Monday, October 2, 2023
HomeBantuan PKS10 Bantuan Dana Bank Negara Malaysia Untuk PKS 2022

10 Bantuan Dana Bank Negara Malaysia Untuk PKS 2022

Dalam menghadapi pasca Pandemik Covid-19,  Bank Negara Malaysia  menyediakan 10 dana bagi membantu pemulihan dan perkembangan PKS. Ia sebagai usaha dalam menyokong pemulihan ekonomi dan memelihara kesejahteraan sumber pendapatan rakyat Malaysia.

Dengan adanya dana daripada Bank Negara ini, diharapkan peniaga kecil dan sederhana PKS dapat bertahan sehingga berakhirnya wabak COVID-19 yang melanda Malaysia sejak dua tahun yang lalu.

10 bentuk Bantuan Dana daripada Bank Negara dalam usaha memberikan bantuan dan menyokong PKS adalah sebagaimana berikut;

1. Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)

TRRF merupakan kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan, kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan 

Kriteria kelayakan

PKS Malaysia dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 (kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan)seperti: 

  1. Perkhidmatan peribadi (cth. membaiki komputer / barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
  2. Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
  3. Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
  4. Seni, hiburan dan rekreasi
  5. Perdagangan borong dan runcit
  6. Perkhidmatan perniagaan (cth aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)

Nota:

  • Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF) dan Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) layak untuk memohon TRRF sehingga had agregat sebanyak RM500,000 bagi setiap PKS
  • PKS dalam subsektor perkhidmatan pelancongan dan berkaitan pelancongan yang layak boleh memohon pembiayaan di bawah Pembiayaan Pelancongan PENJANA

Jumlah Pembiayaan & Tempoh Maksimum

PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM500,000 dan sehingga RM75,000 bagi perusahaan mikro.

Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun, dengan moratorium ke atas ansuran bulanan selama 6 bulan

Tarikh Tutup Permohonan

Kemudahan ini tersedia sehingga sehingga 30 Jun 2022 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya (mana-mana yang lebih awal).

Cara Permohonan

Sila lihat soalan lazim Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) dari laman web Bank Negara Malaysia.

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/6025157/trrf_faq_bm.pdf

2. Kemudahan Teknologi Tinggi – Aspirasi Pelaburan Nasional (HTF-NIA)

Apakah Kemudahan Teknologi Tinggi – Aspirasi Pelaburan Nasional (High Tech Facility – National Investment Aspirations, HTF- NIA)?

HTF-NIA merupakan kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk membantu PKS berteknologi tinggi dan berorientasikan inovasi serta selaras dengan matlamat pembangunan jangka panjang strategik yang terdapat dalam Aspirasi Pelaburan Nasional (National Investment Aspirations, NIA)1, yang terjejas akibat COVID-19. Langkah ini penting bagi memperkukuh kedudukan daya saing Malaysia dalam rantaian nilai global, memelihara ekosistem rantaian penawaran dan melindungi pekerjaan berkemahiran tinggi.

Berapa Jumlah pembiayaan maksimum dan tempoh pembiayaan untuk PKS di bawah HTF-NIA? 

PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan:

  • Sehingga RM1 juta bagi setiap PKS untuk modal kerja; atau 
  • Sehingga RM5 juta bagi setiap PKS untuk perbelanjaan modal atau gabungan modal kerja dan perbelanjaan modal 

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun

Syarat dan Cara Memohon

Sila lihat soalan lazim Kemudahan Teknologi Tinggi – Aspirasi Pelaburan Nasional  dari lamab web Bank Negara Malaysia.

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/6025157/htf_faq_bm.pdf

3. Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)

Objektif bantuan ini ialah untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan tanpa cagaran untuk perusahaan/ usahawan mikro, termasuk individu yang bekerja sendiri dan pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital.

Kriteria Kelayakan

  • Perusahaan mikromengikut definisi PKS yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK); atau 
  • Usahawan mikro Malaysia termasuk individu yang bekerja sendiri, pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital dan peserta program i-TEKAD 

Pembiayaan akan ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan Mikro tanpa cagaran. Sila memohon terus kepada institusi kewangan peserta di bawah Skim Pembiayaan Mikro

Tempoh Pembiayaan sehingga 5 tahun.

Prosedur Permohonan

Hantar permohonan terus kepada institusi kewangan peserta dan kelulusan tertakluk pada penilaian kredit institusi kewangan peserta.

