Thursday, September 21, 2023
HomePermohonanTarikh-Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Februari 2022

Tarikh-Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Februari 2022

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan pada bulan Februari 2022 ini.

Beberapa bantuan yang boleh dimohon pada bulan Februari 2022 ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban rakyat dalam usaha memulihkan kembali ekonomi keluarga masing-masing.

Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan bulan Februari 2022. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.

RM10,000 Geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) Untuk Pertubuhan Berdaftar

[IKLAN] Pemberian Geran MyICE 2022 kepada pertubuhan yang layak

Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) adalah satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada Pertubuhan bagi kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malasyia (JPPM)

Ia bertujuan untuk pembiayaan program dan pembangunan kapasiti bagi meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan.

Permohonan bantuan ini telah dibuka mulai 1 Februari dan akan ditutup pada 31 Mei 2022.

Kategori pertubuhan yang layak adalah sebagaimana berikut;

  • Kebajikan
  • Keselamatan
  • Hak Asasi
  • Sosial

Cara Memohon

Pertubuhan berdaftar bagi 4 kategori yang dinyatakan boleh memohon MyICE dengan mengisi dan melengkapkan borang permohonan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES di alamat www.eroses.gov.my  

Permohonan perlu dikemukakan atas nama pertubuhan melalui Setiausaha Pertubuhan dan bukan secara individu.

Permohonan Rumah Mampu Milik Taman Penaga Mewah, Seremban

Taman Penaga Mewah Fasa 6 Seremban

Tarikh tutup permohonan rumah mampu milik taman penaga mewah, Seremban ditutup pada 20 Februari 2022 (AHAD)

Syarat-Syarat Permohonan:

  1. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi rm3,500.00 sebulan.
  2. Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah seremban serta telah berkahwin.
  4. Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.
  5. Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan seperti di bahagian j serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.

Cara Memohon

Bagi mereka yang ingin memohon Rumah Mampu Milik Type A di Taman Penaga Mewah, Daerah Seremban ini, sila isi maklumat lengkap di pautan berikut;

https://forms.gle/RBJjnijX2sq9gyaj9

Geran PKS Makmur Johor 2022 (GOL 4.0) RM5,000

Geran PKS Makmur Johor 2022

Program ini merupakan Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang telah dibentangkan menerusi Pembentangan Bajet 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. 

Program ini diuruskan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd, (PUJB) selaku sekretariat program.

Bantuan ini dikhususkan bagi usahawan bertaraf mikro iaitu yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk mesin atau peralatan bernilai sehingga RM5,000.00 sahaja. 

Pemohonan geran ini ditutup pada 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00.

Borang permohonan boleh diisi menerusi website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) di https://www.pujb.my/  menerusi menu “Daftar Sistem PADU” yang merupakan Pusat Data Usahawan (PADU) dan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat usahawan di Johor.

Hanya permohonan yang layak sahaja akan dihubungi oleh PUJB.

Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan DIANGGAP tidak berjaya. Tiada sebarang pemakluman bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA.

Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS Komuniti India B40 Selangor

Iklan Bantuan Yuran Pengajian IPTA:IPTS Bagi Pelajar Komuniti India B40

Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Negeri Selangor menyediakan  Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS bagi komuniti India golongan B40 yang berkelayakan di negeri ini.

Kerajaan negeri menyasarkan lebih 200 permohonan Bantuan Yuran Pengajian Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta bagi pelajar komuniti India berpendapatan rendah (B40) dengan peruntukan RM600,000.

Tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah pada  24 Februari 2022 (Khamis).

Syarat Kelayakan

  1. Pemohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan berketurunan India sahaja.
  2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    1. Pemohon lahir di Negeri Selangor Darul Ehsan; atau 
    2. Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor Darul Ehsan; atau
    3. Pemohon telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Negeri Selangor Darul Ehsan.
  3. Pemohon sedang dalam tempoh pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan. 
  4. Pendapatan isi rumah adalah RM2,000.00 sebulan dan ke bawah.

Kadar Sumbangan

  1. Ijazah Sarjana Muda – maksimum sehingga RM5,000.00
  2. Diploma – maksimum sehingga RM3,000.00

Jumlah pemberian sumbangan Bantuan Yuran Pengajian adalah tertakluk kepada persetujuan YB EXCO serta keputusan Jawatankuasa Pertimbangan dan Kelulusan  Program Bantuan Yuran Pengajian yang bersidang.

Kaedah Permohonan

Borang permohonan boleh didapati secara manual daripada pihak URUS SETIA BANTUAN YURAN PENGAJIAN IPTA/IPTS BAGI PELAJAR KOMUNITI INDIA B40.


Alamat;
Pejabat YB Tuan Ganabatirau a/l Veraman,
EXCO Kebajikan Masyarakat. Pekerja dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor.
Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor

email : [email protected]

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2022

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan bagi mereka yang layak bagi mengisi permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) tahun 2022.

Biasiswa ini dibuka bagi mereka yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh pihak JPA mengikut bidang pengajian.

Permohonan BYDPA ditutup pada 22 Februari 2022 (SELASA)

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai 19 Januari 2022 (Rabu). 

Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA bersama-sama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan sebelum atau pada 22 Februari 2022 (Selasa) sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut: 

Ketua Pengarah 
Jabatan Perkhidmatan Awam 
Bahagian Pembangunan Modal Insan 
Aras 3, Blok C2, Kompleks C 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62510 PUTRAJAYA 
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Maklumat lanjut tentang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA 2022);

Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline untuk Kemasukan Pelajar bagi sesi Akademik 2022/2023

Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline untuk Kemasukan Pelajar bagi sesi Akademik 2022:2023

Dengan mengambil kira pandemik Covid-19 yang masih belum tamat, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)  bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/Unik ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, melalui usaha itu, permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dibuat terus di laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/.

