Yayasan Hijrah Selangor membuka permohonan kepada mereka yang berkelayakan bagi memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Go Digital yang dapat membantu meningkatkan keupayaan pasaran produk secara online.
Dengan pendigitalisasian ini usahawan dapat memasarkan produk dan servis secara meluas dan dapat membantu meningkatkan lagi hasil jualan dam pendapatan usahawan.
Apa itu Skim Go Digital Hijrah Selangor?
Skim Pembiayaan Go Digital Hijrah Selangor diwujudkan untuk membantu para peniaga mentransformasikan kaedah perniagaan kearah digitalisasi melalui platform terkini dan moden.
Dengan pemasaran perniagaan secara digital, ia dapat membantu meningkatkan keupayaan pasaran produk dan servis yang akhirnya mampu memaksimumkan keuntungan hasil jualan secara dalam talian.

Jumlah Pembiayaan
Skim Go Digital Hijrah Selangor ini menawarkan modal tambahan kepada usahawan bagi urusan pendigitalisasian perniagaan sehingga RM50,000.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Rakyat Selangor atau bermastautin lebih dari 5 tahun
- Mengundi di Selangor
- Berumur 18 tahun – 65 tahun
- Perniagaan sudah beroperasi
- Mempunyai SSM/lesen PBT/dokumen perjanjian
- Layak menjadi pembiayaan kedua pembiayaan Hijrah
Syarat Pembiayaan
- Had pembiayaan RM1,000 sehingga RM50,000
- Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan) sehingga 250 minggu (5 tahun)
- Caj perkhidmatan sehingga 8% setahun
- Bayaran balik secara mingguan
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut;
http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login
Dokumen Permohonan
- Salinan kad pengenalan pemohon
- 2 Keping gambar berukuran pasport pemohon
- Salinan lesen/permit perniagaan (SSM/lesen PBT) pemohon
- Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (menunjukkan no, akaun pemohon)
- Salinan bil utiliti tempat tinggal
Info dan Pertanyaan
Hubungi 20 Cawangan Hijrah berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32
Layari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut
Dapatkan update terkini Hijrah Selangor di Telegram Channel:
https://t.me/hijrahselangorofficial
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.