4. Kemudahan untuk Semua Sektor Ekonomi (AES)

Objektif dana ini ialah untuk meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan untuk semua sektor ekonomi, bagi menyokong pertumbuhan.

Kriteria Kelayakan

PKS Malaysia yang memenuhi kriteria berikut: 

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa/pejabat daerah di Sabah and Sarawak atau badan pentauliahan bagi penyedia perkhidmatan professional. 
  • Saham PKS yang dimiliki Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) tidak melebihi 20%.
  • Warganegara Malaysia bermastautin di Malaysia dengan pegangan saham minimum sebanyak 51% dalam PKS tersebut. 

Jumlah Pembiayaan Maksimum

RM 5 juta

Tempoh Pembiayaan Maksimum

Sehingga 5 tahun

Prosedur Permohonan

Permohonan dikemukakan terus kepada IKP dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada penilaian kredit oleh setiap IKP.

5. Kemudahan Pertanian Pemakanan (AF)

Kemudahan ini bertujuan bagi meningkatkan pengeluaran makanan untuk Malaysia dan dieksport. Susulan pengumuman Bajet 2022, bagi pengeluaran agromakanan, peruntukan Kemudahan Agromakanan (AF) telah ditambah sebanyak RM500 juta menjadikan jumlah peruntukan sebanyak RM2 bilion.

Objektif dana adalah menyediakan akses pembiayaan kepada PKS untuk meningkatkan pengeluaran agromakanan negara dan untuk eksport.

Kriteria Kelayakan

PKS Malaysia yang memenuhi kriteria berikut:

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa/pejabat daerah di Sabah and Sarawak atau badan pentauliahan bagi penyedia perkhidmatan professional. 
  • Saham PKS yang dimiliki Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) tidak melebihi 20%. 
  • Warganegara Malaysia bermastautin di Malaysia dengan pegangan saham minimum sebanyak 51% dalam PKS tersebut.

Tempoh Pembiayaan Maksimum

Sehingga 8 tahun.

Prosedur permohonan 

Permohonan dikemukakan terus kepada IKP dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada penilaian kredit oleh setiap IKP.

6. Kemudahan Automasi dan Digital PKS (ADF) 

Apa itu ADF?

ADF merupakan kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh BNM untuk menggalakkan PKS mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Siapa yang layak memohon ADF?

Semua PKS Malaysia (Pegangan saham oleh warganegara Malaysia sekurang-kurangnya sebanyak 51% dan seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp (mengikut Garis Panduan Mengenai Definisi Baharu PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp yang boleh diakses https://www.smecorp.gov.my/images/pdf/2020/Guideline-SMEDefinition_updated.pdf

Jumlah dan Tempoh Pembiayaan Maksimum?

Sehingga RM3 juta bagi setiap PKS dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. 

Tarikh Tutup Permohonan

Sehingga 30 Jun 2022 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya, mana yang lebih awal.

Kriteria Kelayakan

PKS Malaysia yang memenuhi kriteria berikut: 

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa/pejabat daerah di Sabah and Sarawak atau badan pentauliahan bagi penyedia perkhidmatan professional. 
  • Saham PKS yang dimiliki Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) tidak melebihi 20%. 
  • Warganegara Malaysia bermastautin di Malaysia dengan pegangan saham minimum sebanyak 51% dalam PKS tersebut.

Cara Memohon

Bagi mereka yang ingin memohon Dana Bank Negara PKS untuk Kemudahan Automasi dan Digital PKS ini, sila lihat di laman web Bank negara melalui pautan berikut;

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/6025157/adf_faq_bm.pdf 

7. Kemudahan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)

Pembiayaan Pelancongan PENJANA diwujudkan untuk perniagaan dalam sektor pelancongan yang terjejas. Kerajaan telah menyediakan dana khusus di bawah inisiatif PENJANA untuk perniagaan dalam sektor pelancongan yang masih terjejas akibat pandemik.

Kini di bawah PTF yang dipertingkat, PKS boleh menggunakan hingga 50% daripada jumlah pembiayaan PTF yang diperoleh untuk membiayai semula pembiayaan perniagaan sedia ada. Penerima Kemudahan Bantuan Khas (SRF/SRF-i) dan/atau Pembiayaan PKS PENJANA (PSF/PSF-i) kini layak untuk memohon PTF.

