Program Berkhatan Percuma Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022

Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan menganjurkan  Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022 yang akan diadakan di seluruh negeri secara percuma bermula 26 Februari hingga 13 Mac 2022.

Objektif utama program adalah untuk membantu mengurangkan beban kos berkhatan sekali gus merapatkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan masyarakat Kampung Tradisi.

Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022

Syarat Penyertaan

  1. Berumur 8 hingga 15 tahun
  2. Sihat tubuh badan
  3. Anak Selangor yang tinggal di Kampung Tradisi Negeri Selangor

Cara Penyertaan dan Borang

Mereka berminat boleh memuat turun borang penyertaan di pautan https://bit.ly/sunathonselangor

atau dapatkan di balai penghulu.

Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada Ketua Kampung

Tarikh Tutup Pendaftaran

Tarikh tutup pendaftaran adalah 14 hari sebelum tarikh program.

Lokasi Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022

Berikut tarikh dan lokasi program:

1. Hulu Selangor – 26 Februari (Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu)

2. Hulu Langat – 27 Februari (Dewan Pejabat Daerah Hulu Langat)

3. Kuala Selangor – 28 Februari (Stadium Tertutup Kuala Selangor)

4. Sabak Bernam – 1 Mac (Dewan Tun Razak)

5. Klang – 5 Mac (Dewan Pejabat Daerah Klang)

6. Gombak – 6 Mac (lokasi akan dimaklum kelak)

7. Petaling – 7 Mac (Dewan Pejabat Daerah Petaling)

8. Sepang – 12 Mac (Dewan Bandar Baru Salak Tinggi)

9. Kuala Langat – 13 Mac (Dewan Sri Jurga, Banting)

Tarikh Dun atau Daerah Alamat Lokasi Program Sunathon Perdana Negeri Selangor

Aturcara program

Aturcara Program Sunathon Perdana

Proses Berkhatan

  1. Pendaftaran
  2. SaringanCovid19
  3. Pengisian Borang Kebenaran / Consent Form 4. Prosedur Berkhatan
  4. Pemerhatian / Observation
  5. Menerima Ubat-ubatan
  6. Pelepasan / Discharged 

PERINGATAN PENTING

  1. Ibu Bapa Penjaga hendaklah membawa pakaian yang bersesuaian dan mencukupi untuk peserta.
  2. Peserta dan penjaga hendaklah berada dalam keadaan sihat sebelum hadir ke program. Mereka yang mempunyai simptom seperti demam dan batuk, tidak digalakkan hadir.
  3. Pastikan peserta bersarapan @ makan tengahari (mengikut sesi) sebelum berkhatan.
  4. Semasa hadir ke program hendaklah sentiasa mematuhi SOP asas iaitu;
    1. Penjarakan fizikal.
    2. Memakai Pelitup muka
    3.  Check in Mysejahtera
  5. CONSENT FORM wajib diisi dan ditandatangani oleh penjaga (ibu/ayah). Tanpa consent form, doktor tidak boleh menjalankan prosedur berkhatan.
  6. Pihak Doktor berhak menolak penyertaan mana-mana peserta jika mendapati peserta tidak memenuhi kriteria kesihatan pada ketika kehadiran peserta.
  7. Semua peserta dan ibu/bapa/penjaga hendaklah sentiasa mematuhi arahan urusetia semasa berada dikawasan berkhatan.

Info dan Pertanyaan

Sebarang info dan pertanyaan mengenai Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022 adalah sebagaimana berikut;

  1. Untuk pertanyaan AM sila hubungi 03-55447921 (Puan Yusnidah) 8 pagi – 5 petang
  2. Untuk pertanyaan KLINIKAL sila hubungi 010-8720059 (8 pagi – 5 petang)
Scroll to Top