Sunday, December 4, 2022
HomeBantuan PKSBantuan Usahawan Perusahan Mikro, Kecil dan Sederhana Akibat Banjir Ditambah Baik –...

Bantuan Usahawan Perusahan Mikro, Kecil dan Sederhana Akibat Banjir Ditambah Baik – PM

Bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat bencana banjir, Kerajaan akan memberi geran bernilai RM3,000 melalui TEKUN Nasional kepada setiap perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir dengan peruntukan disediakan sebanyak RM50 juta yang bakal memanfaatkan lebih 15,000 perniagaan mikro dan informal.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.

Selain itu, Bantuan Banjir Keluarga Malaysia untuk membantu PMKS yang terjejas akan ditambah baik dengan menyediakan dana tambahan RM50 juta melalui Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di bawah TEKUN Nasional.

“Ia khusus untuk perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir dengan pinjaman mikro sehingga RM10,000 tanpa faedah di mana tempoh bayar balik adalah sehingga 5 tahun dengan moratorium 12 bulan.

“Ketiga, dana sebanyak RM100 juta akan disediakan melalui Program SME Emergency Fund (SMEEF) di bawah SME Corp untuk PKS terjejas, pinjaman sehingga RM100,000 tanpa faedah di mana tempoh bayar balik adalah sehingga 5 tahun dengan moratorium 12 bulan.

“Keempat, dalam sektor pertanian, sehingga kini jumlah kerugian yang dilaporkan kesan daripada bencana banjir pada bulan Disember 2021 adalah sebanyak RM91 juta dan jumlah bantuan yang telah disalurkan adalah sebanyak RM21 juta.

“Kerajaan meluluskan bantuan tambahan kepada pengusaha Agromakanan yang terjejas banjir melalui suntikan dana sebanyak RM20 juta untuk Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI),” ujar Ismail Sabri.

Di bawah TBTP, pesawah yang mengalami kemusnahan tanaman padi akibat banjir bakal menerima bantuan secara tunai sehingga RM1,800 per hektar dengan had maksimum sehingga 3 hektar.

Bagi pengusaha pertanian lain pula tambah Ismail Sabri, RM50 juta tambahan akan disediakan di bawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA).

“Di bawah PPSPA, petani, penternak dan peladang yang terjejas akibat kerosakan banjir, layak untuk memohon untuk bantuan sehingga maksimum 50% daripada jumlah kerugian.

“Kadar dan had bantuan adalah mengikut Garis Panduan tabung tersebut dan diberi dalam bentuk barangan atau in-kind iaitu seperti input pertanian atau peralatan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pada bulan Disember 2021, Kerajaan telah pun mengumumkan dana pinjaman RM500 juta untuk Kemudahan Bantuan Bencana yang melibatkan pinjaman kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) sehingga RM700 ribu pada kadar faedah sehingga 3.5% setahun dengan moratorium 6 bulan.

Di samping itu, dana sebanyak RM30 juta disediakan melalui TEKUN Nasional untuk pinjaman sehingga RM10 ribu kepada usahawan mikro dan informal.

Kenyataan Media

Bantuan Untuk Memulihkan Usahawan Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) Yang Terjejas Akibat Banjir

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!