Sektor Yang Layak

  1. Sektor Perlancongan Teras
    1. Premis penginapan pelancongan (contohnya hotel bajet, inap desa berdaftar, chalet dan rumah peranginan) 
    2. Agensi pelancongan dan operator pelancongan 
    3. Pengangkutan untuk pelancong (contohnya operator bas, bot dan kereta sewa)
  2. Sektor Berkaitan Perlancongan
    1. Pelancongan perubatan 
    2. Ekosistem Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran (Meetings, Incentives, Conferences, Exhibitions, MICE) 
    3. Perniagaan perkhidmatan kewangan – untuk pengendali pertukaran wang yang berurusan terutamanya dengan pelancong ke dalam dan ke luar negeri 
    4. Institusi bina upaya yang ditubuhkan terutamanya untuk menyediakan kursus/latihan berkaitan dengan pelancongan 
    5. Perniagaan runcit, rekreasi dan kesihatan berkaitan pelancongan yang boleh membuktikan pergantungan mereka yang besar terhadap pelancong

Info Lanjut Permohonan 

Mereka yang ingin mengetahui lanjut mengenai dana ini, sila lihat soalan lazim melalui pautan berikut;

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/6025157/ptf_faq_bm.pdf

8. Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF)

Di bawah kemudahan ini, RM1 bilion diperuntukkan untuk menyokong PKS mengembangkan perniagaan tanpa meningkatkan tahap keberhutangan mereka ketika fasa pemulihan. Institusi kewangan peserta, terutamanya Institusi Kewangan Pembangunan, boleh menawarkan:  

  1. pembiayaan dalam bentuk ekuiti, atau; 
  2. pembiayaan hutang digabungkan dengan ekuiti dalam perkongsian dengan pembiaya ekuiti pihak ketiga (kewangan campuran).  

Kemudahan berjumlah RM1 bilion ini tersedia daripada 3 Februari 2022 sehingga peruntukan habis digunakan.

Kelayakan BRF

PKS Malaysia termasuk perusahaan mikro yang berdaya maju daripada semua sektor ekonomi termasuk penerima dana BNM sedia ada.

Amaun dan Tempoh Pembiayaan

Setiap PKS yang layak akan mendapat pembiayaan hingga RM5 juta bagi setiap PKS. 

Tempoh pembiayaan adalah hingga 10 tahun.

Cara Permohonan

Sila lihat soalan lazim Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF) dari laman web Bank Negara Malaysia.

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/6025157/brf_faq_bm.pdf

9. Kemudahan Peralihan Karbon Rendah (LCTF)

Apa itu Kemudahan Peralihan Karbon Rendah (LCTF)?

LCTF merupakan satu kemudahan pembiayaan bagi menggalakkan dan menyokong PKS menerapkan amalan kelestarian bagi meningkatkan daya tahan perniagaan. 

Kriteria Kelayakan

PKS daripada semua sektor yang komited untuk beralih ke arah operasi perniagaan rendah karbon dan lestari. 

PKS perlu menghubungi mana-mana institusi kewangan peserta bagi menyemak kelayakan mereka di bawah kemudahan ini. Semua permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian oleh institusi kewangan peserta.

Jumlah dan Tempoh Pembiayaan

PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM10 juta bagi setiap PKS dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. 

Cara Memohon

Sila lihat soalan lazim Kemudahan Peralihan Karbon Rendah (LCTF) dari laman web Bank Negara Malaysia.

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/6025157/lctf_faq_bm.pdf

10. Kemudahan Bantuan Bencana (DRF)

Apakah itu DRF?

Kemudahan Bantuan Bencana (Disaster Relief Facility 2022, DRF 2022) merupakan kemudahan pembiayaan yang ditubuhkan oleh BNM bagi meringankan beban kewangan PKS dan perusahaan mikro yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru -baru ini dan membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan mereka.

Tujuan Pembiayaan DRF 2022

  • Membaiki dan/atau menggantikan aset untuk kegunaan perniagaan (cth. loji dan mesin) yang telah rosak akibat banjir; dan/atau
  • Modal kerja

Jumlah Pembiayaan

  • Sehingga RM700,000 bagi setiap PKS; dan 
  • Sehingga RM150,000 bagi setiap perusahaan mikro.

Prosedur Permohonan

Hantar permohonan terus kepada institusi kewangan peserta dan kelulusan tertakluk pada penilaian kredit institusi kewangan peserta.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bnm.gov.my/drf2022_bm_broc

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!