Permohonan Pinjaman Pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) Tahun 2022.
Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) mempelawa anak-anak Kedah yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk memohon pinjaman pendidikan SPPNK Tahun 2022.
Pembiayaan ini terbuka kepada calon-calon Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dalam negara di IPTA dan IPTS (yang terpiih sahaja).
Maklumat lanjut mengenai permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK adalah sebagaimana berikut;
Apa Itu Pinjaman Pendidikan SPPNK?
Pinjaman pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah merupakan bantuan pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.

Senarai IPT Yang Layak
- Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Semua Universiti Awam Tempatan
- Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti di bawah:-
- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
- Asian Institute of Medicine
Science and Technology (AIMST) - Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
- Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
- TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute
- Universiti Selangor (UNISEL) dan
- Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.
Tempoh Permohonan
18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga 2 Oktober 2022 (Ahad)
Jumlah dan Kadar Pinjaman
Kadar pinjaman adalah sebanyak RM6,500.00 SETAHUN (RM7,500.00 SETAHUN BAGI PENGAJIAN DI UNISHAMS) dan pinjaman disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.
Bayaran Balik Pinjaman
Bayaran balik pinjaman pendidikan bermula DUA BELAS (12) BULAN SELEPAS PELAJAR MENAMATKAN PENGAJIAN. (Seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Perjanjian Pinjaman).
Peminjam serta Penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima seperti di dalam dokumen perjanjian berserta CAJ PERKHIDMATAN 2% SETAHUN ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini setiap bulan.
Syarat Kelayakan Permohonan
- Pemohon ATAU Ibu ATAU Bapa LAHIR di Negeri Kedah SERTA Warganegara Malaysia DAN pemohon mestilah BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT dan disahkan oleh Penghulu Mukim)
- Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DAN telah membuat BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.
- Permohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU KE IPT TAHUN 2022 SAHAJA.
- Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.
- Pemohon tidak menerima bantuan/ tajaan kewangan dari mana-mana agensi.
- Ibu/ Bapa/ Penjaga tidak disenarai hitam/ dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.
Cara dan Kaedah Permohonan
Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan berikut;
https://sppnk.kedah.gov.my/ipinjam
Setiap pemohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem iPINJAM SPPNK sahaja.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen sokongan yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diperlukan semasa mengisi permohonan dan PERLU DIMUATNAIK ke dalam Sistem iPINJAM SPPNK adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
- Salinan Sijil Kelahiran Ibu/ Bapa/ Penjaga (sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Kedah);
- Salinan Kad Pengenalan Ibu/ Penjaga;
- Salinan Kad Pengenalan Bapa/ Penjaga;
- Salinan Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga; (Slip Gaji/ Penyata Pesara/ Borang Pengesahan Pendapatan (BPPSPPNK/07)
- Salinan Sijil SPM/ SPMV;
- Salinan Sijil STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Asasi/ Sijil/ Diploma (jika ada);
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
- Salinan Sijil Kokurikulum (pencapaian tertinggi sahaja);
- Salinan Surat Tawaran Pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT);
- Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Kemasukan ke IPT;
- Salinan Bil Utiliti (Elektrik/ Air/ Astro/ Indah Water);
- Gambar Berwarna Berukuran Pasport ;
- Borang Pengesahan Bermastautin oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah.
Semakan Keputusan
Tarikh semakan keputusan permohonan akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui laman web https://sppnk.kedah.gov.my
Info Lanjut dan Pertanyaan
Hotline : 04 702 7296 / 7286 / 7272
E-mel : [email protected]
Unit Penajaan SPPNK Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman Alor Setar, Kedah Darul Aman. |
Sumber: Portal Rasmi Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.