RM1,000 Pelepasan Cukai Pembelian Kit Ujian Kendiri Covid-19 2022

[Terkini] Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kemas kini senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2021 memaklumkan pelepasan sehingga RM1,000 ke atas pembelian kit ujian sendiri COVID-19 jenis RTK-Ag dan juga ujian RT-PCR.

Ia sebagai salah satu usaha kerajaan bagi meringankan beban pembayar cukai Malaysia bagi kategori Pelepasan Cukai Individu Pemastautin di bawah kategori perubatan.

Simpan Resit Untuk Pembelian Kit Ujian Kit Covid-19

Pembayar cukai perlu menyimpan kesemua resit pembelian Kit Ujian Covid-19 sebagai bukti bagi urusan kemas kini bayaran cukai tahun 2022 bagi tahun taksiran 2021 yang dijangka akan dibuka tidak lama lagi.

Jumlah pelepasan yang diberikan adalah sehingga RM1,000 ke atas pembelian kit ujian sendiri COVID-19 jenis RTK-Ag dan juga ujian RT-PCR.

Pelepasan Cukai Ujian Pengesanan Covid-19

Pelepasan cukai ujian bagi kit pengesanan Covid-19 itu termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, pasangan suami isteri dan anak-anak.

Pelepasan Cukai Bagi Kategori Perubatan Yang Lain

Selain itu, antara beberapa pelepasan cukai yang boleh dituntut di bawah kategori perubatan adalah sebagaimana berikut;

  1. RM8,000.00 bagi perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
  2. RM6,000.00 bagi perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)
  3. RM8,000.00 untuk erbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri)
  4. RM1,000 bagi Perbelanjaan suntikan vaksin bagi diri sendiri, pasangan atau anak. Jenis vaksin yang layak dibenarkan potongan adalah seperti berikut:
    1. Pneumococcal;
    2. Human papillomavirus (HPV);
    3. Influenza;
    4. Rotavirus;
    5. Varicella;
    6. Meningococcal;
    7. Kombinasi TDAP (tetanus-diphtheria-acellular-pertussis); dan
    8. Coronavirus Disease 2019 (Covid-19)
  5. RM1,000.00 untuk pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)
Senarai Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun Taksiran 2021

Dalam pada itu, kerajaan turut memberikan potongan cukai sebanyak RM2,500 untuk pembelian barangan peribadi bagi kegunaan diri sendiri, suami-isteri serta anak.

Ini termasuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet, bayaran bil bulanan langganan internet, keahlian untuk fasiliti sukan dan pembelian peralatan sukan.

Dalam pada itu potongan sehingga RM1,000 turut diberikan bagi perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong. Bagi tujuan ini perbelanjaan yang dilakukan hendaklah pada atau selepas 1 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2021

Scroll to Top