Permohonan permit dan lot Bazar Ramadhan bagi kawasan seliaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dibuka secara dalam talian (online) mulai 17 Januari 2022 (Isnin).
Terdapat 33 lokasi tapak yang disediakan oleh MBSA kepada peniaga yang berminat untuk berniaga di Bazar Ramadhan di bawah seliaan MBSA bagi tahun 2022.
Untuk makluman seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2022) mulai pada tarikh 3 April 2022 (Ahad) yang 1 Ramadhan 1443 (Hijrah)
Kepada mereka yang berminat untuk berniaga di bazar Ramadhan pada tahun ini, jangan lupa membuat permohonan awal bagi memudahkan rancangan perniagaan pada bulan Ramadhan nanti.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman berikut;
Mereka yang berminat perlu mengisi borang permohonan secara atas talian dan memuat naik salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan.
Lokasi Tapak Bazar Ramadhan MBSA
Sebanyak 33 lokasi tapak bazar disediakan oleh pihak Majlis pada tahun ini. Antara lokasi tapak bazar tersebut adalah di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20, 24, 25, 27, 28, 31,33, 35, U2, U3, U5, U8, U10, U13, U19 dan U20
Kadar Jualan Tapak (Permit)
Jenis jualan dan kadar bayaran permit adalah seperti berikut;
- Makanan RM207
- Minuman RM207
- Makanan bergoreng RM237
- Air Kelapa / tebu RM237
- Jualan berbakar RM237
- Ayam golek RM297
Tarikh Tutup Permohonan
16 Februari 2022 (Rabu)
Proses Kelulusan
17 Februari – 2 Mac 2022
Pembayaran
3 Mac – 9 Mac 2022
Taklimat dan Penyerahan Permit Ramadhan 2022
21-24 Mac 2022 bertempat di Dewan Auditorium MBSA
Makluman
Semakan iSekat (tunggakan sewa, cukai, lesen dan kompaun) boleh Jibuat secara atas talian sistem EPS MBSA atau melalui Kaunter Jabatan Pelesenan, Tingkat G, Wisma MBSA.
Info dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkenaan permit bazar ramadhan MBSA ini boleh menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-55105133 dengan sambungan 1700/1762/1486/1699/1317/1366.