Permohonan Rumah Mampu Milik Taman Penaga Mewah, Seremban

Kerajaan Negeri Sembilan membuka permohonan kepada mereka yang berkelayakan bagi membuat permohonan Rumah Mampu Milik Type A di Taman Penaga Mewah, Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Harga rumah bermula dari RM80,000.00 bagi lot tengah.

Maklumat permohonan  dan syarat-syarat bagi rumah mampu milik di Seremban ini  adalah sebagaimana berikut.

Tarikh Permohonan

Mulai 7 Februari 2022 (Isnin) – 20 Februari 2022 (Ahad)

Lokasi

Taman Penaga Mewah Fasa 6, Daerah Seremban

Syarat-Syarat Permohonan:

  1. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi rm3,500.00 sebulan.
  2. Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah seremban serta telah berkahwin.
  4. Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.
  5. Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan seperti di bahagian j serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.

Maklumat Rumah

Rumah Mampu Milik (Teres 1 Tingkat) Fasa 6 Taman Penaga Mewah, Seremban

Taman Penaga Mewah Fasa 6 Seremban

Pelan Lokasi

Pelan Lokasi

Spesifikasi Rumah

Spesifikasi Rumah

Harga dan Pemilihan Jenis Lot

Pemohon adalah dibenarkan membuat 1 pilihan lot sahaja. Pemohon juga dinasihatkan untuk membuat pilihan berdasarkan kemampuan kewangan seisi rumah.

  • Tengah – RM80,000
  • Tepi – RM130,000
  • Penjuru (926 Meter Persegi) – RM220,190
  • Penjuru (1098 Meter Persegi) – RM231,370
  • Penjuru (1378 Meter Persegi) – RM249,570
  • Penjuru (1765 Meter Persegi) – RM274,725

Cara Memohon

Bagi mereka yang ingin memohon Rumah Mampu Milik Type A di Taman Penaga Mewah, Daerah Seremban ini, sila isi maklumat lengkap di pautan berikut;

https://forms.gle/RBJjnijX2sq9gyaj9

PERHATIAN! SILA BACA DAN FAHAMI KENYATAAN DIBAWAH SEBELUM MENGISI BORANG PERMOHONAN.

  1. Sila baca dengan teliti dan pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan sama seperti di dalam dokumen yang dimuat turun (upload).
  2. Pastikan borang permohonan di isi dengan lengkap dan jelas. Borang permohonan yang tidak jelas dan lengkap akan di tolak.
  3. Sertakan salinan dokumen yang di berkaitan dan dikehendaki kepada alamat emel [email protected] . Pastikan salinan dokumen jelas dan boleh dibaca. Permohonan akan ditolak sekiranya dokumen kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik (upload) ketika membuat permohonan

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB)
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang)
  3. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB)
  4. Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang)
  5. Salinan Slip Gaji Pemohon Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB)
  6. Salinan Slip Gaji Pasangan Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB – KECUALI Bujang)
  7. Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan / Salinan Surat Perintah Mahkamah (Proses Cerai)/Surat Akuan Sumpah (Perkahwinan tidak berdaftar dengan JPN) – (WAJIB – Kecuali Bujang)
  8. Borang Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan Yang Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah (WAJIB – KECUALI pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji)
  9. Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Tahunan Pesara Terkini – (WAJIB BAGI PESARA)

Sumber: Perumahan Negeri Sembilan

Scroll to Top