Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membuka permohonan bantuan agihan zakat kepada guru agama yang berkelayakan di negeri ini bagi tahun 2022.
Guru-guru yang mengajar agama boleh memohon bantuan zakat ini bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi.
Sebelum ini, bantuan ini dikenali sebagai bantuan guru-guru agama kampung
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 15 Februari 2022 sehingga 15 Mac 2022 (1 bulan).
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia, beragama Islam dan berumur 17 tahun dan keatas.
- Pemohon mestilah lahir di Negeri Kedah/ Menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Pemohon mestilah mengajar dalam negeri Kedah sahaja.
- Pemohon mestilah berpendapatan kasar (gaji pokok beserta elaun) tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan.
- Masa mengajar tidak kurang dari tempoh 1 jam.
- Jumlah pelajar sekurang-kurangnya 10 orang.
- Kelas pengajian mestilah tidak kurang 12 kali setahun.
- LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas.
Cara Dan Panduan Memohon
Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) menerusi Sistem Permohonan Agihan Zakat di pautan https://agihan.zakatkedah.com.my dengan memilih Agihan Zakat Guru Agama serta memuat naik lampiran dokumen-dokumen berikut :
1. Kad Pengenalan Pemohon.(kad pengenalan baru)
2. Slip gaji, penyata pendapatan surat pengesahan pendapatan (bagi yang tidak berkerja atau yang tiada slip gaji).
3. Pengesahan akaun bank pemohon (selain ASB dan Tabung Haji).
4. Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan.
Muat turun surat pengesahan pendapatan melalui pautan di bawah ini;
https://bit.ly/BorangPengesahanPendapatan2022
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang persoalan boleh berhubung dengan:
Bahagian Operasi Agihan Aras 3, Menara Zakat, Jalan telok Wan Jah 05200 Alor Setar, Kedah Darul Aman. – No Tel : 04-7331740 – Whatsapp : 019-5962155 |
Sumber: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
Laman Web: https://www.zakatkedah.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatkedah