Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) Ijazah Sarjana Muda

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman telah membuka permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR).

Biasiswa ini adalah biasiswa ijazah sarjana muda yang terbuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia.

Apa Itu Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)?

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) adalah biasiswa ijazah sarjana muda yang terbuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia.

Program biasiswa ini menekankan pengembangan diri secara holistik dan berdasarkan nilai-nilai murni. 

Oleh itu, penerima-penerima biasiswa akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk menghasilkan impak positif kepada masyarakat pada masa kini dan juga masa hadapan.

[Iklan] Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Bantuan Kewangan

BTAR termasuk tajaan penuh yuran pembelajaran di universiti awam atau swasta yang diiktiraf oleh MQA dan elaun bulanan, tahunan dan elaun lain-lain.

  1. YURAN UNIVERSITI
    • Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
  2. ELAUN BULANAN
    • Pemberian elaun sara pada untuk setiap bulan sepanjang biasiswa.
  3. ELAUN TAHUNAN
    • Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap Scholar. Dana ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan (sila lihat bahagian bawah). Elaun alat tulis dan buku teks turut diberikan.
  4. ELAUN SEKALI SEPANJANG BIASISWA
    • Bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).
Penerima Biasiswa Anak Menerima

Kriteria Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tergolong dalam salah satu kategori berikut:
    1. Pelajar ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta yang mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun.
    2. Penerima surat tawaran yang akan melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta bermula tahun 2022.
    3. Pelajar yang sedan memohon kemasukan program ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta pada tahun 2022.*

*NOTA: Pemohon yang berjaya bagi kategori ini hanya akan dianugerahkan surat tawaran bersyarat sehingga mereka menerima surat pengajian yang rasmi daripada universiti tempatan (awam atau swasta) yang diiktiraf oleh MQA.

Syarat Permohonan

1) Biasiswa ini dibuka kepada calon yang telah menamatkan pengajian pra-universiti dan calon yang mempunyai sekurang-kurangnya baki dua tahun tempoh pengajian ijazah sarjana muda pada bulan September 2022.

2) Calon yang baru menamatkan pengajian pra-universiti akan diberi penerimaan bersyarat kepada biasiswa ini tertakluk kepada jika calon mendapat tawaran pembelajaran di universiti yang diiktiraf oleh MQA

3) Laman web MQA boleh dirujuk di sini: https://www2.mqa.gov.my/mqr/

4) Yayasan Tunku Abdul Rahman akan memberi keutamaan kepada calon yang

a. Berasal dari latar belakang yang mencabar, seperti calon OKU, calon dari masyarakat luar bandar serta calon dari keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah RM4,850 sebulan.

b. Telah mengatasi atau sedang mengatasi cabaran hidup yang sukar

c. Mempunyai keputusan akademik yang baik.

d. Kelayakan penuh untuk Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) boleh didapati di laman web YTAR. Yayasan Tunku Abdul Rahman menggalakkan semua calon yang berkenaan untuk membuat permohonan.

5) Sebelum calon membuat permohonan, sila sediakan salinan digital: 

a. Kad Pengenalan 

b. Sijil keputusan pra-universiti ATAU keputusan semester terkini pengajian ijazah Sarjana Muda (jika ada).

c. Surat Tawaran Kemasukan Universiti (jika berkenaan)

d. Bukti pendapatan seperti penyata pendapatan ATAU slip cukai pendapatan ATAU slip gaji ibubapa atau penjaga (3 bulan) ATAU penyata akaun bank.

e. Surat Sokongan / Letter of Recommendation dari pendidik ataupun majikan calon.

Cara memohon

Permohonan secara atas talian melalui laman sesawang Yayasan Tunku Abdul Rahman

https://www.yayasantar.org.my/bm/mohon/

Atau terus melalui pautan berikut;

https://www.tfaforms.com/4962801

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan BTAR ditutup pada 31 Mac 2022 pukul 11.59 malam.

Tarikh Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan akan diketuai pada hujung bulan Jun melalui emel.

Program Kepimpinan

Kesemua penerima BTAR akan menjalani program pembangunan kepimpinan selaman  2 tahun. 

Program Kepimpinan BTAR

Info dan Pertanyaan

A-10-12, Blok A, Menara UOA, 
Jalan Bangsar Utama 1,
Bangsar, 59000 Kuala Lumpur

Telefon: +603 2283 6063

Facebook: https://www.facebook.com/yayasantunkuabdulrahman 

Sumber: Yayasan Tunku Abdul Rahman

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Itu Biasiswa Tunku Abdul Rahman?

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) adalah biasiswa ijazah sarjana muda yang terbuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia.

Apakah Bantuan Kewangan Yang Diberikan?

1. Yuran Universiti
2. Elaun Bulanan
3. Elaun Tahunan
4. Elaun Sekali Sepanjang Biasiswa

Kriteria Pemilihan

1. Ketabahan
2. Kepimpinan
3. Semangat untuk belajar
4. Keupayaan Akademik
5. Keperluan Kewangan

Cara Memohon

https://www.yayasantar.org.my/bm/mohon/ 

Atau terus melalui pautan berikut;

https://www.tfaforms.com/4962801

Tarikh Tutup Permohonan

31 Mac 2022

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top