Permohonan Rumah Harapan Rakyat Kerajaan Negeri Sembilan 2022

Dalam usaha membantu golongan B40 yang masih belum memiliki rumah, Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Haru, inisiatif rumah harapan rakyat diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna dan selesa.

Apa Itu Rumah Harapan Rakyat?

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021.

Program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.

Objektif Rumah Harapan Rakyat
Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan

Harga Rumah dan Pinjaman Pembiayaan

Bagi tahun 2022, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM78,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM70,000.00 sahaja. 

Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).

  • Harga Seunit – RM78,000.00
  • Pinjaman Pembiayaan – RM70,000.00
  • Bayaran Deposit 5% – RM3,500.00
  • Bayaran Balik – RM222.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)
  • Pinjaman Pembiayaan
  • Bayaran Balik Pinjaman RHR

Syarat-syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
  2. Bujang dan berkahwin (keutamaan kepada yang telah berkahwin)
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
  5. Memiliki tanah sendiri (HAK MILIK/PERKONGSIAN) sahaja. Tanah tersebut hendaklah bersesuaian bagi pembinaan rumah dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
  6. Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
  7. Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar dan boleh diakses oleh kenderaan berat.
  8. Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kaseh.

Nota: Sebarang pengecualian kepada syarat-syarat permohonan yang telah dinyatakan adalah tertakluk kepada kelulusan/pertimbangan Panel Pelulus Rumah Harapan Rakyat.

Cara Memohon

Pemohon boleh memuat turun Iklan, Nota Maklumat dan Borang Permohonan di pautan berikut:

https://www.pknns.gov.my/inisiatif/program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan

Borang Permohonan

Borang permohonan ini juga boleh diperolehi secara percuma  di Bahagian Pengurusan Strategik PKNNS.

Borang dan dokumen yang lengkap perlu diserahkan ke alamat berikut;

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan 
Bahagian Pembangunan Strategik 
23-H, Tingkat 1, Jalan Zaaba 70100, Seremban 
Negeri Sembilan Darul Khusus. 

Tel : 06-7616871 (2 Lines) 
Faks: 06-7616877 

RUMAH HARAPAN RAKYAT TAHUN 2022

 Dokumen Yang Diperlukan

1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon

2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami)

3. Salinan Kad Pengenalan Penjamin

4. Salinan Sijil Nikah / Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian

5. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Lahir / Mykid anak atau tanggungan

6. Salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini pemohon

7. Salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Jika berkaitan)

8. Slip Gaji Terkini Pemohon – 3 bulan terakhir

9. Slip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami) – 3 bulan terakhir (Jika berkaitan)

10.  Surat Pengesahan Pendapatan yang telah lengkap diisi dan disahkan (Jika berkaitan)

11.  Penyata KWSP Pemohon (Jika berkaitan)

12.  Penyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami) (Jika berkaitan)

13.  Gambar rumah terkini (Jika ada)

14.  Gambar tapak cadangan

15.  Salinan Hakmilik Tanah

16.  Salinan Sijil Carian Rasmi

17.  Pengesahan Ketua Adat (Jika berkaitan)

18.  Surat Akuan Kebenaran Pemilik Tanah (Jika berkaitan)

Nota:  Semua dokumen Salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan (Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / PengerusiMPKK)

Tarikh Permohonan

Permohonan program rumah harapan rakyat ini dibuka mulai 15 Februari 2022 sehingga 30 April 2022.

Tanggungjawab Pemohon

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan;
  2. Menandatangani perjanjian pembiayaan dan membayar duti setem;
  3. Membuat pembayaran deposit 5% (RM3,500.00);
  4. Menyediakan jalan keluar masuk ke tapak pembinaan mengikut spesifikasi;
  5. Menyediakan dan membuat penyambungan sumber bekalan air dan elektrik; dan
  6. Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan

Info dan Pertanyaan Lanjut

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan,
Bahagian Pengurusan Strategik,
23-H, Tingkat 1, Jalan Zaaba,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Telefon: 06 7616871
Faks: 06 7616877

Facebook: https://www.facebook.com/pknns
Laman web: https://www.pknns.gov.my/
Hubungi RHR

Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top