Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang membuka permohonan kepada para penternak negeri Pahang bagi memohon Skim Makmur Ternak Pahang tahun 2022.
Terdapat 2 jenis geran bagi skim ini iaitu geran pemadanan dan geran penuh.
Apa Itu Skim Makmur Ternak Pahang?
Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan, disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak.
Skim Makmur Ternak Pahang mempunyai dua insentif Geran Pemadanan untuk bekalan induk/baka ternakan (nilai maksima RM10,000.00/individu) memerlukan pemohon untuk menanggung kos 10% daripada jumlah nilai ternakan dan Geran Penuh bagi bantuan input ladang/bahan binaan pembaikkan kandang dan infrastruktur ladang (nilai maksima RM5,000.00/individu).

Skop Skim
- GERAN PEMADANAN – Bekalan induk/ baka ternakan (nilai maksima RM10,000.00/ individu) memerlukan pemohon untuk menanggung kos 10% daripada jumlah nilai ternakan.
- GERAN PENUH – Bantuan kepada penternak dalam bentuk input ladang/ bahan binaan pembaikkan kandang dan infrastruktur ladang (nilai maksima RM5,000.00/individu).
Syarat Kelayakan Permohonan
Permohonan terbuka kepada PENTERNAK KECIL RUMINAN yang mempunyai kriteria dan butiran permohonan adalah seperti berikut:
- Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan mempunyai ID PREMIS
- Warganegara Malaysia berumur 18-60 TAHUN pada tahun semasa dan Pemastautin Negeri Pahang.
- Pemohon tidak mempunyai tunggakan pinjaman SPT, pawah, TRUST atau telah di senaraikan sebagai projek gagal di bawah bantuan DVS Malaysia / DVS Negeri Pahang.
- Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Mempunyai kawasan menternak yang mencukupi dan sumber makanan yang cukup.
- Mempunyai kawasan menternak yang sah, kemudahan yang sesuai dengan melampirkan Geran Tanah / Surat Kebenaran Gunapakai Tanah / Perjanjian Gunapakai Tanah.
- Pemohon mestilah penternak kecil atau sederhana sedia ada yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
- Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% daripada nilai perolehan induk
ternakan (bagi geran pemadanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan).
- Verifikasi lawat siasat ke tapak projek pemohon akan dijalankan selepas melepasi saringan pertama.
- Bersetuju pemantauan projek selama 2 tahun bagi pemohonan yang berjaya.
Cara Memohon
Borang permohonan Skim Makmur Ternak DVS/SMT01 boleh di muat turun di laman web DVS
Pahang https://www.dvs.pahang.gov.my/ atau di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran.
Tarikh Permohonan
Permohonan ini di buka bermula pada 1 FEB 2022 sehingga 28 FEB 2022.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut sila layari laman web https://www.dvs.pahang.gov.my/ atau Facebook https://www.facebook.com/dvspahang
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Pahang
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.