Permohonan Bantuan Ibu Tunggal One-Off Terengganu RM150

Sukacitanya Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi mengambil inisiatif untuk membantu golongan Ibu Tunggal bagi meringankan beban dengan membuka permohonan bagi Bantuan Ibu Tunggal secara one-off kepada yang memerlukan.

Golongan ibu tunggal yang menepati syarat yang ditetapkan bolehlah memohon bantuan ini yang diharapkan dapat mengurangkan sedikit beban kewangan yang dihadapi.

Berikut merupakan maklumat penting mengenai permohonan bantuan.

Apa Itu Bantuan Ibu Tunggal Terengganu?

Bantuan Ibu Tunggal merupakan inisiatif kerajaan negeri Terengganu buat isteri ketua isi rumah e-kasih dan ibu tunggal.

Pengumuman bantuan ini telah dibentangkan oleh Menteri Besar Terengganu  Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada pertengahan November tahun lepas di Wisma Darul Iman.

Belanjawan yang bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ itu didokong lima teras utama dan diperkukuhkan dengan 147 inisiatif di bawah 22 objektif.

Lima teras utama itu adalah memperkuatkan daya tahan isi rumah, memperkukuhkan kesejahteraan sosial masyarakat, memperbaiki ketersediaan kemudahan awam rakyat, memberdaya pertumbuhan ekonomi negeri dan memperindah persekitaran serta melindungi alam.

Bantuan Ibu Tunggal Terengganu RM150

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan ini dibuka mulai 24 Ogos 2022 (Rabu) hingga 3 September 2022 (Sabtu).

Jumlah Bantuan

Dalam pengumuman belanjawan Terengganu 2022 pada tahun lalu, Menteri Besar memaklumkan bahawa jumlah bantuan yang akan diberikan kepada golongan ibu tunggal  ini adalah sebanyak RM150 secara one-off (sekali bayar).

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Terbuka kepada semua wanita yang berstatus IBU TUNGGAL.
  2. Penerima bantuan i-FITRI TIDAK LAYAK memohon.
  3. Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM 2,500 sebulan.
  4. Penjawat awam/kakitangan kerajaan TIDAK LAYAK memohon.

Syarat Utama i-Bantuan

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat Pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
  4. Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
Syarat Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Terengganu

Cara Memohon

Permohonan bantuan Ibu Tunggal Terengganu ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Pemohon yang belum mendaftar dalam sistem ibantuan ini, dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dengan memasukkan nombor mykad dan kata laluan bagi tujuan pendaftaran.

Sebagai makluman, fungsi sistem iBantuan ini adalah sebagaimana berikut;

  1. Sistem i-bantuan digunakan untuk permohonan Bantuan di bawah kerajaan Negeri Terengganu 
  2. Sistem ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) bagi kegunaan semakan maklumat pemohon 
  3. Maklumat pemohon wajib ada di dalam PRT20 bagi melayakkan pemohon memohon melalui i-Bantuan. 
  4. Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna i-Bantuan sebelum mereka membuat permohonan. 
  5. Pendaftaran Pengguna ibantuan wajib menggunakan No Kad Pengenalan PEMOHON\
  6. Borang Permohonan akan dicetak melalui sistem ini.

Info dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, pemohon-pemohon boleh menghubungi khidmat DUN masing-masing atau layari laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/ 

Semoga dengan pemberian bantuan ini dapat meringankan golongan Ibu Tunggal di negeri Terengganu.

Sumber: iBantuan Terengganu

Bantuan Ibu Tunggal one-off Negeri Terengganu
Scroll to Top