Kerajaan Johor melalui Tourism Johor membuka permohonan kepada mereka yang berkelayakan bagi memohon bantuan insentif sekali bayar (one-off) Pelancongan Johor bagi tahun 2022.
Terdapat empat kategori yang layak bagi memohon bantuan ini iaitu;
- Pemandu pelancong yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor;
- Pengusaha Hotel Bajet yang telah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBha) Negeri Johor;
- Syarikat agensi pelancongan yang beroperasi di Negeri Johor dan berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor;
- Pengusaha Homestay yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor dan Persatuan Homestay Negeri Johor.
Pemandu Pelancong
Syarat-syarat Permohonan
- Pemohon mestilah berdaftar dengan Pejabat MOTAC Johor dan ahli persatuan yang berdaftar.
- Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
- Warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor.
- Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
- Pemohon mestilah mengemukakan senarai tugasan pemandu pelancong berserta tarikh, lokasi, bilangan pelancong dan syarikat / agensi yang terlibat sepanjang tahun 2021.
- Pemohon WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan yang dianjurkan oleh Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan.
- Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di Aplikasi My Sejahtera.
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022
Pengusaha Hotel Bajet (MyBha JOHOR)
Syarat-syarat Permohonan
1. Pengusahan hotel mestilah berdaftar sebagai ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Johor.
2. Pemohon mestilah hotel bajet yang beroperasi di negeri Johor.
3. Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
4. Pemohon mestilah mengemukakan laporan jumlah penginap di hotel sepanjang tahun 2021.
5. Pemohon mestilah mengemukakan 5 pakej pelancongan Johor 2022 di aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI).
6. Pemohon WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan 2022 anjuran Tourism Johor dan mengemukakan sijil penyertaan.
7. Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi My Sejahtera.
8. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
Syarikat Agensi Pelancongan
Syarat-syarat Permohonan
- Syarikat agensi pelancongan mestilah berdaftar dengan Pejabat MOTAC Johor dan dilesenkan oleh PBT.
- Pemohon mestilah syarikat agensi pelancongan yang beroperasi di negeri Johor.
- Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
- Pemohon mestilah agensi pelancongan yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
- Pemohon mestilah mengemukakan laporan jumlah jualan sepanjang tahun 2021.
- Pemohon mestilah mengemukakan 5 pakej pelancongan Johor 2022 di aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI)
- Pemohon WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor.
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
Pengusaha Homestay
Syarat-Syarat Permohonan
1. Pengusaha mestilah berdaftar dengan Persatuan Homestay Negeri Johor.
2. Pemohon mestilah berdaftar dengan ahli Persatuan yang diiktiraf di Negeri Johor.
3. Pemohon mestilah pengusaha yang beroperasi di negeri Johor.
4. Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
5. Pemohon mestilah mengemukakan laporan jumlah penginap di homestay sepanjang tahun 2021.
6. Pemohon mestilah mengemukakan 5 pakej pelancongan Johor 2022 di aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI)
7. Pemohon WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan
8. Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi My Sejahtera.
9. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
Cara Memohon
Semua permohonan hendaklah mengisi borang permohonan dengan lengkap dan memenuhi semua syarat-syarat permohonan.
Borang permohonan boleh di muat turun menerusi pautan sebagaimana berikut :-
https://bit.ly/PERMOHONANBANTUANINSENTIFONE…
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup bagi setiap kategori permohonan Bantuan Insentif Pelancongan Johor adalah pada hari Selasa, 8 Mac 2022 dan sebarang permohonan selepas tarikh tutup, tidak akan di layan.
Borang permohonan yang telah lengkap dengan syarat-syarat sebagaimana ditetapkan, hendaklah di hantar kepada Pengerusi Persatuan bagi setiap kategori.
Info dan Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai Bantuan Insentif Pelancongan Johor, bolehlah hubungi Tourism Johor pada waktu pejabat sahaja di talian 07-2249960.
Sumber: Tourism Johor
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.