Di bawah Inisiatif Skim Peduli Rakyat Negeri Selangor (SSIPR), mereka yang berkelayakan boleh membuat semakan air percuma melalui Skim Air Selangor Darul Ehsan (SADE).
Premis kediaman yang menggunakan meter individu layak menerima air percuma sebanyak 20m3.
Oleh yang demikian, semak syarat-syarat permohonan program Skim Air Darul Ehsan (SADE) untuk mengetahui jika anda layak untuk menerima air percuma. Ringankan perbelanjaan bulanan anda melalui program SADE ini.
Apa Itu Skim Air Selangor Darul Ehsan (SADE)?
Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.

Semakan SADE
Semakan kelayakan Skim Air Selangor Darul Ehsan (SADE) boleh dibuat melalui pautan di bawah;
https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/semakan-sade
- Masukkan No.Kad Pengenalan / No.Polis / No.Tentera
- Masukkan No. Akaun Air Selangor
- Tekan bukan semak
Kelayakan
Skim Air Darul Ehsan ini layak dinikmati pengguna-pengguna yang menepati syarat-syarat seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
- Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang)
- Premis kediaman meter individu
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja
Permohonan
- Permohonan Skim Air Darul Ehsan boleh dibuat atas talian melalui portal Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) www.ssipr.selangor.gov.my
- Borang permohonan program boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:
- Laman sesawang www.airselangor.com
- Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
- Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)
- Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel [email protected] atau melalui manamana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
- Maklumat permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan tidak dapat didaftarkan.
- Keputusan permohonan Skim Air Darul Ehsan akan dimaklumkan kepada pemohon.
Info Dan Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut layari www.airselangor.com atau hubungi talian 15300
Sumber: Air Selangor
Soalan Lazim (FAQ)
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
2. Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang)
3. Premis kediaman meter individu
4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja
Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang)
Tidak layak kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Ya, Tuan/Puan layak untuk memohon Skim Air Darul Ehsan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat permohonan dan semakan kelayakan.
Ya, Tuan/Puan layak untuk memohon Skim Air Darul Ehsan tetapi tertakluk kepada syarat permohonan dan semakan kelayakan.
Ya, Tuan/Puan layak untuk memohon Skim Air Darul Ehsan bagi premis yang terletak di Negeri Selangor tetapi tertakluk kepada syarat permohonan dan semakan kelayakan.
Tidak layak. Permohonan Skim Air Darul Ehsan hanya untuk pelanggan yang menetap di Negeri Selangor sahaja
Ya, penyewa layak untuk membuat permohonan sekiranya menyewa di Negeri Selangor tetapi tertakluk kepada syarat-syarat permohonan dan semakan kelayakan.