Permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 Lembaga Zakat Kedah (LZNK)

Skim Agihan Awal IPT Dalam Negara dan Luar Negara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) merupakan agihan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan pendudukan negeri Kedah yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara mengikut syarat-syarat tertentu

Skim ini dibahagikan kepada dua kategori permohonan iaitu Agihan Awal IPT Dalam Negara dan Agihan Awal IPT Luar Negara.

Pelajar yang menerima surat tawaran melanjutkan ke IPT hanya boleh membuat permohonan bagi setiap peringkat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian

Agihan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah. 

Bentuk Bantuan

LZNK menyediakan bantuan Awal Pengajian (sekaligus – one-off) utk setiap peringkat pengajian yang berbeza mengikut syarat kelayakan.

Skim Agihan Awal IPT Dalam dan Luar Negara bagi Kemasukan pengajian Tahun 2022

Jumlah Agihan

Jumlah Agihan Awal IPT ini mengikut peringkat pengajian seperti berikut ;

Dalam Negara

PERINGKAT PENGAJIAN JUMLAH AGIHAN
Sijil/MatrikulasiRM300.00
DiplomaRM600.00
Ijazah PertamaRM800.00

Luar Negara

PERINGKAT PENGAJIAN JUMLAH AGIHAN
Ijazah Pertama/Master/PhDRM1,000.00

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2022

Syarat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Dalam Negara

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedangbermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti.
  4. Program pengajian bagi peringkat PASCA-SISWAZAH dan SEPARUH MASA adalah TIDAK LAYAK.
  5. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang- kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga(3) bulan pengajian.
  6. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana- mana bidang kemahiran.
  7. Pemohon perlulah menyambung pengajian di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  8. Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)adalah tidak layak memohon Agihan Awal IPTA.
  9. Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  10. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan. 

Syarat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Luar Negara

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran). 
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana / Doktor Falsafah secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian. 
  4. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurangkurangnya setahun pengajian. 
  5. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan.
  6. Bidang Pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) atau Kementerian Pendidikan Malaysia. 
  7. Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza. 
  8. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan.

Cara Memohon

Permohonan dibuat sepenuhnya secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

www.zakatkedah.com.my  

Klik Menu : APLIKASI ATAS TALIAN >> AGIHAN AWAL IPT >> Pilih DALAM/LUAR NEGARA

Aplikasi Atas Talian - Agihan Awal IPT dalam dan luar negara

Dokumen Yang Perlu Di Muat Naik (Upload)

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut;

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga 
  3. Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) 
  4. Salinan Slip Bank/ Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akuan pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT. 
  5. Salinan Akaun Bank yang tertera nama Pemohon (Pelajar) 
  6. Lain-lain dokumen khusus yang perlu disertakan bersama permohonan seperti Surat bermastautin/ Surat Rayuan Permohonan/ Resit Zakat (bagi yang berkaitan sahaja)
Nota:Untuk memohon bantuan IPT, pemohon perlulah mengisi segala maklumat yang berkaitan. Sila rujuk panduan mengikut jenis bantuan IPT sebelum mengisi segala maklumat yang diperlukan.

BAGI PERMOHONAN BARU :-Sila tekan butang PERMOHONAN BARU.

Untuk Semakan dan Cetakan Borang :-Sila Masukkan No KP & Kata Laluan, kemudian tekan Butang SEMAK.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Agihan Awal IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah ini sila rujuk

Laman web: https://www.zakatkedah.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/zakatkedah/ 

Instagram: https://www.instagram.com/zakatkedah/ 

Twitter: https://twitter.com/zakatkedah 

Youtube: Zakat Kedah 

Sumber: Facebook dan Laman Web Lembaga Zakat Negeri Kedah

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.



Scroll to Top