  • Kenyataan Media UPUOnline 01
  • Kenyataan Media UPUOnline 02

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline tersebut boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI ARAS 4,
MENARA 2, JALAN P5/6,
PRESINT 5 62000 PUTRAJAYA,
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: [email protected]

Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA 

Ikuti dan Hubungi Jabatan Pengajian tinggi melalui maklumat berikut;

Hubungi JPT
Bilakah Permohonan UPUonline dibuka?

Mulai 7 Februari 2023

Bagaimana cara membuat permohonan?

https://upu.mohe.gov.my/

Berapakah Bayaran Proses UPUOnline Untuk Unik ID?

Percuma (Dikecualikan)

Bagaimana cara untuk menghubungi bahagian Kemasukan IPTA?

No. Tel: 03-8684 2363

Scroll to Top