Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) RM200

Rakyat Sarawak yang layak digesa memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman. Timbalan Ketua Menteri, Dato’ Sri Prof Dr Sim Hui Hian menyeru warga Sarawak yang layak untuk memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS) berjumlah RM200 sebulan untuk selama tiga tahun.

Selaku Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, beliau berkata bantuan tersebut telah bermula sejak Oktober tahun lepas.

Katanya, meskipun anggaran jumlah yang layak menerima SRAS seramai 20,000 orang namun jumlah permohonan setakat ini masih rendah. Setakat ini hanya sedikit yang memohon dan hanya 790 permohonan telah diluluskan oleh jawatankuasa yang mengendalikan bantuan itu.

Apa itu Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak?

Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (Sarawak Rental Assistance Scheme – SRAS) diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) memberi bantuan sebanyak RM200.00 sebulan selama 36 bulan (maksimum).

Ia dibuka kepada penyewa yang bekerja di bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Kriteria dan Syarat-syarat Permohonan 

Mereka yang ingin memohon skim ini hendaklah memenuhi kriteria berikut;

  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak dan memiiki Mykad dengan status “K” 
  • Berusia 21 tahun ke atas
  • Pendaptan isi rumah tidak melebihi RM2,131.00
  • Berkahwin
  • Bapa/ibu tunggal dan sekurang-kurangnya mempunyai 1 orang anak tinggal bersamanya
  • Keutamaan juga akan diberikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Sedang menyewa dan premis/rumah yang disewa bukan milik ahli keluarga terdekat

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah;

  1. Salinan sijil kahwin / sijil cerai
  2. Salinan Kad Pengenalan (pemohon/pasangan)
  3. Salinan sijil lahir/MyKid/MyKad anak yang berada di bawah tanggungan & tinggal bersama pemohon
  4. Penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah/ pasangan
  5. Salinan kad OKU bagi pemohon OKU
  6. Perjanjian sewa yang ditandatangani & dimatikan setem hasil
  7. Persetujuan tuan punya premis untuk penyewa menyertai skim bantuan sewa (SRAS)
  8. Gambar premis yang disewa

Jumlah dan Tempoh bantuan

SRAS adalah skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan, selama 36 bulan atau tiga tahun maksimum.

Cara Memohon

Penyewa-penyewa yang berminat boleh mendapatkan maklumat dan memuat turun borang permohonan SRAS secara percuma di laman web HDC http://hdc.sarawak.gov.my.

Borang permohonan lengkap hendaklah dihantar ke pejabat-pejabat HDC di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Iklan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS)

Info dan Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut boleh didapati  di laman Facebook Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi HDC.

Pemohon boleh menghubungi terus Ibu Pejabat HDC Kuching ditalian 082-444381 atau 082443681 untuk sebarang pertanyaan. 

Sumber: Laman web Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) 

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top