Thursday, June 30, 2022
HomeSemasaPengecualian Bayaran Proses UPUOnline untuk Kemasukan Pelajar bagi Sesi Akademik 2022/2023

Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline untuk Kemasukan Pelajar bagi Sesi Akademik 2022/2023

Dengan mengambil kira pandemik Covid-19 yang masih belum tamat, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/Unik ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, melalui usaha itu, permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dibuat terus di laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/.

Bagi tempoh permohonan UPUOnline ini bermula pada 4 Februari hingga 31 Mac 2022 untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.

“Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan serta kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membuat permohonan UPUOnline.

“Justeru, KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam kenyataan.

Pada tahun lepas, KPT bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran itu kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.

Kenyataan Media Kementeria Pengajian Tinggi (KPT)

[Kenyataan Media] Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline untuk Kemasukan Pelajar bagi Sesi Akademik 2022:2023

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!