Sunday, June 26, 2022
HomeBantuan IPTBantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS Komuniti India B40 Selangor

Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS Komuniti India B40 Selangor

Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Negeri Selangor menyediakan  Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS bagi komuniti India golongan B40 yang berkelayakan di negeri ini.

Kerajaan negeri menyasarkan lebih 200 permohonan Bantuan Yuran Pengajian Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta bagi pelajar komuniti India berpendapatan rendah (B40) dengan peruntukan RM600,000.

Syarat Kelayakan

  1. Pemohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan berketurunan India sahaja.
  2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    1. Pemohon lahir di Negeri Selangor Darul Ehsan; atau 
    2. Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor Darul Ehsan; atau
    3. Pemohon telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Negeri Selangor Darul Ehsan.
  3. Pemohon sedang dalam tempoh pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan. 
  4. Pendapatan isi rumah adalah RM2,000.00 sebulan dan ke bawah.

Kadar Sumbangan

  1. Ijazah Sarjana Muda – maksimum sehingga RM5,000.00
  2. Diploma – maksimum sehingga RM3,000.00

Jumlah pemberian sumbangan Bantuan Yuran Pengajian adalah tertakluk kepada persetujuan YB EXCO serta keputusan Jawatankuasa Pertimbangan dan Kelulusan  Program Bantuan Yuran Pengajian yang bersidang.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan bantuan ini ditutup pada 24 Februari 2022 (Khamis)

Kaedah Pemberian

Pemberian adalah sekali bayar (‘one-off’) secara cek di atas nama Bendahari IPTA/IPTS (hendaklah melampirkan salinan muka hadapan atau penyata bank IPTA/IPTS).

Kaedah Permohonan

Borang permohonan boleh didapati secara manual daripada pihak URUS SETIA BANTUAN YURAN PENGAJIAN IPTA/IPTS BAGI PELAJAR KOMUNITI INDIA B40.

Alamat;
Pejabat YB Tuan Ganabatirau a/l Veraman,
EXCO Kebajikan Masyarakat. Pekerja dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor.
Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor

email : [email protected]

Borang permohonan juga juga dimuat turun melalui pautan di bawah;

Panduan Mengisi Borang

  1. Borang ini boleh didapati secara manual daripada URUS SETIA PROGRAM PENGAJIAN (IPTA/IPTS) BAGI PELAJAR KOMUNITI INDIA B40 
  2. Borang permohonan ini hendaklah diisi oleh Pemohon/ Ibu Bapa/ Penjaga sahaja dan ditulis dengan HURUF BESAR
  3. Semua salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh Ahil Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Negeri (ADN) / Ahli Majlis /  Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kampung Bagan / Ketua Komuniti Kaum India (KKI). 
  4. Borang yang telah lengkap disi hendaklah diserahkan secara serahan tangan seperti alamat berikut
URUS SETIA PROGRAM BANTUAN YURAN PENGAJIAN
Pejabat YB EXCO Kerajaan Negeri Selangor,
Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Negeri Selangor,
Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Info dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan hubungi talian berikut:

03-55447307 03-55447305

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!