Friday, October 7, 2022
HomeBantuan PKSBantuan Entrepreneur Mentorship Programme Ihsan (EMP Ihsan) Perak

Bantuan Entrepreneur Mentorship Programme Ihsan (EMP Ihsan) Perak

Usahawan bumiputera Negeri Perak yang layak dijemput untuk memohon bantuan one off sehingga RM2,000 Fasa Kedua Program Entrepreneur Mentorship Program Ihsan (EMP Ihsan).

Program ini merupakan bantuan khas oleh Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP).

Apa itu EMP Ihsan?

EMP Ihsan adalah sebuah program bantuan kewangan one-off kepada usahawan mikro yang terjejas pendapatan perniagaannya akibat pandemik COVID-19. Di bawah teras Keusahawanan ILTIZAM yang dikenali sebagai Entrepreneur Mentorship Programme (EMP), EMP Ihsan adalah satu program dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 27 Januari hingga 9 Februari 2022.

Sektor Perniagaan:

Permohonan adalah terbuka kepada semua jenis perniagaan dan perkhidmatan dari semua sektor ekonomi yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Kriteria Kelayakan:

  1. Perniagaan 100% dimiliki oleh bumiputera
  2. Berdaftar dengan SSM atau PBT atau mana-mana pihak pihak berkuasa di lokaliti pemohon
  3. Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa
  4. Pemohon adalah asnaf / bekas asnaf / golongan usahawan B40 yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid19

Terma dan Syarat

  1. Keperluan modal perniagaan (pembelian bahan mentah)
  2. Modal perniagaan baru (setelah kegagalan perniagaan asal akibat impak Covid19)
  3. Bantuan perbelanjaan operasi (pembelian peralatan, pembayaran gaji pekerja, pembayaran bil eletrik, air dan lain-lain yang difikirkan layak oleh jawatankuasa kelak)

Cara Memohon

Bagi mereka yang berminat, sila isi borang melalui link ini berserta dokumen-dokumen yang diperlukan :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfs3UD3KJXv1fj0Xkc5xn24u1Pl2i5E_EbsH-_0zkf9CKsQ0Q/viewform

Pastikan anda memuatnaik dokumen-dokumen yahg diperlukan sebagai bukti pemprosesan iaitu :

1. Salinan Akaun Bank Atas Nama Pemohon

2. Kad pengenalan pemohon dan pasangan (yang berkahwin)

3. Salinan SSM (jika ada)

4. Salinan Lesen PBT/Surat Pengesahan dari Agensi Berkenaan

5. Sebut harga peralatan yang hendak dibeli

6. Gambar Premis/Tangkapan Skrin Kedai Atas Talian

7. Resit – resit dan bukti lain berkaitan

Info dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada urusetia MAIPk dan STeP berikut :

  • Hotline MAIPk 0195711384.
  • Puan Hazlien 01112503001
  • En Aiman 0134003947
  • Cik Aliaa 0142526246
  • Cik Azwin 0124618792
[IKLAN] Bantuan One Off Entrepreneur Mentorship Programme Ihsan (Emp Ihsan) Negeri Perak

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!