Bantuan Pengurusan Jenazah Negeri Melaka Tahun 2022

Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan sejumlah RM200,000 bagi bantuan pengurusan jenazah kepada waris dalam kategori B40.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata setiap pewaris akan menerima bantuan sejumlah RM200 di bawah initiatif Musa’adah Al-Akhirah.

“Bantuan pengurusan jenazah kepada waris ini adalah dalam kategori rakyat termiskin, setiap waris akan diberikan RM200, manakala terdapat juga bantuan khairat kematian sebanyak RM300 kepada asnaf, fakir miskin dan mualaf.

Apa Itu Bantuan Pengurusan Jenazah Musa’adah al-Akhirah?

Musa’adah al-Akhirah merupakan bantuan pengurusan jenazah kepada waris dalam kategori B40 bernilai 200 ringgit, berjumlah 200 ribu ringgit;

Bantuan ini disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka buat rakyat termiskin di negeri ini.

Peruntukan bagi bantuan ini, diumumkan oleh Ketua Menteri Melaka Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dalam pembentangan Belanjawan Negeri Melaka 2022 pada tahun lalu di bawah inisiatif 1  Bantuan Melaka Makmur.

Bantuan ini disediakan kepada waris arwah / si mati yang berpendapatan di bawah RM5110.00 (Golongan B40) yang ingin memohon bantuan pengurusan jenazah meliputi Rakyat Negeri Melaka yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Bantuan Pengurusan Jenazah melaka

Syarat-syarat Kelayakan

  • Permohonan bantuan ini diberikan kepada golongan B40 pendapatan kurang RM5110.00
  • Permohonan hendaklah disertakan sekali salinan pendapatan ATAU akaun pendapatan arwah/ si mati yg telah disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Setiausaha Japerun (SUJ)
  • Permohonan hanya SEKALI sahaja utk setiap kematian sekeluarga yang telah meninggal dunia dlm tahun 2022
  • Arwah / si mati adalah anak Negeri Melaka ATAU arwah/si mati telah bermastautin di Negeri Melaka sekurang-kurangnya 5 tahun
  • Dikebumikan dlm Negeri Melaka sahaja.
  • Waris yg menuntut hendaklah memberikan 1 salinan Kad Pengenalan waris & salinan penyata bank bagi waris yg menuntut.
  • Tuntutan hendaklah dibuat sebelum dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian.
  • Permohonan terakhir yg diterima bagi tarikh kematian arwah/si mati ialah sebelum atau pada 31 Disember 2022. Permohonan bantuan ini selepas tarikh tersebut tidak diterima.

Cara Memohon

Borang permohonan Bantuan Pengurusan Jenazah boleh di dapati di Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dun (JAPERUN) Melaka.

Borang yang lengkap hendaklah dihantar semula ke JAPERUN.

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan, boleh rujuk JPKK kawasan atau Japerun.

Senarai Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN)

Sila rujuk alamat, nombor telefon dan pegawai yang menguruskan di laman web berikut;

https://www.melaka.gov.my/ms/kerajaan/lain-lain/japerun

Sumber: Keluarga Dun Gadek – N07 dan Portal Kerajaan Negeri Melaka

 

Scroll to Top