Tempoh permohonan UPUOnline ini  adalah pada 4 Februari hingga 31 Mac 2020 untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.

Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)

TUNS - Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan 2022

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan. 

Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini. 

Permohonan geran bantuan ini dibuka mulai 1 Februari dan ditutup pada 28 Februari 2022.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://www.tuns.my/

Pendaftaran maklumat asas perlu dibuat dengan mengisi mengisi butiran asas pemohon seperti nama, kad pengenalan dan emel.

Nota: Selepas pendaftaran maklumat peribadi dilakukan, sistem akan menghantar emel pengesahan. Sila semak emel anda dan pastikan anda membuat pengesahan. Tanpa pengesahan ini, anda tidak dapat meneruskan permohonan ini.

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)

Iklan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2022

Dana Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

Sumbangan ini turut dibuka kepada pelajar luar negara namun hanya tertakluk kepada negara Mesir, Jordan dan Morocco di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan SPZAS akan ditutup pada 20 Februari 2022 jam 11.59 malam. 

Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan sebagaimana berikut;

  • RM700 (SPZAS IPT dalam negara) 
  • RM2,500 (SPZAS IPT luar negara) 

Permohonan adalah secara atas talian sahaja melalui pautan berikut;

https://spzas.zakatselangor.com.my

Pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.

Tawaran Agihan Zakat Kepada Mahasiswa Kepada Mahsiswa Mesir, Jordan dan Indonesia

Agihan Dermasiswa Melanjutkan Pengajian Ke Mesir , Jordan Dan Indonesia Bagi Tahun 2022 (LZNK)

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membuka permohonan agihan dermasiswa kepada pelajar yang berkelayakan melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordan dan Indonesia bagi tahun 2022.

Permohonan bantuan ini dibuka mulai 01 Februari 2022 (Selasa) sehingga 20 Februari 2022 (Ahad)

Rakyat negeri Kedah yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Indonesia, jangan lepaskan peluang memohon bantuan zakat ini.

Pemohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) di laman web www.zakatkedah.com.my atau terus ke pautan berikut :

http://bit.ly/LZNKMESIR2022 – Agihan Dermasiswa Mesir

http://bit.ly/LZNKJORDAN2022 – Agihan Dermasiswa Jordan

http://bit.ly/LZNKINDONESIA2022 – Agihan Dermasiswa Indonesia

MUAT TURUN BORANG PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI SINI :

https://bit.ly/BorangPengesahanMastautin

Skim Dermasiswa 2022 Koperasi Tentera (DERMS 2022)

Skim Dermasiswa Koperasi Tentera

Skim Dermasiswa (DERMS) adalah sumbangan untuk anak-anak anggota Koperasi Tentera (KT) yang bersekolah di peringkat sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. Skim ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir. 

Jumlah sumbangan bagi skim ini adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan yang telah ditetapkan oleh Koperasi Tentera (KT).

Permohonan dibuka mulai 24 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022.

Borang permohonan DERMS 2022 boleh diperolehi di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran atau muat turun menerusi lawan web KT di www.katmb.com.my 

Atau boleh download melalui borang di bawah ini.

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di: 

Koperasi Tentera 
Wisma Koperasi Tentera 
No.1, Jalan 2/65C,
Off Jalan Pahang Barat 
53000 Kuala Lumpur 
(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Untuk pertanyaan, hubungi koperasi tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran. 

Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal Anggun Niaga

Anggun Niaga - Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal

Pertubuhan Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) dengan kerjasama Kerajaan negeri Pahang membuka peluang kepada rakyat negeri ini untuk memohon bantuan khas usahawan kecil ibu tunggal Anggun Niaga.

Bantuan khas Ibu tunggal ini adalah terhad kepada 280 calon terpilih berdasarkan kriteria dan syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu;

  1. Warganegara Malaysia berumur 20-55 tahun
  2. Ibu Tunggal semasa memohon
  3. Telah menjalankan perniagaan
  4. Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara atas talian dengan mengisi pautan atau  link dibawah; 

https://forms.gle/LoWkaMS5KsyN6jgh8

Isi maklumat pemohon seperti nama, kad pengenalan, umur, alamat, no telefon, pekerjaan sekarang, pendapatan, daerah, parlimen dan dun

Tarikh tutup permohonan khas usahawan kecil bagi  ibu tunggal ini adalah pada 28 Februari 2022.

Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan ini di anggap tidak berjaya.

Geran Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) RM15,000

Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES)

Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi Setempat 1.0 (PPES) pada tahun 2021. 

Program ini dirangka bagi mengenal pasti projek – projek keusahawanan yang berasaskan komuniti yang berpotensi dan berdaya maju di Negeri Johor.

Bantuan yang ditawarkan dalam bentuk geran yang bernilai sehingga RM15,000.00 yang merangkumi kos menaiktaraf infrastruktur, pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek.

Pemohonan ditutup pada 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.

Borang permohonan boleh diisi menerusi website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) di https://www.pujb.my/  menerusi menu “Daftar Sistem PADU” yang merupakan Pusat Data Usahawan (PADU) dan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat usahawan di Johor.

Hanya Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) yang layak sahaja akan dihubungi oleh PUJB.

Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan DIANGGAP tidak berjaya. Tiada sebarang pemakluman bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA.

 

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!